Tukang Masak Istana Pekan Dengan Resepi Murtabak Mengkasar
Ketika zaman 60an, Allayarham Dato Awang Rashid, pernah berkhidmat sebagai tukang masak di Istana Pekan juga tidak ketinggalan membuat murtabak dengan resipinya tersendiri. Namun, beliau berhenti membuat murtabak apabila mendapat kepercayaan dari Almarhum Sultan Abu Bakar mengendalikan projek-projek pembangunan di Negeri Pahang ini.
Setelah tidak lagi membuat murtabak, tibalah rakan baik Allayarham Dato Awang Rashid ini memohon resipi Murtabak untuk di jual dan diberikan kepada anaknya En Tajudin atau lebih dikenali sebagai Hj Din dan sekarang ini dikenali sebagai Murtabak Mengkasar Hj Din. Dengan tidak keberatan, maka diberi dan diajarlah resepi Murtabak ini dan pada tahun 80-an ianya menjadi tradisi. Dari situ juga timbullah idea di mana Murtabak ini dijadikan jualan harian bukan sekadar bulan Ramadhan dan berbentuk empat segi tepat yang pertama di Pekan. Sebelum itu murtabak ini hanya berbentuk empat segi sama. Serta satu lagi penambahan iaitu isi dalamnya ditambah menjadi lebih pekat.
Setelah Allayarham Dato Awang Rashid meninggal dunia, maka Murtabak ini dinamakan Murtabak Merkasar kerana kedainya di Kg Merkasar, Pekan dan diteruskan legasinya kepada anak-anak dan cucunya. Salah seorang anak En Saiful Mazita bin Tajudin mengembangkan MURTABAK MENGKASAR ini dengan membuka cawangan di Kuantan bertapakkan kawasan makan sebelah Kolej Yayasan Pahang yang dulunya Uitm Bukit Sekilau.