Warung Pak Hassan Kampung Baru Kedai Makan Melayu

Warung Pak Hassan Kampung Baru Kedai Makan Melayu

Cubalah roti canai kaki ayam di Warung Pak Hassan Kampung Baru dan nasi lemak kukus daun pisang yang ternyata sedap waktu sarapan pagi anda bersama segelas teh tarik. Dapatkan info lengkap mengenai makanan sedap di Kuala Lumpur, Malaysia sekarang.

Warung Pak Hassan Kampung Baru Kedai Makan Melayu Summary

  • Attraction: Warung Pak Hassan Kampung Baru Kedai Makan Melayu
  • Location: KL Malaysia
  • Attraction Type: Food in Malaysia

Warung Pak Hassan Kampung Baru Kedai Makan Melayu

Nasi lemak dan roti canai merupakan makanan kegemaran seluruh rakyat Malaysia dan biasanya diminum bersama air teh tarik melambangkan identiti Malaysia walaupun berlainan bangsa dan agama, tetapi mempunyai citarasa makanan yang sama. Salah satu kedai makan di Kuala Lumpur yang menyajikan menu makanan rakyat Malaysia yang sangat ikonik adalah Warung Pak Hassan yang terletak di Kampung Baru. Dengan harga makanan yang sangat mampu milik membuatkan gerai ini sering dikunjungi oleh warga kota mahupun mereka yang berdekatan dengan pejabat.

Mari kita dapatkan menu terbaik serta mengapa Warung Pak Hassan Kampung Baru menjadi pilihan kebanyakan orang.

Roti Canai Warung Pak Hassan Kampung Baru

Menu istimewa yang ditawarkan adalah roti canai kaki ayam dan nasi lemak. Tempahan disediakan bagi menu bubur lambuk untuk majlis keraian di pejabat.

*Source: nordiyana.com

Hashtag / Keywords

If you like to eat nasi lemak or soft tender roti canai with dhal barefoot, you can eat Malaysian foods every day because Warung Pak Hassan is open daily from 7am to 12pm. You also can order Teh Tarik which is the best Malaysian drink with very reasonable price.

Selain dari harganya yang murah, ia juga memang sedap. Nasi lemak di Warung Pak Hassan dilapik dengan daun pisang dan nasinya dikukus terlebih dahulu supaya nasinya tidak relai. Dihiasi dengan sayur kangkung celur, hirisan timun, telur rebus separuh, ikan bilis kering, kacang tanah serta sambal yang enak dan tidak pedas. Anda boleh memilih lauk pauk seperti ayam goreng berempah, sambal sotong, ayam rendang, daging rendang dan telur goreng. Anda perlu beratur untuk mendapatkan roti canai kerana ini adalah menu terbaik dimakan bersama kuah kaki ayam.

Hanya ada satu warung yang menyajikan kuah kaki ayam yang dimakan bersama roti canai iaitu di Warung Pak Hassan. Ia terletak di Kampung Baru Kuala Lumpur bertentangan dengan UniKL dan Bangunan 2 DBKL. Dari Jalan Sultan Ismail, belok kiri dan selepas itu anda akan nampak UniKL di sebelah kiri anda. Warung ini terletak di sebelah kanan. Jika anda dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), anda akan berjumpa dengan LC Restaurant aka Nasi Kandar Line Clear. Jalan ke depan sedikit selepas Masjid Kg. Baru barulah sampai.

Menu yang disediakan yang menjadi favorite ramai di Warung Pak Hassan sehingga ramai yang sanggup beratur untuk mendapatkan roti canai, roti telur bawang, roti telur dan roti sardin. Terdapat 2 orang penebar roti canai untuk percepatkan pesanan yang diambil. Apa yang menarik tentang roti canai ini ialah kuah dhal kari kaki ayam. Ia disediakan dalam satu periuk besar dan pelanggan bebas untuk menceduk sendiri kuantiti kuah kari yang dikehendaki.

Selain menu rakyat Malaysia yang sedap, Warung Pak Hassan juga dikunjungi oleh ramai pekerja yang bekerja di bangunan berdekatan. Menurut sumber, ada juga yang sanggup datang dari negeri lain seperti Negeri Sembilan, Melaka dan Perak untuk menikmati sarapan pagi sedap dan murah. Siapa kata makan di Kuala Lumpur mahal? Jika anda pandai mencari tempat makan dan banyak bertanya kepada warga kota, anda pasti dapat menikmati makanan yang murah dan sedap.

Warung Pak Hassan Kampung Baru Kedai Makan Melayu Reviews

Customer Reviews

Nasi Lemak Paling Sedap di KL, Teh Tarik Berkrim

Dari pejabat ke Warung Pak Hassan mengambil masa tidak sampai 5 minit berjalan kaki. Tiap-tiap hari aku datang sini untuk menikmati sarapan pagi. Nasi Lemak sotong memang sangat awesome dan boleh dikatakan yang terbaik di KL. Minum pula teh tarik ori memang terlalu enak dan melazatkan.

Syadil Ahmad

Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Komputer UniKL

Roti Canai Kaki Ayam Warung Pak Hassan Terbaik! Self Service

Sekarang ini kalau datang ke Warung Pak Hassan untuk makan sarapan pagi, ada buskers’ yang bermain di depan gerai makan. Sambil meratah kaki ayam boleh menikmati lagu dari buskers dan juga menderma. Makan dulu lepas tu bayar kemudian. Harga berbaloi-baloi. Pemilik warung ini juga peramah, lemah lembut dan mudah didekati pelanggan. Saya memberikan 5 bintang untuk makanan, layanan, kebersihan dan lokasi.

Nina Ahmad

Executive Sales

Contact Warung Pak Hassan Kampung Baru Kedai Makan Melayu

31, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru,
50300 Kuala Lumpur
Telephone: 017-223 7871

error: