Resepi Kentang Putar Ala KFC Mudah dan Sedap
Resepi Kentang Putar Ala KFC Mudah dan Sedap boleh dijadikan menu yang sedap apabila dibakar bersama ayam goreng ala KFC juga tidak begitu? Ikuti resepinya yang mudah sekali disini.
Resepi Kentang Putar Ala KFC Mudah dan Sedap Summary
- Nama Resipi: Resepi Kentang Putar Ala KFC Mudah dan Sedap
- Kategori Hidangan: Makanan
- Jenis Masakan: Western
Bahan-Bahan Resepi Kentang Putar Ala KFC Mudah dan Sedap
Bahan-bahan Resepi Kentang Putar Ala KFC Mudah dan Sedap (Kentang)
- 8 biji kentang
- 1 kotak kecil susu segar
- 2-3 sudu besar butter
- Serbuk lada hitam secukup rasa
- Serbuk lada sulah secukup rasa
Bahan-bahan Resepi Sos (Gravy) Kentang Putar Ala KFC
- 1 labu bawang besar (ditumbuk)
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 4 sudu besar butter
- 2 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air panas)
- 2 kiub ayam knorr
- Serbuk lada hitam secukup rasa
- Serbuk lada hitam sulah secukup rasa
- 2 1/2 cawan air
Cara Memasak Resepi Kentang Putar Ala KFC Mudah dan Sedap
Terdapat dua (2) cara membuat Resepi Kentang Putar Ala KFC Mudah dan Sedap ini iaitu yang pertamanya membuat kentang putar dan keduanya membuat sos.
Cara-cara Membuat Kentang Putar Ala KFC
- Kentang dikupas kulitnya dan dipotong sama besar.
- Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 20 minit.
- Bila kentang sudah empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Dah kering boleh alihkan dari atas api.
- Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
- Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
- Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata.
Cara-cara Membuat Sos Kentang Putar Ala KFC
Berikut adalah cara membuat sos.
- Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang. Biarkan buttercaramelized (bertukar warna sedikit perang (warna caramel)).
- Masukkan bancuhan tepung jagung dan tumis sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
- Masukkan air dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.
- Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
- Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tidak berketul.
- Siap, hidangkan sos yang dah siap bersama kentang putar.
Resepi Kentang Putar Ala KFC Mudah dan Sedap Reviews
Customer Reviews about Resepi Kentang Putar Ala KFC Mudah dan Sedap
Resepi Kentang Putar Ala KFC Mudah dan Sedap adalah perkongsian resipi mudah terutama kepada wanita bekerjaya dan sangat sibuk dengan pekerjaan di pejabat. Menu ini boleh disimpan di peti sejuk dan tahan lama. Boleh dipanaskan menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mikrowave. Diharap perkongsian resipi mudah ini memberikan anda keselesaan bagi mereka yang tidak mempunyai banyak masa di dapur. Menu ini juga sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mencuba masakan lain dari kebiasaan yang biasa anda masak.
Yana
https://vipmalaysia.com
Kongsi Resipi Anda
Tekan Butang Share Facebook, Twitter dan Kongsi Resipi di Whatsapp dan Telegram
Jangan lupa untuk tekan butang share pada ikon Twitter, Facebook dan berkongsi Resepi Kentang Putar Ala KFC Mudah dan Sedap di Whatsapp Group atau melalui Telegram dibawah.
Nordiyana.com adalah semua mengenai memasak dan berjalan-jalan. 1 hari 1 resipi baru, jadi dalam masa satu tahun sahaja anda sudah dapat menguasai 365 resipi. Terima kasih kerana menyukai dan mengunjungi laman web kami. Jika anda ingin berkongsi resipi dan gambar masakan anda diketengahkan dalam laman web kami, sila e-melkan gambar dan resepi ke info@nordiyana.com.
Ingin Resepi Anda Diketengahkan?
- Ambil gambar masakan yang anda ingin ketengahkan. Hantar sekeping foto masakan yang sudah siap sepenuhnya dalam bentuk .jpeg atau dalam bentuk yang mudah.
- Tulis bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasak/ cara membuat. Menu atau hidangan yang boleh anda kirimkan merangkumi apa sahaja masakan, kuih muih, kek, biskut, minuman gulai dan sebagainya.
- Anda juga boleh tujukan resipi ini kepada insan yang istimewa dalam hidup anda sebagai menghargai perkongsian resepi yang anda sumbangkan. Tulis dengan ringkas, padat dan membawa erti sangat mendalam dan bermakna dalam hidup anda untuk resipi tersebut.
- Contohnya, anda boleh menulis seperti dibawah ini:-
“Resepi Kentang Putar Ala KFC Mudah dan Sedap ini didedikasikan buat suami tersayang iaitu Shamsul Iskandar bin Kahar iaitu suamiku yang tercinta yang sedang menjalankan tugas di sempadan Malaysia-Thailand. Apabila selesai bertugas dan pulang ke rumah, beliau sering menyuruhku untuk membuat menu ini. Menu kegemaran katanya.”
“Semoga suamiku sihat sejahtera dan dilindungi dari bahaya musuh. Jangan risaukan adinda dan anak-anak di sini. Kami menunggu kepulanganmu wahai Suamiku. Ikhlas dari isterimu yang sedia menanti- Mariani binti Mamat dan anak-anak Luqman Daniel bin Shamsul Iskandar, 12 tahun dan Intan Norazura binti Shamsul Iskandar, 9 tahun”.
Anda juga boleh menghantar gambar anda dan gambar keluarga untuk kami ketengahkan sebagai sumber resipi (anda juga mempunyai pilihan untuk tidak menghantar gambar anda). Dengan mengenali diri orang yang mencipta atau berkongsi Resepi Kentang Putar Ala KFC Mudah dan Sedap ini, diharapkan pengunjung laman web ini dapat mengenali empunya resipi dan seterusnya mendoakan empunya resipi diberikan kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.