BAHAN-BAHAN: (utk hasil semangkuk adunan)
- Tepung beras 1 stgh cawan
- Telur 1 biji
- Air ¾ gelas
- Serbuk kunyit 1 sudu teh
- Garam 2 sudu teh
- Kapur makan secubit
- Bahan gorengan (ikan, sotong, udang dll)
Cara Adunan Ikan Celup Tepung (Cara saya):
- Air, serbuk kunyit, garam dan juga kapur bancuh sekali. Warna kuning kunyit akan bertukar jadi kemerahan bila tambah kapur tadi.
- Mix telur dan tepung beras. Tambah air bancuhan tadi sedikit demi sedikit sambil gaul rata. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair. Kalau celup jari ke dalam adunan/bahan gorengan, tepung mesti melekat sedang elok kata orang. ( dinamakan perfectly coated). Nisbah air dan tepung mengikut perkiraan masing-masing.
- Apabila adunan sudah siap, biarkan seketika dalam 5 minit dan boleh start celup dan menggoreng ke dalam minyak yang sudah dipanaskan. Balik-balikkan bahan gorengan hingga cukup masak dan angkat.
- Sedia dihidang.
*Tips menggoreng sotong:
- Celup sotong dlm adunan. Minyak dipanaskan seperti biasa terlebih dahulu. Kecilkan api sebelum masukkan sotong ke dlm minyak. Goreng sotong dengan api perlahan selama 1 minit. Ini untuk mengelakkan sotong menjadi liat (menganjal isinya). Besarkan api semula untuk kepanasan asal semula supaya tepung gorengan tidak menyerap minyak berlebihan.
Saya prefer guna tepung bancuhan ini untu apa juga jenis celup goreng. Tepung beras diguna untuk mendapatkan rasa lebih crunchy. Tambah pula sedikit kapur makan (kapur sireh dan bukan kapur selainnya. Saya dapat resepi ini dari mak saya. Lupa plak nak tanya mengapa perlu diletakkan kapur. Mungkin hendak bagi rangup agaknya. Ttapi jangan terlebih letak nantt rasa pahit pula. Secubit dua saya letak kapur sireh ke dalam bancuhan air.
Selamat mencuba buat ICT@SCT atau apa-apa sahaja pilihan anda masa cuti sekolah ini untuk anak-anak dan keluarga pasti menyelerakan. Takyah beli yang siap di kedai sebab harganya lebih mahal. Seekor ICT saiz sederhana dlm RM3 seekor. Yang besar sket maybe berharga RM5 seekor. Jadi penyelesaiannya, anda beli ikan kembung/ selar/ selayang dengan berat 1 kilo untuk menjimatkan duit anda.