Resepi Soto Banjar Terlajak Sedap
Resepi Soto Banjar Terlajak Sedap adalah resepi turun temurun yang memang sedap dimakan. Terdapat 3 jenis soto yang popular iaitu Soto banjar, Soto jawa dan Soto Makasar. Untuk entri kali ini, kami akan mengetengahkan resepi nenek moyang iaitu Soto Banjar yang memang sedap rasanya.
Resepi Soto Banjar Terlajak Sedap Summary
- Nama Resipi: Resepi Soto Banjar Terlajak Sedap
- Kategori Hidangan: Makanan
- Jenis Masakan: Indonesia
Bahan-Bahan Resepi Soto Banjar Terlajak Sedap
Bahan-bahan Sup Tawau
- Bawang merah*
- Bawang putih*
- Halia*
- Black pepper*
- Suhun *dicelur
- Bawang goreng
- Air rebusan ayam
- Garam
- Gula
Bahan-bahan Begedil Banjar
- 1kg Ubi kentang
- Ramly Daging Burger
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Bawang goreng
- Daun sup
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
- Tepung gandum
- Telur ayam
Bahan-bahan Hiasan
- Limau kasturi
- Bawang goreng
- Daun sup
- Daun bawang
- Isi ayam *diracik
- Limau kasturi
Bahan-bahan Lain
- Nasi impit
- Sambal kicap
Cara Memasak Resepi Soto Banjar Terlajak Sedap
Cara Memasak Sup Tawau
- Kesemua bahan bertanda * perlu dikisar.
- Tumis sampai pekat dan pecah minyak. Selagi bahan tumisan tidak pekat, selagi itulah kena tumis sehingga naik bau semerbak.
- Masukkan ke dalam air rebusan ayam dengan semua minyak-minyaknya sekali.
- Selepas itu, letakkan perasa.
- Masukkan garam secukup rasa.
- Masukkan gula secukup rasa.
- Biar sup masak dan mendidih.
- Apabila sup sudah masak, taburkan bawang goreng mengikut citarasa.
- Biarkan bawang goreng kembang dan warna sup telah bertukar warna.
- Tutup api dan selesai memasak sup tawau.
Cara Menggoreng Begedil
- kentang digoreng sampai perang lepas.
- Selepas kentang menjadi perang, tumbuk menggunakan lesung batu dan campurkan Daging burger Ramli (lebih banyak lebih sedap)
- Selepas itu, letakkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah siap ditumis tadi ke dalam adunan kentang.
- Kemudian, letakkan bawang goreng dan daun sup. Gaul sebati
- Taburkan gula.
- Taburkan garam.
- Masukkan tepung gandum untuk elakkan adunan lembik. Pastikan anda mencelup begedil dengan adunan tepung gandum yang mempunyai telur apabila ingin menggoreng.
Did you know?
Resepi Soto Banjar Terlajak Sedap disarankan untuk membuat begedil lebih dari 1 kg kerana begedil lebih boleh disimpan di peti sejuk beku dan boleh digoreng pada bila-bila masa dan boleh dimakan dengan nasi putih atau dimakan begitu sahaja.
Credit recipe: Yanti Tawau
Resepi Soto Banjar Terlajak Sedap Reviews
Customer Reviews about Resepi Soto Banjar Terlajak Sedap
Resepi Soto Banjar Terlajak Sedap adalah resepi turun temurun nenek moyang dari seseorang yang berkongsi resepi ini. Terima kasih diucapkan dan selamat mencuba!
Yana
https://vipmalaysia.com
Kongsi Resipi Anda
Tekan Butang Share Facebook, Twitter dan Kongsi Resipi di Whatsapp dan Telegram
Jangan lupa untuk tekan butang share pada ikon Twitter, Facebook dan berkongsi Resepi Soto Banjar Terlajak Sedap di Whatsapp Group atau melalui Telegram dibawah.
Nordiyana.com adalah semua mengenai memasak dan berjalan-jalan. 1 hari 1 resipi baru, jadi dalam masa satu tahun sahaja anda sudah dapat menguasai 365 resipi. Terima kasih kerana menyukai dan mengunjungi laman web kami. Jika anda ingin berkongsi resipi dan gambar masakan anda diketengahkan dalam laman web kami, sila e-melkan gambar dan resepi ke info@nordiyana.com.
Ingin Resepi Anda Diketengahkan?
- Ambil gambar masakan yang anda ingin ketengahkan. Hantar sekeping foto masakan yang sudah siap sepenuhnya dalam bentuk .jpeg atau dalam bentuk yang mudah.
- Tulis bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasak/ cara membuat. Menu atau hidangan yang boleh anda kirimkan merangkumi apa sahaja masakan, kuih muih, kek, biskut, minuman gulai dan sebagainya.
- Anda juga boleh tujukan resipi ini kepada insan yang istimewa dalam hidup anda sebagai menghargai perkongsian resepi yang anda sumbangkan. Tulis dengan ringkas, padat dan membawa erti sangat mendalam dan bermakna dalam hidup anda untuk resipi tersebut.
- Contohnya, anda boleh menulis seperti dibawah ini:-
“Resepi Soto Banjar Terlajak Sedap ini didedikasikan buat suami tersayang iaitu Shamsul Iskandar bin Kahar iaitu suamiku yang tercinta yang sedang menjalankan tugas di sempadan Malaysia-Thailand. Apabila selesai bertugas dan pulang ke rumah, beliau sering menyuruhku untuk membuat menu ini. Menu kegemaran katanya.”
“Semoga suamiku sihat sejahtera dan dilindungi dari bahaya musuh. Jangan risaukan adinda dan anak-anak di sini. Kami menunggu kepulanganmu wahai Suamiku. Ikhlas dari isterimu yang sedia menanti- Mariani binti Mamat dan anak-anak Luqman Daniel bin Shamsul Iskandar, 12 tahun dan Intan Norazura binti Shamsul Iskandar, 9 tahun”.
Anda juga boleh menghantar gambar anda dan gambar keluarga untuk kami ketengahkan sebagai sumber resipi (anda juga mempunyai pilihan untuk tidak menghantar gambar anda). Dengan mengenali diri orang yang mencipta atau berkongsi Resepi Soto Banjar Terlajak Sedap ini, diharapkan pengunjung laman web ini dapat mengenali empunya resipi dan seterusnya mendoakan empunya resipi diberikan kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.