Sejarah Nasi Kebuli Makanan Diraja Pahang Malaysia

Sejarah Nasi Kebuli Makanan Diraja Pahang Malaysia

Mari belajar Sejarah Nasi Kebuli, dan mengapakah ianya terkenal sebagai makanan Diraja Pahang Malaysia? Bagaimana cara membuat menu ini? Dapatkan resipi mudah disini. The dish is typically served during special occasions, but you may find it in some Malay restaurants, eateries, or food stalls in Pahang.

Sejarah Nasi Kebuli Makanan Diraja Pahang Malaysia Summary

  • Attraction: Sejarah Nasi Kebuli Makanan Diraja Pahang Malaysia
  • Location: Pahang Malaysia
  • Attraction Type: Food in Malaysia

Sejarah Nasi Kebuli Makanan Diraja Pahang Malaysia from Website

KUALA LIPIS, 23 April (Malaysiaaktif) – Kuala Lipis merupakan bandar warisan sejarah yang pernah menjadi ibu negeri Pahang pada abad ke- 19 semasa pentadbiran era kolonial British, Sir Hugh Clifford. Malahan Lipis juga terkenal dengan pelbagai masakan tradisi yang tersendiri di mana satu hidangan khusus yang hanya terdapat di Kuala Lipis ialah Nasi Kebuli atau Nasi Ke Bawah Duli.

Asalnya Nasi Kebuli ini hanya menjadi makanan warisan DiRaja atau Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. Hidangan ini amat popular di kampung-kampung sekitar Kuala Kenong, Kampung Budu, Jelai, Tanjung Besar, Kuala Medang , Kampung Jeram Landak dan semua daerah di Kuala Lipis khasnya. Menurut sejarah, Nasi Kebuli diperkenalkan di kampung Kuala Kenong, Kuala Lipis. Kewujudan nasi ini bermula apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Shah (1914 – 1917) bersama 60 orang pengikutnya mudik ke Pekan Kuala Lipis dan berhenti di Kuala Kenong.

Nasi Kebuli Yang Sangat Popular

Baginda bertemu dengan penduduk kampung yang bernama Hussin dan menyatakan hasrat ingin memakan nasi berlaukkan ayam kampung. Kemudian Hussin memasak nasi tersebut dan menghidangkan kepada sultan. Maka berdasarkan kepada peristiwa tersebut ia dinamakan Nasi Kebuli sempena nama Kebawah Duli. Namun, sehingga ke hari ini ianya telah dijadikan salah satu santapan popular Diraja Pahang serta dihidangkan hanya dalam majlis-majlis tertentu sahaja.

Oleh yang demikian menu ini menyimpan sejarahnya yang tersendiri. Keenakkan dinikmati bersama ayam yang diperap serta digaul garam dan kunyit yang ditumbuk halus, sekali makan pasti hendak lagi.

*Source: malaysiaaktif.my

Hashtag / Keywords

error: