ikan celup tepung (ict) pahang

Ikan Celup Tepung

Ikan Celup Tepung (ICT) | 10 Makanan Best di Kuantan Pahang

Get Information for Mencari Ikan Celup Tepung best di Kuantan? Singgah di Kedai Celup Tepung Hujung Tanjung, Warong Poksu Moksu dan Mok Na. Resepi ikan celup tepung ada from various resources

Celup Tepung Hujung Tanjung

ikan celup tepung hujung tanjung
Celup Tepung Hujung Tanjung menyajikan pelbagai jenis hidangan seperti ikan celup tepung yang cukup terkenal
ikan celup tepung hujung tanjung
facebook.com
Cthujungtanjung/?ref=page_internal

Celup Tepung Hujung Tanjung menyajikan pelbagai jenis hidangan seperti ikan celup tepung yang cukup terkenal.

Terletak di Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

Selamat Petang Dari Hujung Tanjung
0139882423
0139220366

ikan celup tepung

“Menu Kami Tak Banyak
Tapi Orang Ingat”
0139882423
0139220466

Kari Orang Kelaut Ikan Kaci , Hanya Di Celup Tepung Hujung Tanjung

0139882423 0139220466

Rekomendasi Antara Pilihan Makanan Menarik Di Kuantan
Hanya Di Celup Tepung Hujung Tanjung

Resepi Ikan Celup Tepung (ICT)

ikan celup tepung
KL Bird Park Experience the ambience of lush green tropical rainforest once you step into our free-flight walk-in aviary.
kl bird park
mamalutfi.blogspot.com
2014/09/resepi-ikan-celup-tepung-ict.html

Resepi Ikan Celup Tepung (ICT)

Cara Memasak Ikan Celup Tepung Homemade (ICT) dengan mudah di rumah
Cook Time20 mins
Total Time1 hr
Course: Main Course
Cuisine: Malay
Keyword: ict, ikan celup tepung, ikan celup tepung homemade, resepi ikan celup tepung
Servings: 2 people
Calories: 120kcal
Cost: Rm18

Ingredients

Bahan-Bahan Ikan Celup Tepung

  • cawan Tepung beras
  • 1 biji Telor Ayam
  • ¾ gelas Air Suam
  • 1 sudu teh Serbuk Kunyit
  • 2 sudu teh Garam
  • secubit Kapur makan
  • Bahan Gorengan Ikan, Sotong, Udang dll

Instructions

Cara Adunan Ikan Celup Tepung (Cara saya):

  • Air+serbuk kunyit+garam+kapur bancuh sekali. Warna kuning kunyit akan bertukar jadi kemerahan bila tambah kapur td.
  • Mix telur+tepung beras. Tambah air bancuhan tadi sket2 sambil gaul rata. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair. Klu celup jari/bahan gorengan.. tepung mesti melekat sedang elok kata org. (Perfectly coated la..). Pandai2 la adjust nisbah air@tepung tu elok2 ye.
  • Dah siap biarkan seketika dlm 5 minit dan boleh start celup dan menggoreng dlm minyak yg dah dipanaskan. Balik2 bahan gorengan hingga cukup masak dan angkat. Sedia dihidang.

*Tips menggoreng sotong:

  • Celup sotong dlm adunan. Minyak dipanaskan seperti biasa terlebih dahulu. Kecilkan api sebelum masukkan sotong ke dlm minyak. Goreng sotong dgn api perlahan selama 1 minit. Ini untuk mengelakkan sotong menjadi liat (menganjal isinya). Besarkan api semula untuk kepanasan asal semula supaya tepung gorengan tidak menyerap minyak berlebihan.

Notes

  1. Saya prefer guna tepung bancuhan ni utk apa jua jenis celup goreng ni. Tepung beras diguna so lebih crunchy. Tambah pula ade sedikit kapur makan (kapur sireh tu ye..bukan kapur lain tau!) Saya dpt resepi ni dari mak saya. Lupa plak nk tny ape reason letak kapur tu..bagi rangup jugak kut.hehe.. tapi jangan terlebih letak nnt rasa pahit pulak. Secubit dua je saya letak dalam bancuhan air tu.
  2. Selamat mencuba..buat ICT@SCT atau2 ape2 ajelah pilihan anda masa cuti sekolah ni utk anak2 dan keluarga pasti menyelerakan. Takyah beli yg siap kat kedai..sebab lebih mahal. Seekor ICT saiz sederhana dlm rm3 seekor. Yang besar sket maybe dlm rm5 seekor. So penyelesaiannya.. beli aje kembung/selar/selayang sekilo dah leh jimat sket bila goreng sdri. Hehe...Amacam??
  • Resepi Ikan Celup Tepung (ICT)

    BAHAN-BAHAN: (utk hasil semangkuk adunan)

    • Tepung beras 1 stgh cawan
    • Telur 1 biji
    • Air 3/4 gelas
    • Serbuk kunyit 1 sudu teh
    • Garam 2 sudu teh
    • Kapur makan secubit
    • Bahan gorengan (ikan, sotong, udang dll)

    Cara Adunan Ikan Celup Tepung (Cara saya):

    • Air+serbuk kunyit+garam+kapur bancuh sekali. Warna kuning kunyit akan bertukar jadi kemerahan bila tambah kapur td.
    • Mix telur+tepung beras. Tambah air bancuhan tadi sket2 sambil gaul rata. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair. Klu celup jari/bahan gorengan.. tepung mesti melekat sedang elok kata org. (Perfectly coated la..). Pandai2 la adjust nisbah air@tepung tu elok2 ye.
    • Dah siap biarkan seketika dlm 5 minit dan boleh start celup dan menggoreng dlm minyak yg dah dipanaskan. Balik2 bahan gorengan hingga cukup masak dan angkat. Sedia dihidang.

    *Tips menggoreng sotong:

    • Celup sotong dlm adunan. Minyak dipanaskan seperti biasa terlebih dahulu. Kecilkan api sebelum masukkan sotong ke dlm minyak. Goreng sotong dgn api perlahan selama 1 minit. Ini untuk mengelakkan sotong menjadi liat (menganjal isinya). Besarkan api semula untuk kepanasan asal semula supaya tepung gorengan tidak menyerap minyak berlebihan.

     

    Saya prefer guna tepung bancuhan ni utk apa jua jenis celup goreng ni. Tepung beras diguna so lebih crunchy. Tambah pula ade sedikit kapur makan (kapur sireh tu ye..bukan kapur lain tau!) Saya dpt resepi ni dari mak saya. Lupa plak nk tny ape reason letak kapur tu..bagi rangup jugak kut.hehe.. tapi jangan terlebih letak nnt rasa pahit pulak. Secubit dua je saya letak dalam bancuhan air tu.

    Selamat mencuba..buat ICT@SCT atau2 ape2 ajelah pilihan anda masa cuti sekolah ni utk anak2 dan keluarga pasti menyelerakan. Takyah beli yg siap kat kedai..sebab lebih mahal. Seekor ICT saiz sederhana dlm rm3 seekor. Yang besar sket maybe dlm rm5 seekor. So penyelesaiannya.. beli aje kembung/selar/selayang sekilo dah leh jimat sket bila goreng sdri. Hehe...Amacam??

Tempat Makan Best di Kuantan

ikan celup tepung
So bila pergi kuantan otak aku terus akan terpikir makan makan makan.. hahahaha. then of course laut. Meh aku senaraikan.
ikan celup tepung
yuyacocet2.blogspot.com
2015/06/tempat-yang-harus-pergi-bila-pergi.html

Tempat Makan Menarik di Kuantan

Tempat yang harus pergi bila pergi kuantan

Aku bukan lah orang kuantan. tapi aku suka pergi kuantan. Sama jugak dengan husband aku pun suka pergi kuantan. Lagipun husband aku sebelum kawen 7 tahun rasanya stay kuantan sebelum dia dapat transfer keja kat KL.

Bila dah kawen aku rasa tempat yang paling banyak aku pergi adalah kuantan sampaikan orang ingat rumah parents in law aku kat kuantan. LOL. Husband aku asal Raub laaa.

So bila pergi kuantan otak aku terus akan terpikir makan makan makan.. hahahaha. then of course laut. Meh aku senaraikan.

Restoran Ikan Patin Pak Akob

Restoran Ikan Patin Pak Akob ni untuk makan tengahari. Terbaik wa cakap lu. Lauk-lauk dia semua lauk-lauk kampung. Dulu kat area tepi sungai pahang tu tapi baru-baru ni aku pergi dah macam tak de kedai dia. Tapi dia ada kedai lagi satu sebaris dengan hotel season inn.

Warong Pok Su Mok Su

Warong Pok Su Mok Su ni macam-macam makan. Tapi yang famous celup tepung dia. sotong ada ikan ada udang ada. sata otak-otak, laksam, kuih2 yang asal dari pantai timur, nasi berlauk. better datang pukul 1- 2 cmtu sebab time2 camni baru ada sotong. sotong celup tepung dia memang cepat abis.

Then tips aku korang pegi kat tepi area dia letak sata then order siap-siap berapa korang nak contoh nye sotong bpe ekor nak. then nanti akak tu asingkan la ko nye. then ko tak yah berebut2 dengan orang lain.

Gerai Mok Na

Gerai Mok  Na ni pun sama jual segala celup tepung. Husband aku cakap asalnye Gerai Mok Na ni terbaik. tapi tak taw kenapa da tak seramai Warong Pok Su Mok Su. kat sini pun ada jual sata otak-otak n lain-lain. aku dah lama tak pergi sini. Last pergi time bercinta dengan husband aku dulu. sekarang ni aku banyak pergi Warong Pok Su Mok Su je.

Karipap Besar Taman Gelora

Karipap makcik ni memang besar kedabak di Karipap Besar Taman Gelora. Sedap lak tu. Aihhh aku penggemar karipap tegar so memang aku suka betul karipap makcik ni selain karipap ikea. Panas-panas pulak tu. Even dia besar inti dia tetap padat okay.

Lilawadi

Tempat Lilawadi ni memang famous. kalau aku tak bagitau pun memang siapa yang pegi kuantan akan try makan kat sini. Kat sini ada macam steamboat and grill tu. Ada la makanan lain jugak. Diorang ada jual dessert yang famous iaitu mango cheese cake. Signature diorang. Terbaik mango cheese cake ni. Dia beku then bila makan cair dalam mulut. memang terasa cheese and mango dia. aaaaaaaaa sedapnyeeeee.

Kulacakes by Lilawadi

Kulacakes by Lilawadi ini adalah kedai jual dessert sahaja by lilawadi. Pavlova ada.. mango cheese cake ada, redvalvet ada eh macam-macam ada. selalu diorang ada update kat Instagram diorang yang ape diorang jual hari tu or diorang bukak kol bape or tutup ke haritu. So sebelum menerjah sambil menjejeh airliur usha dulu IG diorang ok.

Ana ikan Bakar Petai

Ana ikan Bakar Petai adalah tempat Fav aku untuk dinner if datang kuantan. Dah la harga berpatutan. Dia punya sotong celup tepung sedap rangup.. Signature dia of course la dibakar dengan petai. Dia ada 2. Satu ko kena masuk area dalam-dalam tangjung lumpur tu. And 1 lagi kat luar tepi jalan besar tanjung lumpur. Aku tak suka pergi yang kat dalam tu. sebab serabut. Aku selalu pergi yang kat area luar nye. and tak pernah tak dapat tempat duduk.

Aku dah pernah try ana ikan bakar petai yang kat Bangi nye. tapi tak sesedap yang Ana ikan Bakar Petai kuantan nye.

Sara Thai

Sini dari makan tengah hari ke makan malam dia bukak. Sara Thai adalah masakan thai yang sedap.. serius sedap. memang sedap. Paling sedap Ikan steam lemon dia. weh paling sedap yang pernah aku rasa. Korang nanti try taw di Sara Thai.

Teluk Cempedak

Bila datang kuantan sure aku pegi sini. salah satu sebab aku suka laut. 2nd sebab TC ni environment dia lain. mcd kfc starbucks cool blog semua tepi pantai. Kalau malam lagi la happening. Ko boleh tengok ramai orang melepak duduk atas pasir tu sambil tengok laut. Aku rasa kalau ada orang buat bisnes shisha mesti laku, bentang alas bagi orang duduk isap shisha. eh aku lak ajar. hahahaha.

Pasar Sejahtera ikan segar beserah

Aku kalau pergi kuantan selalu nya akan singgah pasar ni. Beli kotak kat pasaraya Tunas Manja. Kotak Gabus putih tu la. Beli ikan segar, sotong udang ketam macam-macam la. Husband aku memang ada kawan jual ikan segar semua tu kat pasar tu so boleh la selalu kitaorang dapat murah cikit. cikit je la.

Kari Kambing Pokok Ceri Beserah

Husband aku la cakap kari kambing kat sini terbaik. Orang kuantan panggil kari kambing pokok ceri sebab gerai dia bawah pokok ceri. Tapi aku syak dia bukak hari weekdays je la. Sebab tiap kali kalau kitaorang pegi ke Kari Kambing Pokok Ceri Beserah mesti tutup. Ye la kitaorang pegi time weekend.

Mee Canlong Beserah

Mee canlong kat sini pun boleh tahan sedap dia. Dia guna bebola ikan. Aku rasa bebola ikan Mee Canlong Beserah tu dia buat sendiri sebab rupa dia lain dari kalau yang kita beli.

Ada lagi satu kedai untuk breakfast,  jual nasi dagang kerabu nasi lemak. Semua sedap-sedap. tapi aku lupa nama kedai dia apa. Tapi dia area tanjung lumpur. Kedai dia belah Kiri sebelum sampai Kedai Pok Su Mok Su.

