Gulai Tempoyak Ikan Patin Best Food in Pahang
Gulai Tempoyak Ikan Patin is all time favorite and best Food in Pahang. Tourist must try this dish at Selera Patin Bangau. Recipe inside. Read here for more info and 5 best foods in Pahang.
Gulai Tempoyak Ikan Patin Best Food in Pahang Summary
- Nama Resipi: Gulai Tempoyak Ikan Patin Best Food in Pahang
- Kategori Hidangan: Makanan
- Jenis Masakan: Melayu
Gulai Tempoyak Ikan Patin Best Food in Pahang from News Agency
Gulai tempoyak ikan patin kebanggaan penduduk Temerloh
Sebut sahaja gulai tempoyak ikan patin, nama Selera Patin Bangau di Kampung Bangau Tanjung pasti menjadi kebanggaan masyarakat tempatan di daerah Temerloh, Pahang. Kuah tempoyak berwarna kuning keemasan yang pekat dan isi daging ikan patin sangkar kampung menjadi pemikat kepada setiap pengunjung yang datang bukan sahaja dari Pahang tetapi juga Kuala Lumpur.
Namun tidak ramai yang tahu bahawa pengasas Gulai Tempoyak Ikan Patin yang disukai ramai iaitu Restoran Selera Patin Bangau, Rohazlina Yusuf, 42 tahun, tidak makan ikan patin. “Saya memang tak boleh makan ikan patin saya tidak tahu kenapa memang dari dahulu macam itu. “Mungkin saya terikut arwah emak yang juga tak makan ikan patin sedangkan adik-beradik yang lain makan ikan ini,” jelasnya.
Perusahaan Gulai Tempoyak Ikan Patin – Selera Patin Bangau
Rohazlina yang juga mencetus idea resipi gulai ikan patin dan memasaknya setiap hari berkata ramai antara pelanggan terkejut apabila mengetahui dia sendiri tidak makan ikan itu. “Mereka tanya saya macam mana masak gulai ikan patin bila saya sendiri tidak boleh merasa ikan tersebut? Saya ada cara tersendiri. Saya masak dahulu kuah gulai tempoyaknya dan kemudian saya masukkan ikan. Bila ikan sudah dalam gulai, ramai pekerja termasuk adik-beradik yang akan merasa,” tambahnya.
Rohazlina memulakan perusahaan gulai tempoyak ikan patin ini setelah mendapat inspirasi daripada kejayaan perumahan ternakan ikan patin sangkar di Tanjung Bangau. “Kampung ini adalah tempat pertama ternakan patin sangkar di Pahang. Jadi jika anda mahukan yang terbaik memang kena datang ke sini,” jelasnya.
Restoran Selera Patin Bangau Terbaik
Restoran Selera Patin Bangau yang bermula sebagai sebuah gerai Gulai Tempoyak Ikan Patin dengan hanya Rohazlina sebagai pengurus dan tukang masak kini mempunyai lebih 14 pekerja. Dengan hasil jualan lebih RM50,000 sebulan, Rohazlina boleh tersenyum bangga apabila mengenang kembali kesusahan yang pernah dialaminya.
Beliau yang memulakan perniagaan Gulai Tempoyak Ikan Patin selepas kematian ibunya berkata cabaran sebagai seorang usahawan wanita banyak mengajarnya selok-belok perniagaan. “Perniagaan ini banyak maknanya bagi saya. Dahulu saya terpaksa tutup kedai yang saya pernah buka kerana masalah pekerja. Menguruskan pekerja bukan mudah. “Tetapi Alhamdulillah sekarang saya pastikan saya mengambil anak-anak orang kampung yang baru habis belajar dan sedang mencari peluang pekerjaan,” katanya.
Resepi Gulai Tempoyak Ikan Patin
*Source: astroawani.com, mstar.com.my
Hashtag / Keywords
Apakah restoran yang menjual gulai tempoyak ikan patin terbaik di Pahang?
Ada banyak restoran yang menjual gulai tempoyak ikan patin di Pahang. Tetapi Restoran Selera Patin Bangau menjadi bualan semua orang kerana kesedapan yang tidak terkata.
Apakah yang boleh dibuat dengan buah durian untuk masakan?
Durian selain dari boleh dimakan begitu sahaja, tetapi boleh dibuat masakan seperti sambal tempoyak, serawa dan gulai tempoyak ikan patin yang sangat terkenal di Negeri Pahang.
