Pantai Teluk Cempedak Kuantan Beach in Pahang

Pantai Teluk Cempedak Kuantan Beach in Pahang

Pantai Teluk Cempedak memang sangat terkenal bagi pengunjung dalam dan luar negeri. Apakah aktiviti yang anda boleh lakukan disini? Jom kita dapatkan semua perkara berkaitan disini.

Pantai Teluk Cempedak Kuantan Beach in Pahang Summary

  • Attraction: Pantai Teluk Cempedak Kuantan Beach in Pahang
  • Location: Pahang Malaysia
  • Attraction Type: Beach in Malaysia

Pantai Teluk Cempedak Kuantan Beach in Pahang from Official

Pantai Teluk Chempedak Kuantan – Best Beach in Pahang

Pantai Teluk Chempedak atau lebih dikenali sebagai TC cukup terkenal di kalangan pengunjung sama ada dari luar atau rakyat tempatan. TC cukup sinonim dengan daerah Kuantan dan popularitinya juga setanding dengan infrastruktur yang terbina telah menjadikan lokasi ini sebagai destinasi pilihan pengunjung ketika percutian.

Terdapat jambatan yang direka khas bagi pengunjung untuk menyusuri pesisir pantai menjadi tempat tumpuan. Pengunjung dapat menikmati kecantikan pantai juga pemandangan kehijauan flora dan fauna. Hutan rekreasi tersebut terpelihara kerana kelestarian alam dijaga dengan baik demi merasai kedamaian alam.

Panorama semula jadi seperti longgokan batuan, kehijauan hutan dan pasir pantai yang memutih ini pastinya akan memberi sudut penggambaran yang cantik. Pantai Teluk Cempedak juga mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti surau, tandas, hotel, restoran, gerai akan memudahkan pengunjung.

Terdapat juga gerai kraf tangan yang menjual cenderamata untuk pengunjung yang ingin membeli hadiah kepada sanak saudara apabila pulang daripada percutian ini ataupun dijadikan sebagai kenang-kenangan. Oleh itu, pengunjung perlu melawat Pantai Teluk Cempedak apabila bercuti ke Kuantan, Pahang.

Cerita pasal buahnya pula, isi buah cempedak (jackfruit) ini boleh terus dimakan atau juga boleh digoreng sebelum makan. Masyarakat Banjar, Kalimantan Selatan Indonesia pula telah memproses kulit cempedak ini sebelum digoreng. Daunnya juga boleh di buat sayur. Bijinya pula boleh dimakan secara rebus, goreng atau dibuat gulai. Ada juga yang menggunakan akan cempedak ini untuk wanita dalam pantang. Cempedak juga bagus untuk mata kerana mempunyai kandungan vitamin a yang tinggi.

Teluk Cempedak Beach in Pahang

Pantai Teluk Cempedak ini terletak kira-kira 6 km dari bandar Kuantan, Pahang, Malaysia. Kononnya nama Teluk Cempedak ini mendapat namanya daripada pokok cempedak. Suatu masa dahulu ada orang telah menanam banyak pokok cempedak di tepi pantai chempedak. Itulah asal nama pantai cempedak.

10 Aktiviti Menarik di Pantai Teluk Cempedak Kuantan Pahang from Blogspot

Hari ni, saya nak mengajak anda semua yang mungkin berada di sekitar Kuantan untuk ke Pantai Teluk Cempedak. Mungkin, masih ramai antara kita yang belum sampai ke sini. Jom! lihat apa 10 aktiviti menarik yang boleh kita lakukan semasa di Pantai Teluk Cempedak – Best Beach in Pahang.

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan adalah:

  1. Aktiviti pertama yang anda boleh lakukan adalah berkelah di sini bersama family. Buat BBQ, atau bawa bekal, bentang tikar, khemah atau kerusi. Sambil menikmati suasana alam yang indah, melihat gelak ketawa anak-anak.
  2. Selain itu, bagi mereka yang suka makan tetapi kurang rajin untuk menyediakan bekalan makanan. Boleh juga ke kedai-kedai di sekitar pantai. Macam-macam ada disini. Antaranya, KFC, A&W, Mc D, Starbuck, Mee Tarik Warisan, food court, restoran dan gerai-gerai di sepanjang jalan.
  3. Bagi yang sukakan aktiviti mengeluarkan peluh. Anda boleh berjalan-jalan ke titian jambatan di lereng bukit, penghujung Pantai Teluk Cempedak.
  4. Terdapat aktiviti di Dataran Pantai Teluk Cempedak. Semasa saya pergi minggu lepas, terdapat 3 kumpulan buskers. Memang sangat menghiburkan. Santai-santai petang sambil berjalan-jalan.
  5. Anda juga boleh bergambar bersama keluarga sebagai kenang-kenangan.
  6. Kanak-kanak boleh juga bermain buih belon air yang ada dijual di situ.
  7. Mereka boleh menari dan menyanyi sambil mendengar lagu.
  8. Bersantai di atas tebing batu sepanjang pantai.
  9. Anak-anak boleh bermain Inflatable Bouncer atau Soopa Doopa atau bahasa mudahnya Istana Belon kat atas pasir tepi pantai.
  10. Bagi yang sukakan terapi rawatan Spa. Anda boleh mencuba ke Pusat Rawatan SPA di bangunan berdekatan Pantai Teluk Cempedak.

Untuk pelancong-pelancong dalam dan luar negeri, terdapat resort dan homestay untuk check in dan ini adalah aktiviti yang anda boleh lakukan:

  1. Zoo Teruntum : Anda boleh juga ke Zoo Teruntum yang berdekatan padang golf Teluk Cempedak.
  2. Jom jalan-jalan ke Petrosains Playsmart Kompleks Yayasan Pahang.
  3. Anda boleh juga ke Tanjung Api.
  4. Pantai Rekreasi Balok, Beserah.
  5. Pasar Tani pagi Ahad hadapan UTC
  6. Mendaki Bukit Pelindung
  7. Matahari terbit di Warung Dapur Kekanda, Beserah.
  8. Pantai Batu Hitam
  9. Keasyikkan Pantai Pelindung, Beserah.

*Source: pdtkuantan.pahang.gov.my, lamanpahang.blogspot.com, sakinahms.blogspot.com

Hashtag / Keywords

Contact Pantai Teluk Cempedak Kuantan Beach in Pahang

Pantai Teluk Cempedak,
25050, Pahang Malaysia

error: