Resepi Ikan Celup Tepung ICT Asli Terbaik
Berikut adalah Resepi Ikan Celup Tepung ICT dengan rasa asli dan terbaik yang wajib anda cuba. Rasanya seperti makan di Tg. Lumpur, Kuantan. Jom dapatkan cara memasaknya disini. Resepi Ikan Celup Tepung (ICT) Langkah penyediaan adalah celup sotong dlm adunan. Minyak dipanaskan seperti biasa terlebih dahulu. Kecilkan api sebelum masukkan sotong ke dalam minyak. Goreng sotong dengan api perlahan selama 1 minit. Ini untuk mengelakkan sotong menjadi liat (menganjal isinya). Besarkan api semula untuk kepanasan asal semula supaya tepung gorengan tidak menyerap minyak berlebihan.
Resepi Ikan Celup Tepung ICT Asli Terbaik Summary
- Attraction: Resepi Ikan Celup Tepung ICT Asli Terbaik
- Location: Pahang Malaysia
- Attraction Type: Foods in Malaysia
Resepi Ikan Celup Tepung ICT Cara Mak from Blogspot
Berikut adalah resipi seperti ditunjukkan dibawa:
Resepi Ikan Celup Tepung (ICT) Ikan Kembung Celup Tepung
Bahan-bahan:
- 6 ke 8 ekor ikan kembung
- 1 ½ cawan tepung beras
- Sebiji telur
- Sedikit serbuk kunyit
- Sedikit bancuhan air kapur
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa (optional)
- Air
- Minyak untuk menggoreng
*p/s- Tak perlu letakkan telur jika mahukan tepung jadi lebih rangup
Cara memasak resepi Ikan Celup Tepung (ICT) Ikan Kembung
Cara-caranya yang diperlukan adalah seperti berikut :
- Bersihkan ikan kembung dan lap/keringkan sedikit airnya.
- Campurkan serbuk kunyit bersama bancuhan air kapur di dalam satu bekas, ketepikan dahulu.
- Untuk bancuhan tepung : Gaul tepung beras, telur, garam dan serbuk perasa kemudian masukkan bancuhan air kapur dan kunyit tadi. Gaul rata seterusnya masukkan air sedikit demi sedikit (bancuhan tepung ini mestilah tidak terlalu pekat atau cair).
- Panaskan minyak, kemudian celup rata ikan ke dalam bancuhan tepung. Mula untuk menggoreng. (bukaan api sederhana sahaja)
- Angkat ikan setelah ia bertukar menjadi perang keemasan. Siap untuk dihidangkan, sedap dimakan begitu sahaja atau bersama hidangan pilihan anda.
SELAMAT MENCUBA.
*p/s: Maaf resepi tidak diketahui sumbernya. owner resepi@gambar nampak post ni, boleh pm admin untuk dikreditkan.
Resepi Ikan Celup Tepung ICT Asli Terbaik from Facebook
Berikut adalah bahan-bahan dan cara memasak ICT diambil dari mak.
Resepi Ikan Celup Tepung (ICT) Asli dan Terbaik
BAHAN-BAHAN: (utk hasil semangkuk adunan)
- Tepung beras 1 stgh cawan
- Telur 1 biji
- Air ¾ gelas
- Serbuk kunyit 1 sudu teh
- Garam 2 sudu teh
- Kapur makan secubit
- Bahan gorengan (ikan, sotong, udang dll)
Cara Adunan Ikan Celup Tepung (Cara saya):
- Air, serbuk kunyit, garam dan juga kapur bancuh sekali. Warna kuning kunyit akan bertukar jadi kemerahan bila tambah kapur tadi.
- Mix telur dan tepung beras. Tambah air bancuhan tadi sedikit demi sedikit sambil gaul rata. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair. Kalau celup jari ke dalam adunan/bahan gorengan, tepung mesti melekat sedang elok kata orang. ( dinamakan perfectly coated). Nisbah air dan tepung mengikut perkiraan masing-masing.
