Resepi Nasi Ayam Hainan Mudah dan Sedap
Resepi Nasi Ayam Hainan Mudah dan Sedap adalah resipi terkini yang memang sangat dinanti-nantikan oleh semua orang. Terdapat petua masyarakat cina untuk memastikan ayam cantik serta dapat menghilangkan sel-sel mati dan kulit ayam lebih halus dan mulus. Jom kita belajar petua dan cara memasak. Selamat mencuba!
Resepi Nasi Ayam Hainan Mudah dan Sedap Summary
- Nama Resepi: Resepi Nasi Ayam Hainan Mudah dan Sedap
- Kategori Hidangan: Makanan
- Jenis Masakan: Cina
Bahan-Bahan Resepi Nasi Ayam Hainan Mudah dan Sedap
Resepi Nasi Ayam Hainan Mudah dan Sedap adalah resipi di mana ayam perlu dicelur atau direbus terlebih dahulu. Bahan-bahannya dapat ditunjukkan seperti berikut:
Bahan-bahan Merebus Ayam Hainan
- 1 ekor ayam – belum dipotong dan perlu dibersihkan luar dan dalam.
- Air secukupnya
- Ketulan ais dimasukkan dalam besen dan campur air
- Halia – dipotong
- Daun bawang – dipotong
- Bawang besar – dibelah
- Bawang putih – dibelah
- 1 Sup bunjut
Bahan-bahan Membuat Nasi Ayam Hainan Mudah dan Sedap (A)
- 4 pot beras
- 6 cawan air rebusan ayam (anda boleh kurangkan sukatan untuk membuat nasi ayam berderai atau melebihkan sukatan untuk menjadi nasi sedikit lembik.
- 3 – 4 sudu besar stok pekat ayam maggi – yang dalam botol
- Minyak masak untuk menumis
- Daun pandan – disimpul
Bahan Kisar Nasi Ayam Hainan Mudah dan Sedap (B)
- 4-5 ulas bawang merah
- 4-5 ulas bawang putih
- 4 inci halia
Bahan-bahan Membuat Sos Cili Nasi Ayam Hainan Mudah dan Sedap
Bahan -bahannya seperti berikut :
- 4 biji cili merah – dibelah dan buang bijinya
- 2 inci halia
- 3 ulas bawang putih
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Sedikit cuka
- Sedikit minyak
Bahan-bahan Sos Halia dan Bawang putih
Bahan-bahannya ditunjukkan dibawah :
- 1 ketul halia
- 2 ulas bawang putih
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Sedikit cuka
- Sedikit minyak
Bahan-bahan Sos Kicap Nasi Ayam Hainan Mudah dan Sedap
- Sedikit air rebusan sup
- Kicap
Cara Memasak Resepi Nasi Ayam Hainan Mudah dan Sedap
Resepi Nasi Ayam Hainan Mudah dan Sedap disediakan dengan langkah-langkah seperti berikut:
Cara Membuat Ayam Hainan Mudah dan Sedap
- Panaskan air dan masukkan semua bahan-bahan dan rebus seketika.
- Apabila sudah mendidih, masukkan ayam dan masak seketika.
- Angkat dan rendam ayam dalam air ais seketika.
- Kemudian rebus balik ayam tadi.
- Ulang sebanyak 3-4 kali proses rebus dan rendam air ais. (Boleh buat minima 3 kali).
- Selepas itu, rebus ayam sampai masak.
- Akhir sekali apabila ayam sudah masak, angkat dan rendam terus dalam air ais.
- Jika ingin mudah, boleh jika terus rebus atau menggoreng ayam dan abaikan proses rebus dan rendam dalam air ais.
- Bagi yang suka ayam tersebut digoreng, caranya ialah selepas ayam direbus, lumur kicap manis dan goreng guna api kuat sehingga kulit rangup sahaja.
- Teknik rebus dan rendam dalam air ais ini supaya isi ayam lembut dan tidak overcooked. Ianya juga membentuk lapisan lemak yang juicy didalam daging ayam. Kalau rasa malas dan renyah boleh terus rebus.
- Air rebusan simpan untuk dibuat sup, dimasak nasi dan buat sos kicap.
Cara Menyiapkan Bahan Kisar dan Memasak Resipi Nasi Ayam Hainan Mudah dan Sedap
Cara memasak ini digabungkan dari bahan-bahan membuat nasi ayam hainan (A) dan bahan kisar (B)
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daun pandan sehingga wangi.
- Masukkan air rebusan dan stok pekat ayam. Biarkan sehingga mendidih.
- Apabila mendidih, masukkan garam secukup rasa.
- Selepas itu, masukkan beras dan masak nasi seperti biasa.
Cara Membuat Sos Cili Nasi Ayam Hainan Mudah dan Sedap
- Pertama, kisar semua bahan dengan sedikit air sehingga halus.
- Kemudian, panaskan sedikit minyak, dan tumis sekejap.
- Akhir sekali, tutup api dan tuang sedikit cuka.
Sos Cili Nasi Ayam Hainan Mudah dan Sedap ini boleh digantikan dengan jus perahan limau jika tidak suka cuka.
Cara Membuat Sos Halia dan Bawang Putih
- Kisar semua bahan dengan sedikit air sehingga halus.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis sekejap.
- Tutup api dan tuang sedikit cuka.
Sos Halia dan Bawang Putih Nasi Ayam Hainan Mudah dan Sedap ini boleh digantikan dengan jus perahan limau jika tidak suka cuka.
Cara Menyiapkan Sos Kicap Resipi Nasi Ayam Hainan Mudah dan Sedap
- Campur kedua-dua bahan sos kicap dan pandai-pandai selaraskan kepekatan sos kicap itu.
- Siap untuk dihidang!
Did you know?
Petua orang cina untuk membersihkan ayam supaya tidak berbau hanyir ayam adalah dengan mengambil garam kasar dan scrub kulitnya supaya dapat menghilangkan sel-sel mati dan dapat melicinkan kulit ayam.
Credit: Resepi Terkini
Resepi Nasi Ayam Hainan Mudah dan Sedap Reviews
Customer Reviews about Resepi Nasi Ayam Hainan Mudah dan Sedap
Resepi Nasi Ayam Hainan Mudah dan Sedapadalah perkongsian resipi mudah terutama kepada wanita bekerjaya dan sangat sibuk dengan pekerjaan di pejabat. Menu ini boleh disimpan di peti sejuk dan tahan lama. Boleh dipanaskan menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mikrowave. Diharap perkongsian resipi mudah ini memberikan anda keselesaan bagi mereka yang tidak mempunyai banyak masa di dapur. Menu ini juga sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mencuba masakan lain dari kebiasaan yang biasa anda masak.
Yana
https://vipmalaysia.com
Kongsi Resipi Anda
Tekan Butang Share Facebook, Twitter dan Kongsi Resipi di Whatsapp dan Telegram
Jangan lupa untuk tekan butang share pada ikon Twitter, Facebook dan berkongsi Resepi Nasi Ayam Hainan Mudah dan Sedap di Whatsapp Group atau melalui Telegram dibawah.
Nordiyana.com adalah semua mengenai memasak dan berjalan-jalan. 1 hari 1 resipi baru, jadi dalam masa satu tahun sahaja anda sudah dapat menguasai 365 resipi. Terima kasih kerana menyukai dan mengunjungi laman web kami. Jika anda ingin berkongsi resipi dan gambar masakan anda diketengahkan dalam laman web kami, sila e-melkan gambar dan resepi ke info@nordiyana.com.
Ingin Resepi Anda Diketengahkan?
- Ambil gambar masakan yang anda ingin ketengahkan. Hantar sekeping foto masakan yang sudah siap sepenuhnya dalam bentuk .jpeg atau dalam bentuk yang mudah.
- Tulis bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasak/ cara membuat. Menu atau hidangan yang boleh anda kirimkan merangkumi apa sahaja masakan, kuih muih, kek, biskut, minuman gulai dan sebagainya.
- Anda juga boleh tujukan resipi ini kepada insan yang istimewa dalam hidup anda sebagai menghargai perkongsian resepi yang anda sumbangkan. Tulis dengan ringkas, padat dan membawa erti sangat mendalam dan bermakna dalam hidup anda untuk resipi tersebut.
- Contohnya, anda boleh menulis seperti dibawah ini:-
“Resepi Nasi Ayam Hainan Mudah dan Sedap ini didedikasikan buat suami tersayang iaitu Shamsul Iskandar bin Kahar iaitu suamiku yang tercinta yang sedang menjalankan tugas di sempadan Malaysia-Thailand. Apabila selesai bertugas dan pulang ke rumah, beliau sering menyuruhku untuk membuat menu ini. Menu kegemaran katanya.”
“Semoga suamiku sihat sejahtera dan dilindungi dari bahaya musuh. Jangan risaukan adinda dan anak-anak di sini. Kami menunggu kepulanganmu wahai Suamiku. Ikhlas dari isterimu yang sedia menanti- Mariani binti Mamat dan anak-anak Luqman Daniel bin Shamsul Iskandar, 12 tahun dan Intan Norazura binti Shamsul Iskandar, 9 tahun”.
Anda juga boleh menghantar gambar anda dan gambar keluarga untuk kami ketengahkan sebagai sumber resipi (anda juga mempunyai pilihan untuk tidak menghantar gambar anda). Dengan mengenali diri orang yang mencipta atau berkongsi Resepi Nasi Ayam Hainan Mudah dan Sedap ini, diharapkan pengunjung laman web ini dapat mengenali empunya resipi dan seterusnya mendoakan empunya resipi diberikan kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.