Resipi Kuih Bingka Roti Gardenia

Resipi Kuih Bingka Roti Gardenia
Dengan menggunakan beberapa keping roti anda boleh menghasilkan Resipi Kuih Bingka Roti Gardenia yang sedap dan lazat dimakan.

Resipi Kuih Bingka Roti Gardenia mesti anda cuba kerana rasanya sangat lembut, lemak berkrim dan sangat sesuai untuk semua orang. Dengan menggunakan 5 keping roti Gardenia, anda sudah menyediakan hidangan yang lazat untuk seisi keluarga.

Selamat mencuba!

Koleksi Resipi Kuih Bingka Roti Gardenia Summary

  • Nama Resipi: Koleksi Resipi Kuih Bingka Roti Gardenia
  • Kategori Hidangan: Makanan/ Minuman
  • Jenis Masakan: Melayu India Cina Western Middle East

Bahan-bahan Koleksi Resipi Kuih Bingka Roti Gardenia

Berikut adalah senarai ramuan yang diperlukan untuk membuat Kuih Bingka Roti Gardenia yang sedap.

  • 5 keping roti gardenia
  • 1 cawan air
  • 1 1/2 cawan Tepung gandum
  • 2 cawan Santan
  • 1 cawan Gula
  • 1 biji Telur
  • Sedikit garam

Did you know?

*Roti cardenia perlu direndam seketika ke dalam 1 cawan air dan kemudian tos kan seketika.

Cara Memasak Koleksi Resipi Kuih Bingka Roti Gardenia

Cara menyediakan Koleksi Resipi Kuih Bingka Roti Gardenia seperti berikut: –

  1. Blend telur dan santan.
  2. Masukkan gula dan garam.
  3. Kemudian masukkan tepung gandum dan selepas itu blend lagi.
  4. Akhir sekali, masukkan roti Gardenia yang telah di tos kan tadi (*jangan blend roti).
  5. Kacau sehingga adunan menjadi sekata.
  6. Sapukan mentega di sekeliling permukaan periuk.
  7. Dan bakar dalam oven selama 45 minit.

Credit recipe: Siti Fatimah

Hashtag / Keywords

Resipi Kuih Bingka Roti Gardenia Reviews

Customer Reviews about Resipi Kuih Bingka Roti Gardenia

Resipi Kuih Bingka Roti Gardenia

Resipi Kuih Bingka Roti Gardenia adalah satu lagi kreativiti yang dilakukan oleh masyarakat melayu supaya roti yang tidak habis dimakan tidak dibuang begitu sahaja. Dan orang melayu juga bijak mengolah kuih bingka iaitu makanan tradisional melayu dengan meletakkan roti Gardenia menjadikan kuih bingka fusion terbaik yang pernah dihasilkan. Anda mesti cuba resipi ini ya!

Yana

https://vipmalaysia.com

Kongsi Resipi Anda

Tekan Butang Share Facebook, Twitter dan Kongsikan Resipi di Whatsapp dan Telegram

Jangan lupa untuk tekan butang share pada ikon Twitter, Facebook dan berkongsi resipi menarik ini di Whatsapp Group atau melalui Telegram dibawah.

Nordiyana.com adalah semua mengenai memasak dan berjalan-jalan. 1 hari 1 resipi baru, jadi dalam masa satu tahun sahaja anda sudah dapat menguasai 365 resipi. Terima kasih kerana menyukai dan mengunjungi laman web kami. Jika anda ingin berkongsi resipi dan gambar masakan anda diketengahkan dalam laman web kami, sila e-melkan gambar dan resepi ke info@nordiyana.com.

Ingin Resepi Anda Diketengahkan?

  1. Ambil gambar masakan yang anda ingin ketengahkan. Hantar sekeping foto masakan yang sudah siap sepenuhnya dalam bentuk .jpeg atau dalam bentuk yang mudah.
  2. Tulis bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasak/ cara membuat. Menu atau hidangan yang boleh anda kirimkan merangkumi apa sahaja masakan, kuih muih, kek, biskut, minuman gulai dan sebagainya.
  3. Anda juga boleh tujukan resipi ini kepada insan yang istimewa dalam hidup anda sebagai menghargai perkongsian resepi yang anda sumbangkan. Tulis dengan ringkas, padat dan membawa erti sangat mendalam dan bermakna dalam hidup anda untuk resipi tersebut.
  4. Contohnya, anda boleh menulis seperti dibawah ini:-

“Koleksi Resipi Kuih Bingka Roti Gardenia ini didedikasikan buat suami tersayang iaitu Shamsul Iskandar bin Kahar iaitu suamiku yang tercinta yang sedang menjalankan tugas di sempadan Malaysia-Thailand. Apabila selesai bertugas dan pulang ke rumah, beliau sering menyuruhku untuk membuat menu ini. Menu kegemaran katanya.”

“Semoga suamiku sihat sejahtera dan dilindungi dari bahaya musuh. Jangan risaukan adinda dan anak-anak di sini. Kami menunggu kepulanganmu wahai Suamiku. Ikhlas dari isterimu yang sedia menanti- Mariani binti Mamat dan anak-anak Luqman Daniel bin Shamsul Iskandar, 12 tahun dan Intan Norazura binti Shamsul Iskandar, 9 tahun”.

Anda juga boleh menghantar gambar anda dan gambar keluarga untuk kami ketengahkan sebagai sumber resipi (anda juga mempunyai pilihan untuk tidak menghantar gambar anda). Dengan mengenali diri orang yang mencipta atau berkongsi Koleksi Resipi Kuih Bingka Roti Gardenia ini, diharapkan pengunjung laman web ini dapat mengenali empunya resipi dan seterusnya mendoakan empunya resipi diberikan kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

error: