Resipi Nasi Kebuli Makanan Diraja Pahang Malaysia
Dapatkan Resipi Nasi Kebuli Makanan Diraja Pahang Malaysia. Asal resipi ini dari Daerah Kuala Lipis. Jom kita belajar memasak menu makanan terbaik ini disini.
Resipi Nasi Kebuli Makanan Diraja Pahang Malaysia Summary
- Attraction: Resipi Nasi Kebuli Makanan Diraja Pahang Malaysia
- Location: Pahang Malaysia
- Attraction Type: Food in Malaysia
Resipi Nasi Kebuli Makanan Diraja Pahang Malaysia from Blog
Akak akan memasak masakan yang special untuk tengahari sebab Najwa hendak balik ke Arau. Sabtu petang, adik ipar ajak makan mee rebus dan apabila selesai, kami terus balik ke rumah. Najwa bersiap-siap untuk berangkat. Naik bas dari Kuantan terus ke Arau pada jam 9.00 malam. Kasihan juga kerana perjalanan mengambil masa antara 10 – 11 jam baru sampai, Akak pun tidak boleh tidur lena kerana bimbang dan risau juga. Dan Alhamdulillah Najwa sudah selamat sampai jam 7.00 pagi hari Ahad kelmarin,
Baiklah, mari kita tinjau-tinjau resepi dari Tulip yang resipi asalnya Akak ambil dari dapur Hana tu. Lepas makan memang kena buli Mat cakap. Memang pun, kena buli basuh pinggan. haha. Terima kasih kepada Tulip dan Hana. Akak adjust bahan ikut byk mana nasi Akak masak. Lupa pula hendak tabur kismis dan bawang goreng. Akak makan dengan ayam percik, Kalau tidak silap Akak, asal resepi nasi kebuli dari daerah Kuala Lipis, Pahang. Enntahlah sebab Akak pun tidak selidik asal usul nasi kebuli ini.
Resipi Nasi Kebuli Makanan Diraja Pahang Malaysia from Blog
Akak tuliskan Resipi Nasi Kebuli Makanan Diraja Pahang Malaysia dan juga cara memasaknya untuk tatapan anda sekalian. Selamat mencuba!
Resipi Nasi Kebuli Makanan Diraja Pahang Malaysia
NASI KEBULI
Bahan-bahan:
- 900-gram beras -basuh dan toskan (sukat hanya 4 cawan beras basmathi)
- 2 biji kelapa parut (akak guna 5 cawan santan)
- 5 cm halia
- 1 batang serai
- 1 helai daun limau purut
- 2 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
- Minyak Ghee untuk menumis
Untuk Hiasan:
- 2 biji telur (didadar)
- Kismis dan bawang goreng (optional)
Bahan giling: (bahan akak kurangkan sedikit mengikut sukatan beras dan kisar)
- 2 sudu besar ketumbar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh lada hitam
- 2 sudu teh serbuk kunyit
- Sedikit garam
Cara Memasak:
- Kelapa diperah ambil santan secukupnya untuk masak nasi.
- Panaskan minyak Ghee kemudian, masukkan rempah-rempah, daun limau purut, halia, serai serta bahan giling dan masak hingga naik bau.
- Masukkan santan dan garam. Tunggu hingga mendidih.
- Masukkan beras dan masak hingga tanak nasinya.
- Taburkan telur dadar, kismis dan bawang goreng di atasnya apabila menghidang.
*Source: ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com