Resepi Gulai Tempoyak Ikan Patin
Ini bahan-bahan untuk menyediakan Gulai Tempoyak Ikan Patin:
- 1-kilogram ikan patin, potong dengan ketebalan 3cm
- 2 sudu makan asam jawa yang dicampur dengan satu cawan air
- 1 liter air
- 2 batang serai
- 3 helai daun kunyit diracik halus
- ½ cawan tempoyak
- 1 Timun tua dipotong dadu
- 3 tangkai daun kesum
- 1 batang bunga kantan
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar;
- 7 biji cili padi
- 5 biji cili merah
- 10-gram kunyit hidup
- 1 inci halia tua
- 1/2 mangkuk air
Cara-cara membuat Gulai Tempoyak Ikan Patin:
- Panaskan air dalam periuk dan selepas mendidih masukkan tempoyak serta bahan kisar, serai yang ditumbuk dan daun kunyit.
- Biarkan ia mendidih selama 15 minit.
- Sementara itu, basuh ikan patin dan lumurkan dengan asam jawa dan biarkan perapan itu selama lima minit.
- Cuci ikan dan masukkan ke dalam periuk sebelum tambahkan timun tua dan daun kesum.
- Tutup periuk dengan penutup dan biarkan ia mendidih dalam api sederhana selama 10 minit dan kemudian masukkan bunga kantan.
- Perasakan dengan garam dan gula sebelum dihidang.
Gulai Tempoyak Ikan Patin Best Food in Pahang Reviews
Customer Reviews about Gulai Tempoyak Ikan Patin Best Food in Pahang
Gulai Tempoyak Ikan Patin
Mudah Jer Resepi Gulai Tempoyak Ikan Patin. Ikan patin masak tempoyak memang tidak asing lagi. Kawasan yang menjadi tumpuan adalah di Temerloh Pahang. Rasa ikan patin sungai Pahang memang sedap. Jom cuba resepi yang sangat mudah dah sangat sedap ni. Sekali cuba pasti nak lagi.
DAPOQ DANGAU
youtube.com
Gulai Tempoyak Ikan Patin -Top 5 Restoran Ikan Patin, Temerloh, Pahang.
5 Restoran Ikan Patin Tempoyak Terbaik di Temerloh Pahang
Negeri Pahang cukup terkenal dengan ikan patinnya terutama yang dimasak tempoyak. Temerloh adalah salah satu lokasi untuk makan hidangan istimewa tersebut. Senarai Restoran Ikan Patin Dalam Video:
Selera Patin Bangau
Suasana restoran ini membuatkan ada merasa seperti anda sedang berada di kenduri kahwin. lokasi restoran yang 200-meter dari jalan besar. Perhatikan sahaja papan tanda di depan restoran itu, dan anda akan jumpa. Makanan yang disediakan di sini memang menyelerakan, harganya pula murah.
Restoran Claypot Patin Tempoyak
Patin tempoyak yang dihidangkan panas-panas dalam belanga memang menambah selera. Isi ikan patin yang segar dan tempoyak yang cukup memikat aroma dan rasanya boleh bikin sesiapa sahaja jatuh cinta dengan menu ini. Restoran Claypot Patin Tempoyak mempunyai ruang yang luas dan selesa. Cuma mencari tempat meletak kenderaan agak susah terutama pada waktu puncak.
Gerai Makan Pak Usop (Patin Pak Usop)
Resepinya adalah turun-temurun milik keluarga pemiliknya. Pemilik restoran Pak Usop memasak 80 kg ikan patin dalam sehari. Ini menunjukkan ramainya pelanggan yang datang makan di tempat mereka. Malah, jumlah itu dikatakan boleh habis dalam masa kira-kira tiga jam sahaja. mereka turut menghasilkan ikan patin
Kancil Raja Patin
Nama restoran ini pasti kedengaran unik buat anda. Rupa-rupanya ‘Kancil’ ialah nama panggilan pemillik restoran ini. Orang ramai mengenali Pahang kerana patin tempoyaknya. Ramai yang datang ke sini untuk mencuba patin tempoyak mereka yang memang sedap. Namun, sebenarnya mereka juga memasak patin pais yang tidak kurang hebat. menggunakan resepi turun-temurun keluarga Kancil yang dihasilkan daripada 13 ramuan rahsia.
Go’Bang Maju
Terletak di tepi jalan arah ke Bera. Betul-betul depan traffic light. Bersebelahan dengan stesen minyak Petron Temerloh. Ruangan makan di sini juga lebih luas. Sekarang berkonsepkan layan diri. Pelanggan hanya perlu ambik sendiri lauk-pauk yang telah disediakan dalam mangkuk dan piring. Banyak pilihan lauk pauk yang menarik tertarik.
Zone Ceria
youtube.com
Contact Restoran Selera Patin Bangau Temerloh Pahang
Restoran Selera Patin Bangau,
Jalan Kampung Baru, Kampung Bangau,
28000 Temerloh, Pahang
Telephone: 013-996 4100