And ada jugak lagi 1 kedai jual segala mak nenek ikan masin dengan harga yang murah. aku and husband panggil tempat tu kedai ikan masin peti ais je, sebab nak pilih ikan masin tu semua kena masuk dalam peti aias yang besar tu. memang kekatungan aku kalau pegi situ. Tapi memang murah. Dia dekat area beserah. Simpang masuk dia sebelum simpang masuk pasar ikan segar tu. nanti aku ingat aku update kemudian.

So ni jelah yang aku ingat. Agak-agak nanti aku teringat aku update la ye.

Ikan Celup Tepung Warong Poksu Moksu

warong poksu dan moksu
Ni adalah antara gerai favorit kami Ikan Celup Tepung Warong Poksu Moksu..... especially time hujung minggu di Kuantan.
warong poksu dan moksu
makanmakankuantan.blogspot.com
2012/02/gerai-poksu-moksu-tg-lumpur-kuantan.html

Ikan Celup Tepung Warong Poksu Moksu

Ni adalah antara gerai favorit kami Ikan Celup Tepung Warong Poksu Moksu….. especially time hujung minggu di Kuantan. Tak sah kalau tak pegi sana once a month…

Rasanya antara gerai yg paling best yg ada kat kwsn Tg. Lumpur tu.. but hanya bukak utk lunch je lar..

Letaknya berhadapan dgn Balai Polis Tg. Lumpur and Masjid…tepi jalan besar..senang jer nak jumpa !

Cuma kena datang awal sket, sbb biasanya tpt makan tu selalu penuh, hehe

Apa Yg Best di Ikan Celup Tepung Warong Poksu Moksu ??

Typical east coast favorites…. Macam Macam Adaaa…..

Daripada nasi putih n lauk pauk, serta BANYAK kuih, especially makanan laut – ikan / udang / sotong digoreng dicelup tepung – semuanya fresh ! …. rasanya SAMA dgn apa yg ada di negeriku Terengganu !

Menu Ikan Celup Tepung Warong Poksu Moksu Yang Terbaik

Recommended dishes :

kitorg selalu oder….

  1. Ikan goreng celup tepung ( dah abis dahh… BURP ! )
  2. Laksa kuah putih Terengganu
  3. Sotong Celup tepung – tapi haritu takder plak !!!
  4. Nasi dagang – takboleh lawan Teganu punya, but not that bad !
  5. …dan BANYAK lagi local kuihs yg adaaa !! semuanya best belaka
warong poksu moksu

Personal Verdict Ikan Celup Tepung Warong Poksu Moksu

Makanan : BEST Sesangat !!!!!

Kebersihan : OK

Value for money ? Sure !! tak mahal sgt…melantak 1 family just harga dlm RM 30 jer

Nak datang lagi tak ? SURELYYY !!!! …kalau tidak takkanlah jadi regular customer iye tak ??!

Customers reviews on Resepi Ikan Celup Tepung dan Warong Ikan Celup Tepung (ICT)

What people say about Ikan Celup Tepung (ICT)?​

Bintang Kesukaan :
5/5
Resepi Ikan Celup Tepung Istimewa

Resepi Ikan Celup Tepung Rangup

Tempat yang ramai orang berkunjung adalah Negeri Terengganu. Selain pantai yang menarik, popular dengan keropok losong,batik dan sebagainya ada satu benda lagi yang buatkan Negeri Terengganu ni special. Kedai ikan celup tepung, udang celup tepung or sotong.Ini yang buatkan kaki makan menerjah ke kedai-kedai tertentu.

. Rasa tepung yang rangup dengan ikan berpalit elok dengan bancuhan tepung goreng, lepas tu minyak tak serap memang buatkan resepi bancuhan ikan celup tepung ini harus anda cuba sendiri.

Dari Dapur
youtube.com/watch?v=daFQIPJODH4
Bintang Kesukaan :
5/5
Gerai Mok Na Ikan Celup Tepung Terbaik

Gerai Mok Na Tanjung Lumpur Jom Singgah !

Kalau ke Kuantan, jangan lupa singgah pekena seafood celup tepung di Warung Mekna Celup Tepung, Tg Lumpur.

Ada pelbagai menu celup tepung antaranya sotong, udang, ikan kembung dan menu2 lain seperti keropok lekor, otak2, pisang goreng, nasi berlauk dan pelbagai lagi.

Afzalsukasuki
youtube.com/watch?v=_0l3KgUq7U8

Contact Ikan Celup Tepung Hujung Tanjung

0139882423
0139220366

Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

Contact Ikan Celup Tepung Mok Na

N/A

Jalan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

Personal Loan bank and cooperative

Apply latest promotion for personal loan. Financing with local banks and cooperatives with competitive rates. Act now and we will keep in touch with you as soon as possible. Moratorium loan during Covid-19 Pandemic Outbreak. I-Lestari and Bantuan Prihatin Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recipe Rating




error: