nasi kebuli pahang

nasi kebuli

2 Best Resepi Nasi Kebuli Chef Wan | Makanan Diraja Pahang

Get Information for Resepi Nasi Kebuli Chef Wan | Makanan Diraja Pahang. Adakah nasi kebuli ini sama dengan nasi ayam? Apakah beza diantaranya? from various resources

Nasi Kebuli Santapan Diraja Pahang

nasi kebuli
Nasi Kebuli : The dish is typically served during special occasions, but you may find it in some Malay restaurants, eateries, or food stalls in Pahang.
nasi kebuli
malaysiaaktif.my
54465

KUALA LIPIS, 23 April (Malaysiaaktif) – Kuala Lipis merupakan bandar warisan sejarah yang pernah menjadi ibu negeri Pahang pada abad ke- 19 semasa pentadbiran era kolonial Britis, Sir Hugh Clifford.

Malahan Lipis juga terkenal dengan pelbagai masakan tradisi yang tersendiri di mana satu hidangan khusus yang hanya terdapat di Kuala Lipis ialah Nasi Kebuli atau Nasi Ke Bawah Duli.

Asal Usul Nasi Kebuli

Asalnya Nasi Kebuli ini hanya menjadi makanan warisan DiRaja atau Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. Hidangan Nasi Kebuli ini amat popular di kampung – kampung sekitar Kuala Kenong, Kampung Budu, Jelai, Tanjung Besar, Kuala Medang , Kampung Jeram Landak dan semua daerah di Kuala Lipis khasnya.

Menurut sejarah , Nasi Kebuli diperkenalkan di kampung Kuala Kenong, Kuala Lipis. Kewujudan nasi ini bermula apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Shah ( 1914 – 1917) bersama 60 orang pengikutnya mudik ke pekan Kuala Lipis dan berhenti di Kuala Kenong.

nasi kebuli

Nasi Kebuli Yang Sangat Popular

Baginda bertemu dengan penduduk kampung yang bernama Hussin dan menyatakan hasrat ingin memakan nasi berlaukkan ayam kampung. Kemudian Hussin memasak nasi tersebut dan menghidangkan kepada sultan. Maka berdasarkan kepada peristiwa tersebut ia dinamakan Nasi Kebuli sempena nama Kebawah Duli.

Namun, sehingga ke hari ini ianya telah dijadikan salah satu santapan popular Diraja Pahang serta dihidangkan hanya dalam majlis – majlis tertentu sahaja.

Oleh yang demikian Nasi Kebuli ini menyimpan sejarahnya yang tersendiri. Keenakkan Nasi Kebuli yang dinikmati bersama ayam yang diperap serta digaul garam dan kunyit yang ditumbuk halus , sekali makan pasti hendak lagi.

Resepi Nasi Kebuli Chef Wan from Blog #1

nasi kebuli
Nasi Kebuli boleh ita katakan sama macam Nasi Ayam. Cuma kali ni dalam ramuannyer ada tambahan ketumbar dan lada hitam. Ayam tu pula digoreng berbeza dgn nasi ayam yg ayamnyer dibakar. Berasnyer juga turut digoreng. Nasinyer sedikit kuning kerana penggunaan kunyit dalam penyediaannyer.
nasi kebuli
norazlitaaziz.blogspot.com
2011/02/nasi-kebuli.html

Cara menyediakan Nasi Kebuli

  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan hiris serta kulit kayu manis & kawan2nya (4 sekawan) sehingga layu & wangi.
  2. Masukkan pes rempah kari dan tumis hingga pecah minyak. Sentiasa kacau supaya rempah tidak hangus.
  3. Masukkan kerisik dan kacau supaya rempah tidak melekat pada periuk.
  4. Masukkan santan, garam, perasa serta gula merah. Bila dah mendidih masukkan hirisan nenas. Sentiasa dikacau2 supaya tak membuak.
  5. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak serta nenas masak.
  6. Sedia dihidangkan bersama nasi putih atau nasi berperisa.

Nasi Kebuli dengan Nasi Ayam?

Nasi Kebuli boleh ita katakan sama macam Nasi Ayam. Cuma kali ni dalam ramuannyer ada tambahan ketumbar dan lada hitam. Ayam tu pula digoreng berbeza dgn nasi ayam yg ayamnyer dibakar. Berasnyer juga turut digoreng. Nasinyer sedikit kuning kerana penggunaan kunyit dalam penyediaannyer.

Kalau ikut resepi asal nasi ni dimakan bersama ayam goreng tu aje… tapi ita tambahkan sos cili untuk menambahkan sedikit rasa pedas. Biasalah orang Johor biasa suka makan yg pedas2 sedikit…. Lebihan kuah intuk menanak nasi pula ita jadikan sup untuk memberikan sedikit kuah dan mereka2 yg menikmatinyer dapat menghirup sup yang hangat-hangat…. Jom kita intai2 resepi mudah dari Chef popular ni…

  • Resepi Nasi Kebuli Chef Wan

    MyKitchen's Recepi

    NASI KEBULI
    By: Chef Wan

    Bahan-bahan

    • 1 ekor ayam - dibersihkan dan dipotong 8
    • 2 inc kunyit - ditumbuk
    • garam
    • Air 3.5 liter (ita ikut sukatan berasdan lebihkan 1/2 cawan air)
    • Minyak masak 125 ml
    • Beras butir panjang 800 gm - dicuci dan toskan (ita buat 3 cwn beras)
    • Mentega 100 gm - dipotong dadu kecil2
    • sedikit bawang goreng
    • sedikit daun ketumbah - dihiris

     

    Pes Rempah

    • 1 biji bawang besar - dihiris
    • 10 ulas bawang merah - dikisar
    • 2 cm halia - dikisar
    • 4 batang serai - dikisar
    • 1 sudu teh ketumbar - dikisar
    • 10 biji lada hitam

  • Cara Penyediaan Nasi Kebuli

    Nasi Kebuli DIY - "DO IT YOURSELF" 

    Inilah cara penyediaan nasi kebuli makanan Diraja Pahang yang sangat enak ini. Hiharapkan anda boleh mencuba sendiri 🙂

    1. Lumurkan ayam dgn kunyit dan garam secukup rasa. Ketepikan, kalau boleh, ditutup dan diperap dlm peti ais selama 4-8 jam
    2. Sementara itu, sediakan pes rempah. Satukan kesemua bahan dlm pengisar, dan kisar hingga halus dan ketepikan.
    3. Didihkan air dlm periuk besar. masukkan pes rempah dan kepingan ayam. Kacau dan renehkan selama 15 minit atau sehingga ayam masak. Keluarkan ayam dan toskan. Tapis air rebusan dan ketepikan.
    4. Panaskan minyak masak dlm kuali dan goreng kepingan ayam sehingga perang pada kedua2 belah diatas api sederhana. Angkat dan tuskan diatas tuala kertas. masukkan beras ke dlm baki minyak dlm
    5. kuali dan goreng selama 3-4 minit (klu minyak banyak sangat keluarkan separuh tinggaklan hanya untuk mengoreng beras sahaja)
    6. Kemudian tuangkan air rebusan (ikutan sukatan beras) yg diketepikan, mentega dan secubit garam. kacau dan didihkan.
    7. Kecilkan api, tutup periuk dan renehkan selama 12-15 minit atau sehingga kesemua cecair diserap dan nasi hampir tanak. matikan apiu dan biarkan tertutup selama 10 minit.
      (ita alihkan beras yg telah digoreng ke dlm periuk nasi. Ita tambahkan air rebusan kira2 mencapai 2cm (1 inc) diatas paras beras yg diratakan. pas tu bubuh mentega dan garam. Kemudian klick! on dan biarkan masak seperti menanak nasi)
    8. Untuk menghidang, sendukkan nasi keatas pinggan hidang dan bubuh kepingan ayam diatasnyer. Kemudian taburkan bawang goreng dan daun ketumbar.
    9. Ita ambil air lebihan menanak nasi untuk dijadikan sup. Dan ita buat sos cili nasi ayam untuk dimakan bersama.

Resepi Nasi Kebuli from Blog #2

nasi kebuli
K, meh la layan resepi dari Tulip ni akak ceduk dari dapur Hana tu...Lepas makan memang kena buli Mat cakap...memang pun, kena buli basuh pinggan..hehee..Thanks ya Tulip n Hana. kalau x silap, asal resepi nasi ni dari daerah K.Lipis, Pahang..ntah laa..akak pn x selidik..hehe
nasi kebuli
ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com
2010/02/nasi-kebuli.html

Ni entry masak hari Sabtu sebenarnya….xdan nak update sebab bz duk urus beli barang anak2 and abanglong pun suh hantar balik Ahad semalam, malas nak rebut2 bas “ting tong” la katanya, ya la dekat sgt..hehe..Anak2 akak ni mana yang study dekat, dekat sgt, yang jauh, jauh pulak sampai ke utara nuuu…(*orang lain lg duk sampai oversea tu camne eh…mau runtun la jiwa kan). Tapi akak ni memang ler, asal jauh je hati x tahan, x kira la oversea ke, over river ke..heheh…teruk eh…

K, ni akak masak special sikit la tengahari tu sebab Najwa nak balik dah ke Arau tu..huhuuuu….Sabtu petang, adik ipar ajak makan mee rebus then balik rumah terus Najwa bersiap2 la barang2nya…Bas dari Ktn – Arau jam 9.00 malam…Kesian dia naik bas lama gitu..maunya 10 – 11 jam baru sampai, akak pun x berapa lena tidor la bimbang gak kan…ya la, dia dah selamat sampai jam 7.00 pagi hari Ahad kelmarin, alhamdulillah..weee panjangnya citer.

K, meh la layan resepi dari Tulip ni akak ceduk dari dapur Hana tu…Lepas makan memang kena buli Mat cakap…memang pun, kena buli basuh pinggan..hehee..Thanks ya Tulip n Hana. Akak c n p je la dari dapur Hana..Akak adjust bahan ikut byk mana nasi akak masak…lupa lak nak tabur kismis n bawang goreng masa snap gambor..hehe..Akak makan dengan ayam percik ni, kemudian la akak tampal ayam percik lak eh..xdan..hehe

kalau x silap, asal resepi nasi ni dari daerah K.Lipis, Pahang..ntah laa..akak pn x selidik..hehe

nasi kebuli
Nasi Kebuli : kurang berseri la pulak sbb lupa nak tabur kismis n daun bawang...hehe, dah nak makan baru perasan
  • Resepi Nasi Kebuli

    NASI KEBULI

    Bahan-bahan:-

    • 900 g beras -basuh dan toskan (akak sukat hanya 4 cawan beras basmathi)
    • 2 biji kelapa parut (akak guna 5 cawan santan)
    • 5 sm halia
    • 1 batang serai 1 helai daun limau purut
    • 2 biji buah pelaga 3 kuntum bunga cengkih minyak ghee utk menumis

     

    Untuk Hiasan:-

    • 2 biji telur (didadar) - akak x buat pun kismis bawang goreng (untuk hiasan)

     

    Bahan giling: (bahan akak kurangkan sikit ikut sukatan beras dan kisar jek)

    • 2 sudu besar ketumbar
    • 1 sudu teh jintan manis
    • 1 sudu teh jintan putih
    • 1 sudu teh lada hitam
    • 2 sudu teh serbuk kunyit
    • Sedikit garam

     

    Cara Memasak :

    Kelapa diperah ambil santan secukupnya untuk masak nasi. Panaskan minyak ghee,masukkan rempah-rempah, daun limau purut, halia, serai serta bahan giling dan masak hingga naik bau. Masukkan santan & garam tunggu mendidih. Masukkan beras dan masaklah hingga tanak nasinya. Taburkan telur dadar, kismis & bawang goreng diatasnya bila menghidang.

Customers reviews

What people say about Nasi Kebuli and Nasi Kebuli Recipe?​

Bintang Kesukaan :
5/5
Nasi Kebuli Makanan Diraja Pahang

Maksud Nasi Kebuli

menurut sumber : Nasi ini dinamakan NASI KEBULI sempena nama ke bawah duli

Gugusan Lipis
youtube.com/watch?v=XtblalaostI
Bintang Kesukaan :
5/5
Resep Nasi Kebuli

Jom Try Buat Nasi Kebuli DiRumah

VIRALKAN!!! | SEBARKAN!!! | RESEP NASI KEBULI TERENAK SEPANJANG SEJARAH

#chefsalimoz #resepnasikebuli #nasikebulikambing

Resep Nasi Kebuli
https://youtu.be/DbMJTfzP6Ps
Resep Acar Nanas
https://youtu.be/k-4RalSczlk
Resep Sambel Goreng Daging https://youtu.be/ZiV8EgA4Fdg

Bahan:
1 kg Daging Kambing
1 kg Beras lokal ( long grain )
10 buah Tomat Merah haluskan
1 siung Bawang Bombay
30 siung Bawang Putih
20 siung Bawang Merah
1 ruas Jahe
3 sdm Jintan Halus
3 sdm Ketumbar Halus
1 sdm Lada Halus
1 sdm Kapulaga Halus
2 batang Kayu Manis
10 biji Cengkeh
20 biji Kapulaga utuh
3 ruas Sereh
5 buah Cabe Hijau Besar
5 helai Daun Salam Koja
100 ml santan instan
2 sachet Dancow Instan
1 liter Air
4 sdm Margarin
Gula, Garam, Bawang Goreng.

Chef Salimoz
youtube.com/watch?v=DbMJTfzP6Ps

Personal Loan bank and cooperative

Apply latest promotion for personal loan. Financing with local banks and cooperatives with competitive rates. Act now and we will keep in touch with you as soon as possible. Moratorium loan during Covid-19 Pandemic Outbreak. I-Lestari and Bantuan Prihatin Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: