Sejarah Murtabak Mengkasar Istana Pekan Pahang

Resepi Murtabak Mengkasar Best Food in Pahang

Jom baca sejarah Murtabak Mengkasar Istana Pekan Pahang yang sangat sedap. Bagaimana hubungan erat tukang masak istana dan pemberiaan resipi terhebat ini kepada Hj Din. Dapatkan semua info disini.

Resepi Murtabak Mengkasar Best Food in Pahang Summary

  • Attraction: Sejarah Murtabak Mengkasar Istana Pekan Pahang
  • Location: Pahang Malaysia
  • Attraction Type: Attraction in Malaysia

Resepi Murtabak Mengkasar from WordPress

Murtabak Mengkasar Pilihan Sultan

Santai bersama blogger pantai timur diteruskan dengan kami menuju ke MURTABAK MENGKASAR, BUKIT SEKILAU Kuantan. Ye ramai yang tahu Murtabak Merkasar ini berasal dari Pekan, Pahang dan diambil nama Merkasar atas nama salah satu kampung di Pekan iaitu Kampung Merkasar. Jadi cawangannya di Bukit Sekilau ini telah beroperasi sejak tahun 2001 lagi. Baiklah, seperti yang kita tahu,

Tukang Masak Istana Pekan Dengan Resepi Murtabak Mengkasar

Ketika zaman 60an, Allayarham Dato Awang Rashid, pernah berkhidmat sebagai tukang masak di Istana Pekan juga tidak ketinggalan membuat murtabak dengan resipinya tersendiri. Namun, beliau berhenti membuat murtabak apabila mendapat kepercayaan dari Almarhum Sultan Abu Bakar mengendalikan projek-projek pembangunan di Negeri Pahang ini.

Setelah tidak lagi membuat murtabak, tibalah rakan baik Allayarham Dato Awang Rashid ini memohon resipi Murtabak untuk di jual dan diberikan kepada anaknya En Tajudin atau lebih dikenali sebagai Hj Din dan sekarang ini dikenali sebagai Murtabak Mengkasar Hj Din. Dengan tidak keberatan, maka diberi dan diajarlah resepi Murtabak ini dan pada tahun 80-an ianya menjadi tradisi. Dari situ juga timbullah idea di mana Murtabak ini dijadikan jualan harian bukan sekadar bulan Ramadhan dan berbentuk empat segi tepat yang pertama di Pekan. Sebelum itu murtabak ini hanya berbentuk empat segi sama. Serta satu lagi penambahan iaitu isi dalamnya ditambah menjadi lebih pekat.

Kehebatan Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau

Kehebatan MURTABAK MENGKASAR kini adalah telah dijadikan Murtabak Frozen dengan mudah untuk di bawa balik dan bertahan lama. Salah satu R&D ialah Murtabak Frozen disimpan selama setahun kemudian baru dimasak ternyata ianya masih boleh dimakan dan tidak basi. Ianya jelas menunjukkan resepi asal dikekalkan hingga boleh bertahan dengan begitu lama.

Kini pasaran Murtabak Merkasar bukan sahaja di Kuantan & Pekan, malah ianya juga telah di bawa ke seluruh pelusuk tanah air dan yang paling membanggakan ianya telah berada di Food Market, Jeddah. Murtabak ini juga sering menerima tempahan termasuk majlis-majlis perkahwinan.

Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau Kuantan Pahang

Jadi kepada yang belum merasai Murtabak Merkasar ini, bolehlah datang ke MURTABAK MENGKASAR cawangan Bukit Sekilau di mana beroperasi dari jam 4.00 petang sehingga 1 pagi setiap hari. Kepada luar dari Kuantan dan Pekan juga boleh membeli Murtabak Frozen di mana dengan bantuan dari SIRIM Pahang, packaging kini yang sangat menarik.

Harga yang sangat berpatutan dengan ianya bermula dari RM8 bagi yang biasa, RM10 untuk Special dan Mix Special hanya RM 12 serta RM15 bagi yang Frozen dan ianya boleh dimakan 2 ke 3 untuk 1 murtabak. Moh kita weh…rasa MURTABAK MENGKASAR… boleh dimakan seisi keluarga dengan rasanya yang sangat sedap.

*Source: pahangyouthchannel.wordpress.com

Hashtag / Keywords

Murtabak di Pahang ini memang banyak yang sedap berasal dari Pekan, Pahang. Rupanya sejak zaman Almarhum Sultan Abu Bakar lagi sangat menyukai murtabak dan sepanjang bulan Ramadhan, Almarhum akan mencuba merasai seberapa banyak murtabak yang akan dibeli dan dibawa ke Istana Pekan secara bergilir-gilir.

Setelah Allayarham Dato Awang Rashid meninggal dunia, maka Murtabak ini dinamakan Murtabak Merkasar kerana kedainya di Kg Merkasar, Pekan dan diteruskan legasinya kepada anak-anak dan cucunya. Salah seorang anak En Saiful Mazita bin Tajudin mengembangkan MURTABAK MENGKASAR ini dengan membuka cawangan di Kuantan bertapakkan kawasan makan sebelah Kolej Yayasan Pahang yang dulunya Uitm Bukit Sekilau.

Resepi Murtabak Mengkasar Pekan Peramu Reviews

Customer Reviews

Carta Murtabak di Daerah Pekan

Bulan puasa dulu ada seseorang keluarkan carta kesedapan murtabak di Daerah Pekan.

  1. Murtabak Ganchong
  2. Murtabak belakang rumah mayat (Murtabak Deris)
  3. Murtabak Lamir
  4. Murtabak Hj Lah
  5. Murtabak Mawar
  6. Murtabak Kasturi
  7. Murtabak Mekasar

Saya pernah makan murtabak Mekasar dan Murtabak Belakang Rumah Mayat sahaja. Sedap tidak terkata, Bagaimana ya kalau makan Murtabak Ganchong?

KAY

Tuesday, October 18, 2016 9:39:00 AM

Murtabak Belakang Rumah Mayat Sedap?

Murtabak Mengkasar 10 kali ganda baik: Mengerikan siap ada murtabak belakang rumah mayat. Menurut mak saya bercerita, waktu bulan puasa yang lepas ada orang jual murtabak di kawasan rumah di Pekan Pahang dan ingin tahu berapa harganya? RM15/sekeping! Mahal sangat! Tapi dari segi tahap kesedapan, mak saya kata murtabak mengkasar berpuluh kali ganda sedapnya dari murtabak yang mahal.

Zilla

Tuesday, October 18, 2016 9:43:00 AM

Contact Restoran Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau

Restoran Murtabak Mengkasar Bukit Sekilau
Pusat Jaja Uitm, Jalan Bukit Sekilau,
25200, Kuantan, Pahang
Facebook: https://www.facebook.com/murtabakmengkasarsdnbhd
Instagram: https://www.instagram.com/murtabakmengkasarofficial/

error: