Resipi Apam Nasi Gebu
Jika anda ingin membuat kuih pada hujung minggu, Resipi Apam Nasi gebu adalah salah satu menu yang ringkas dan disukai. Dengan pelbagai warna yang anda boleh hasilkan seperti warna merah, hijau, kuning, coklat keemasan atau apa sahaja warna menjadikan apam nasi adalah santapan untuk minum petang bersama keluarga. Mari kita dapatkan resipi ini.
Dengan menggunakan nasi sejuk yakni baki nasi yang tinggal pada semalam, anda boleh menghasilkan sesuatu dari hanya membuat nasi goreng bukan? Diharap resipi ini mendapat manfaat kepada puan-puan sekalian.
Resipi Apam Nasi Gebu Summary
- Nama Resipi: Resipi Apam Nasi Gebu
- Kategori Hidangan: Makanan
- Jenis Masakan: Melayu
Bahan-Bahan Resipi Apam Nasi Gebu
Bahan utama yang diperlukan adalah nasi putih. Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan: –
Bahan-bahan Resipi Apam Nasi Gebu
- 1 1/2 Cawan Air
- 1 Cawan Nasi
- 3/4 Cawan Gula
- 1 Cawan Tepung Beras
- 1 Cawan Tepung Gandum
- 1 Sudu Kecil Yis
- Pewarna Makanan
- Kelapa Parut
- Garam
Cara Memasak Resipi Apam Nasi Gebu
Cara penyediaan Resipi Apam Nasi Gebu tidak sesukar mana seperti kuih tradisional melayu yang lain. Tetapi apa yang penting disini adalah anda perlu mengetahui teknik yang betul supaya kuih ini kembang dan gebu. Langkah-langkah untuk memasak seperti dibawah: –
- Masukkan air dalam blender.
- Kemudian masukkan nasi sejuk dan kisar hingga hancur.
- Masukkan pula gula. Kisar lagi sehingga hancur dan biarkan adunan seketika.
- Ayak tepung beras dan tepung gandum juga yis.
- Kemudian, masukkan bahan-bahan yang telah diayak tadi ke dalam blender. Masukkan sedikit demi sedikit supaya senang nak blend. Kalau blender anda tersekat, jangan masukkan air tapi gunakan sudu untuk kacau dan blend lagi sehingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk diletakkan pewarna. Ataupun tidak perlu letakkan pewarna pun boleh supaya apam nasi anda nampak seperti apam ori.
- Seterusnya perap adunan 3-4 jam atau sehingga adunan naik dan kembang supaya apam nasi kita menjadi gebu.
- Setelah kembang elok, bolehlah sediakan acuan. Gunakan loyang atau jika ada acuan untuk membuat nona manis/lompang boleh lah gunakan. Saya guna acuan lompang.
- Sapu acuan dengan sedikit minyak supaya kuih tidak melekat apabila msak nanti.
- Masukkan adunan ke dalam acuan sebanyak 3/4 acuan.
- Kukus menggunakan alat pengukus yang telah panas selama lebih kurang 15 minit atau sehingga masak. Jika guna loyang, boleh kukus lebih kurang 20-30 minit atau sehingga masak.
- Sementara menunggu apam nasi masak, sediakan kelapa parut. masukkan secubit garam dan gaulkan.
- Kukus kelapa parut lebih kurang 5 min supaya lambat basi.
- Apabila apam nasi sudah siap, bolehlah hidangkan bersama-sama dengan kelapa parut. Sedia untuk di makan.
Selamat mencuba!
Kredit: Maiza Azlyn
Resipi Apam Nasi Gebu Reviews
Customer Reviews Resipi Apam Nasi Gebu
Anda boleh menghasilkan sendiri Resipi Apam Nasi yang gebu dan enak dimakan seisi keluarga. Resipi ini tidak memerlukan modal yang besar untuk menyediakannya. Dan kuih ini juga tahan selama beberapa hari jika disimpan dalam peti sejuk.
Resipi Apam Nasi Gebu adalah sajian minum petang yang sangat digemari oleh semua golongan masyarakat. Biasanya menu minum petang disediakan dengan bahan-bahan yang mudah dan cara penyediaan yang ringkas. Menu minum petang biasanya terdiri daripada kuih muih yang manis-manis atau masakan bergoreng dan perlukan sos pencicah. Anda boleh dapatkan banyak koleksi menu minum petang atau apa sahaja resipi di laman web kami.
