Restoran Ikan Patin Pak Akob
Restoran Ikan Patin Pak Akob dibuka untuk makan tengahari. Tempat Makan Best di Kuantan Pahang Malaysia ini terbaik dan sangat sedap. Lauk-lauk di Restoran Ikan Patin Pak Akob semuanya lauk-lauk kampung. Lokasinya terletak ditepi Sungai Pahang tetapi baru-baru ini aku pergi sudah macam tidak ada lagi. Tapi untuk pengetahuan semua, Restoran Ikan Patin Pak Akob ini ada satu kedai lagi iaitu sebaris dengan Hotel Season Inn.
Warong Pok Su Mok Su
Tempat Makan Best di Kuantan Pahang Malaysia yang seterusnya adalah di Warong Pok Su Mok Su ada bermacam-macam makanan. Tapi yang famous di Warong Pok Su Mok Su adalah menu celup tepung. Terdapat sotong celup tepung, ikan celup tepung dan udang celup tepung. sata otak-otak, laksam, kuih-muih yang asal dari pantai timur dan nasi berlauk.
Disarankan untuk datang pada pukul 1- 2 petang sebab pada waktu ini, di Warong Pok Su Mok Su baru ada menu sotong. Sotong celup tepung di Warong Pok Su Mok Su memang cepat habis.Tips aku apabila pergi di Warong Pok Su Mok Su dekat tepi area ada orang bakar sata boleh order siap-siap berapa ekor sotong yang dikehendaki. Nanti kakak sipenjual itu akan asingkan supaya tidak berebut-rebut dengan orang lain.
Gerai Ikan Celup Tepung Mok Naa
Seterusnya dalam Tempat Makan Best di Kuantan Pahang Malaysia, Gerai Ikan Celup Tepung Mok Naa ini sama kerana menjual segala celup tepung. Husband aku cakap asalnye Gerai Ikan Celup Tepung Mok Naa ini terbaik menjual celup tepung. Tapi kami tidak tahu kenapa pelanggan yang datang tidak seramai di Warong Pok Su Mok Su. Gerai Ikan Celup Tepung Mok Naa pun ada jual sata otak-otak dan lain-lain. Sudah lama kami tidak datang kemari. Waktu terakhir kami ke Gerai Ikan Celup Tepung Mok Naa semasa bercinta dengan husband aku. Sekarang ni kami banyak pergi Warong Pok Su Mok Su sahaja.
Karipap Besar Taman Gelora
Karipap makcik ini memang besar kedabak di Karipap Besar Taman Gelora dan termasuk dalam senarai Tempat Makan Best di Kuantan Pahang Malaysia. Sedap pula. Untuk pengetahuan semua, aku adalah penggemar karipap tegar jadi memang aku suka sangat karipap makcik di Karipap Besar Taman Gelora selain karipap Ikea. Kuih karipap di Karipap Besar Taman Gelora ini masih panas-panas pulak. Walaupun karipapnya besar, namun intinya juga padat.
Lilawadi
Tempat Lilawadi ini memang famous dan termasuk dalam senarai Tempat Makan Best di Kuantan Pahang Malaysia. Sesiapa sahaja yang pergi ke Kuantan pasti akan makan di Lilawadi. Disini ada macam steamboat and grill. Terdapat juga makanan lain jugak. Di Lilawadi juga ada jual dessert yang famous iaitu mango cheesecake yang merupakan menu signature mereka. Rasanya memang terbaik mango cheesecake ini. Mango cheesecake ini beku dan apabila makan ia cair dalam mulut. Memang terasa cheese and mangonya. Sungguh sedap!
Kulacakes by Lilawadi
Kulacakes by Lilawadi ini adalah kedai menjual dessert sahaja. Pavlova, mango cheesecake, red velvet dan macam-macam lagi menu terdapat di Kulacakes by Lilawadi. Kulacakes by Lilawadi akan kemaskini di Instagram menu apa yang dijual. Terdapat juga maklumat kedai dibuka or ata ditutup ke pada hari tersebut. So sebelum ada terjah ke Kulacakes by Lilawadi, anda boleh semak dulu IG mereka.
Ana Ikan Bakar Petai
Tempat Makan Best di Kuantan Pahang Malaysia yang sangat popular ialah Ana ikan Bakar Petai adalah tempat kegemaran aku untuk makan malam jika datang ke Kuantan. Harganya berpatutan ditambah pula sotong celup tepung yang sedap dan rangup. Signature menu di Ana ikan Bakar Petai sudah semestinya menu yang dipesan akan dibakar bersama petai. Terdapat 2 buah kedai Ana ikan Bakar Petai. Satunya di kawasan dalam Tanjung Lumpur dan 1 lagi diluar tepi jalan besar Tanjung Lumpur. Aku sudah pernah cuba Ana ikan Bakar Petai Bangi dan rasanya tidak sesedap yang Ana ikan Bakar Petai Kuantan.
Sara Thai
Tempat Makan Best di Kuantan Pahang Malaysia adalah Sara Thai menyajikan menu dari makan tengah hari ke makan malam. Sara Thai adalah masakan Thai yang sedap dan serius sedap. Menu paling sedap di Sara Thai ialah ikan steam lemon. Masakan paling sedap yang pernah aku rasa. Kalian nanti boleh cuba makan di Sara Thai.