Masjid Tertua Jerantut Pahang Berusia 1 Abad
Ingin tahu informasi masjid tertua di Jerantut Pahang yang kini berusia 1 abad diberinama Masjid Lama Kampung Baharu? Baca info disini dan juga tempat-tempat menarik di Malaysia.
Masjid Tertua Jerantut Pahang Berusia 1 Abad Summary
- Attraction: Masjid Tertua Jerantut Pahang Berusia 1 Abad
- Location: Pahang Malaysia
- Attraction Type: Mosque in Malaysia
Masjid Tertua Jerantut Pahang Berusia 1 Abad from YouTube
Berapakah usia Masjid Lama Kampung Baharu?
Dikenali sebagai Masjid Tertua, ia terletak di Jerantut Pahang dan kini berusia 1 abad. Tapak masjid ini merupakan tapak asal dari dahulu sehingga sekarang. Masjid ini juga dibina mengikut arah kiblat.
Apakah keunikan Masjid Tertua di Jerantut Pahang ini untuk kita ketahui?
Masjid Lama Kampung Baharu merupakan masjid yang tertua yang pernah dibina di Kampung Baharu, Jerantut, Pahang. Masjid ini telah dibina serta digunapakai pada tahun 1922. Usia masjid ini menghampiri ratusan tahun (97 Tahun). Masjid lama ini telah dibina oleh seorang tukang kayu yang berketurunan cina dari Melaka. Masjid ini tidak pernah dialih atau dipindahkan, tidak dilanda banjir dan tidak pernah diubahsuai.
Dokumentasi ringkas oleh pelajar tahun akhir, Diploma Seni Bina, POLISAS Sesi Dec 2018 yang lalu. Dokumentasi ini dibuat untuk memenuhi tuntutan subjek Lukisan Terukur (Measured Drawing) yg meminta pelajar mencari dan mengukur semula bangunan lama untuk diwartakan sebagai Seni Bina Warisan.
Sewaktu ketika dahulu masjid ini amat memberi manfaat pada penduduk kampung untuk mereka melakukan ibadat solat, tempat menuntut ilmu agama dan membaca Al-Quran serta jika berlakunya sesuatu perkara yang perlu dihebahkan, keketuk ataupun beduk akan dipalu untuk memberi pemberitahuan selain menandakan masuknya waktu solat.
Rekabentuk senibina masjid ini mempunyai struktur binaan yang unik iaitu reka bentuk masjid ini menyamai Masjid Demak di Tanah Jawa, Masjid Kampung Laut di Kelantan dan Masjid Kampung Kling di Melaka. Pada masa yang sama, masjid ini mempunyai pengaruh kuat daripada cina seperti dapat dilihat melalui bentuk bumbungnya yang seperti pagoda dan gabungan unsur-unsur seni dan falsafah keagamaan pada bentuk senibinanya.
More Masjid Tertua Jerantut Pahang Berusia 1 Abad
Bagaimanakah cara pembinaan Masjid Tertua Jerantut Pahang berusia 1 abad?
Pembinaan Masjid Lama Kampung Baharu ini menggunakan sistem tebuk dan pasak atau dikenali sebagai tangam yang tidak memerlukan pemasangan paku. Masjid ini dapat dikenali berdasarkan bentuk bumbung limas yang berbentuk pyramid (bertingkat) menirus ke atas dan diatas bumbung terdapat buah buton (tunjuk langit). Reka bentuk bumbung tirus itu melambangkan Islam, iman dan ihsan.
Masjid Lama Kampung Baharu ini juga memiliki empat tiang utama yang diperbuat daripada kayu Merbau. Tiang-tiang ini juga menjadi penyangga utama bangunan masjid. Pada masa yang sama, bahagian kedua atau puncak bumbung berbentuk pyramidal tersebut disangga oleh empat tiang utama ini.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada warga Kampung Baharu, Jerantut, Pahang kerana memberi kami peluang dan kerjasama dalam menjayakan sebuah dokumentasi ringkas mengenai senibina tradisional.
*Source: youtube.com
Masjid Tertua Jerantut Pahang Reviews
Customer Reviews about Masjid Tertua Jerantut Pahang
Masjid Lama Kampung Baharu, Jerantut Pahang
Masjid Tertua. Dokumentasi ringkas oleh pelajar tahun akhir, Diploma Seni Bina, POLISAS Sesi Dec 2018 yang lalu. Dokumentasi ini dibuat untuk memenuhi tuntutan subjek Lukisan Terukur (Measured Drawing) yang meminta pelajar mencari dan mengukur semula bangunan lama untuk diwartakan sebagai Seni Bina Warisan.
Arif Syazwan
youtube.com
Contact Masjid Tertua Jerantut Pahang Berusia 1 Abad
Masjid Warisan 1 Abad Kg. Bharu, Kampung Baharu,
27000 Jerantut, Pahang