Disamping anda dapat mempelajari selok belok cara memasak dan membuat sesuatu juadah seperti Resipi Apam Nasi Gebu, anda juga mendapat tips yang berguna bagaimana untuk memastikan masakan yang anda masak itu menjadi seperti dalam gambar dan sedap dimakan. Kami berharap perkongsian resipi dapat membantu anda mempelbagaikan lagi menu masakan anda dirumah dan seterusnya meningkatkan minat untuk membuat homemade cooking (cookies, main menu, kuih, biskut) dengan lebih bermotivasi.
Kami ingin mengucapkan terima kasih atas perkongsian resipi ini dan diharap anda dapat dimurahkan rezeki dan semoga mendapat rahmat dan keberkatan dalam kehidupan.
Jangan lupa untuk tekan butang share pada ikon Tweeter, Facebook dan berkongsi resipi menarik ini di Whatsapp Group atau melalui Telegram dibawah.
Nordiyana.com adalah semua mengenai memasak dan berjalan-jalan. 1 hari 1 resipi baru, jadi dalam masa satu tahun sahaja anda sudah dapat menguasai 365 resipi. Terima kasih kerana menyukai dan mengunjungi laman web kami.
Yana
https://vipmalaysia.com
Kongsi Resipi Anda
Tekan Butang Share Facebook, Twitter dan Kongsi Resipi di WhatsApp dan Telegram
Jangan lupa untuk tekan butang share pada ikon Twitter, Facebook dan berkongsi Resipi Apam Nasi Gebu di WhatsApp Group atau melalui Telegram dibawah.
Nordiyana.com adalah semua mengenai memasak dan berjalan-jalan. 1 hari 1 resipi baru termasuk Resipi Apam Nasi Gebu , jadi dalam masa satu tahun sahaja anda sudah dapat menguasai 365 resipi. Terima kasih kerana menyukai dan mengunjungi laman web kami. Jika anda ingin berkongsi resipi dan gambar masakan anda diketengahkan dalam laman web kami, sila e-melkan gambar dan resepi ke info@nordiyana.com.
Ingin Resepi Anda Diketengahkan?
- Ambil gambar masakan yang anda ingin ketengahkan. Hantar sekeping foto masakan yang sudah siap sepenuhnya dalam bentuk .jpeg atau dalam bentuk yang mudah.
- Tulis bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasak/ cara membuat. Menu atau hidangan yang boleh anda kirimkan merangkumi apa sahaja masakan, kuih muih, kek, biskut, minuman, gulai dan sebagainya.
- Anda juga boleh tujukan resipi ini kepada insan yang istimewa dalam hidup anda sebagai menghargai perkongsian resepi yang anda sumbangkan. Tulis dengan ringkas, padat dan membawa erti sangat mendalam dan bermakna dalam hidup anda untuk resipi tersebut.
- Contohnya, anda boleh menulis seperti dibawah ini:-
“Resipi Apam Nasi Gebu ini didedikasikan buat suami tersayang iaitu Abdul Rahman bin Din iaitu suamiku yang tercinta yang sedang menjalankan tugas di sempadan Malaysia-Thailand. Apabila selesai bertugas dan pulang ke rumah, beliau sering menyuruhku untuk membuat menu ini. Menu kegemaran katanya.”
“Semoga suamiku sihat sejahtera dan dilindungi dari bahaya musuh. Jangan risaukan adinda dan anak-anak di sini. Kami menunggu kepulanganmu wahai Suamiku. Ikhlas dari isterimu yang sedia menanti- Saifa Izzura binti Usuluddin dan anak-anak Muhammad Rayyan bin Abdul Rahman, 15 tahun dan Suraya Rose binti Abdul Rahman, 13 tahun”.
Anda juga boleh menghantar gambar anda dan gambar keluarga untuk kami ketengahkan sebagai sumber resipi (anda juga mempunyai pilihan untuk tidak menghantar gambar anda). Dengan mengenali diri orang yang mencipta atau berkongsi Resipi Apam Nasi Gebu ini, diharapkan pengunjung laman web ini dapat mengenali empunya resipi dan seterusnya mendoakan empunya resipi diberikan kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.