- Apabila adunan sudah siap, biarkan seketika dalam 5 minit dan boleh start celup dan menggoreng ke dalam minyak yang sudah dipanaskan. Balik-balikkan bahan gorengan hingga cukup masak dan angkat.
- Sedia dihidang.
*Tips menggoreng sotong:
- Celup sotong dlm adunan. Minyak dipanaskan seperti biasa terlebih dahulu. Kecilkan api sebelum masukkan sotong ke dlm minyak. Goreng sotong dengan api perlahan selama 1 minit. Ini untuk mengelakkan sotong menjadi liat (menganjal isinya). Besarkan api semula untuk kepanasan asal semula supaya tepung gorengan tidak menyerap minyak berlebihan.
Saya prefer guna tepung bancuhan ini untu apa juga jenis celup goreng. Tepung beras diguna untuk mendapatkan rasa lebih crunchy. Tambah pula sedikit kapur makan (kapur sireh dan bukan kapur selainnya. Saya dapat resepi ini dari mak saya. Lupa plak nak tanya mengapa perlu diletakkan kapur. Mungkin hendak bagi rangup agaknya. Ttapi jangan terlebih letak nantt rasa pahit pula. Secubit dua saya letak kapur sireh ke dalam bancuhan air.
Selamat mencuba buat ICT@SCT atau apa-apa sahaja pilihan anda masa cuti sekolah ini untuk anak-anak dan keluarga pasti menyelerakan. Takyah beli yang siap di kedai sebab harganya lebih mahal. Seekor ICT saiz sederhana dlm RM3 seekor. Yang besar sket maybe berharga RM5 seekor. Jadi penyelesaiannya, anda beli ikan kembung/ selar/ selayang dengan berat 1 kilo untuk menjimatkan duit anda.
*Credit: mamalutfi.blogspot.com, facebook.com
Ikan Celup Tepung ICT 10 Makanan Best di Kuantan Pahang Reviews
Customer Reviews about Ikan Celup Tepung ICT 10 Makanan Best di Kuantan Pahang
Resepi Ikan Celup Tepung Istimewa- Resepi Ikan Celup Tepung Rangup
Tempat yang ramai orang berkunjung adalah Negeri Terengganu. Selain pantai yang menarik, popular dengan keropok losong, batik dan sebagainya ada satu benda lagi yang buatkan Negeri Terengganu ini special. Kedai ikan celup tepung, udang celup tepung or sotong. Ini yang buatkan kaki makan menerjah ke kedai-kedai tertentu. Rasa tepung yang rangup dengan ikan berpalit elok dengan bancuhan tepung goreng, Lepas itu minyak tidak serap memang buatkan resepi bancuhan ikan celup tepung ini harus anda cuba sendiri.
Dari Dapur
youtube.com
Gerai Mok Na Ikan Celup Tepung Terbaik
Gerai Mok Na Tanjung Lumpur Jom Singgah !
Kalau ke Kuantan, jangan lupa singgah pekena seafood ikan celup tepung di Warung Mokna Celup Tepung yang terletak di Tg Lumpur, Kuantan Pahang. Ada pelbagai menu celup tepung yang istimewa antaranya sotong, udang, ikan kembung dan pelbagai menu lain seperti keropok lekor, otak2, pisang goreng, nasi berlauk dan pelbagai lagi.
Afzalsukasuki
youtube.com
Contact Ikan Celup Tepung Hujung Tanjung
Perkampungan Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan, Pahang
Telephone: 0139882423 / 0139220366
Contact Ikan Celup Tepung Mok Naa
no 3, gerai pelbagai, Jalan Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan, Pahang
Telephone: 012-948 6038
Contact Ikan Celup Tepung Poksu Moksu
Jalan Tanjung Lumpur, Kampung Peramu Maju,
26060 Kuantan, Pahang
Telephone: 019-989 0261