Restoran Rebung Dato Chef Ismail Malay Food KL
Restoran Rebung Best Malay Food KL is our authentic malay food owned by Dato Chef Ismail. All-time favorite asam pedas, nasi goreng rebung, nasi campur. Read here for more information about the best foods in Malaysia.
Restoran Rebung Dato Chef Ismail Malay Food KL Summary
- Attraction: Restoran Rebung Dato Chef Ismail Malay Food KL
- Location: KL Malaysia
- Attraction Type: Food in Malaysia
Restoran Rebung Dato Chef Ismail Malay Food KL from Web
Restoran Rebung Dato Chef Ismail adalah sebuah kedai makan yang menyajikan masakan melayu yang paling terkenal dan sedap di Kuala Lumpur. Ini kerana restoran ini dimiliki oleh seorang selebriti chef terkenal Malaysia iaitu Chef Ismail. Menu yang disajikan semuanya memikat selera dan menepati citarasa semua kerana kesedapan rasanya dan tidak terlalu pedas.
Memang seronok berada di sini, dapat makan dan dapat juga melihat khazanah barangan lama. Membuat anda tersenyum sambil mengimbau kenangan di desa nan permai. Overall, best gaklah makan di sini, food ok, ambience ok, harga reasonable RM40 per pax. Recommended? yes!!
Restoran Rebung Dato Chef Ismail Malay Food KL from Blog
Restoran Rebung Dato Chef Ismail
Kami tiba dalam pukul 6.50pm macam, round-round dalam Restoran Rebung Dato Chef Ismail dulu tengok persekitaran dan hidangan-hidangan yang sudah siap dihidang sambil-sambil ambil gambar. Harga buffet (dinner) untuk sekepala RM53.00 tidak termasuk caj. Menu masakan disini mostly hidangan masakan melayu kampung dan dipecahkan mengikut kategori seperti Appetizer, Main Buffet, Side dish, desserts dan Grilled. Menu pembuka selera yang dihidangkan disini lebih kepada yang berkuah.
Restoran Rebung Dato Chef Ismail Menu
Appetizer yang berkuah yang terdapat di Restoran Rebung Dato Chef Ismail seperti Laksa, mee dan bihun, salad or vegie. Rojak buah kena pilih dan gaul sendiri, sumpah sedap. Tauhu Bakar dibawah lapisannya ada pes sos kacang. Popiah basah – my collegue said vegie nya tersangat fresh bila gigit so crunchy. Lain-lain menu appetizer ada murtabak, cucur bawang yg so sedap, sotong goreng tepung, onde-onde, keropok lekor, roti jala dan banyak lagi.
Menu bakar-bakar pula yang menarik perhatian kami di Restoran Rebung Dato Chef Ismail sampai sanggup nak beratur panjang adalah sate ayam. Setiap sorang yang beratur dapat 4 batang sahaja tapi boleh beratur ambil lagi dan sangat berbaloi juga beratur sebab sedap. Ikan bakar seperti ikan kembung, cencaru dan keli. Selain ikan bakar dan sate, kambing bakar pun ada juga, yang ni pun salah satu menu grill yang ditunggu-tunggu.
Sedang kami makan-makan, kami ternampak Chef Ismail sedang berbual-bual di meja makan bersama-sama kenalan dia. Perasaan segan datang secara tiba-tiba untuk mengambil foto bersama selebriti chef terhebat Malaysia ini.
*Source: nordiyana.com, diariashmira.blogspot.com
Hashtag / Keywords
Adakah terdapat pakej buffet di Restoran Rebung Dato Chef Ismail?
Sebenarnya makan di Restoran Rebung ada disediakan pakej buffe. Tapi buffet dia harga RM40 seorang untuk lunch dan RM50 seorang untuk dinner. Anda boleh cuba dan nikmati kelazatan air tangan chef selebriti Malaysia.
Apakah menu-menu makanan pilihan pelanggan di Restoran Rebung Dato Chef Ismail?
Selain nasi campur yang menjadi kegemaran semua, terdapat pelbagai juadah mee kari, bihun sup, nasi impit kuah kacang, rojak buah, lempeng kelapa, roti jala, ubi kayu rebus, ikan bakar, ABC, pasembur, goreng pisang, sagu gula melaka, bubur dan pulut durian. Sebenarnya banyak lagi menu yang menjadi pilihan. Anda perlu cuba makan di sini. Overall, sedap masakannya dan boleh cuba nasi ulam, sambal tumis ikan bilis untuk lempeng kelapa dan siput sedut masak lemak.
Dimanakah letaknya lokasi Restoran Rebung Dato Chef Ismail yang sangat terkenal itu?
Lokasinya terletak di tingkat 5, bangunan parking bertingkat Bukit Aman, di Taman Botani Perdana. Anda boleh parking kereta di kompleks parkir bertingkat, terus naik lif ke tingkat 5. Anda perlu sampai awal bagi mengelakkan kesesakan dan kesukaran mendapat tempat duduk. Ambil nasi pun perlu beratur. Yang menarik restoran ni ialah dekorasinya yang terdiri daripada pelbagai barang-barang lama dan antik, kebanyakannya peralatan memasak, pinggan mangkuk, cawan, teko, acuan kuih hinggalah ke reban ayam dan kain batik semua. Tema tradisional Melayu.
Apakah menu utama Restoran Rebung Dato Chef Ismail ?
Menu utama yang dihidangkan disini diantaranya adalah daging salai masak lemak cili api, asam pedas pari, telur itik masak lemak cili api, ayam masak merah, rendang daging, perut masak lemak cili api, ulam-ulaman, nasi lemak bungkus dan banyak lagi.
Apakah menu-menu side dishes dan desserts yang ada di Restoran Rebung Dato Chef Ismail yang boleh anda makan?
Terdapat beraneka side dish sambal turut dihidangkan seperti sambal ikan bilis tempe garing, telur masin, sambal terung, sambal goreng jawa, paru goreng berempah, sayur goreng, sambal belacan dan banyak lagi. Manakala menu-menu dessert Restoran Rebung Dato Chef Ismail yang tidak sabar untuk rasa adalah Sago Gula Melaka. Aneka kuih-muih melayu traditional dan moden. Pulut kuning dan rendang daging. Dodol sedap ni nak makan cedok terus dari kuali.
Lain-lain dessert yang ada di Restoran Rebung Dato Chef Ismail adalah cekodok pisang, beraneka puding, pengat pisang, pulut durian, keropok, mix fruit, wajik durian dan aneka bubur.
Contact Restoran Rebung Chef Wan Ismail
Restoran Rebung Dato Chef Ismail
5-2 Cascade Parking, Jalan Bukit Aman,
1, Jalan Tanglin,
50480 Kuala Lumpur