tanjung dawai

7 Best Things in Tanjung Dawai Kedah - mai singgah

tanjung dawai kedah

7 Best Things in Tanjung Dawai Kedah. Jom mai singgah untuk dapatkan informasi mengenai tempat menarik di Kedah yang seterusnya.

About Tanjung Dawai Kedah - From Various Stories

Tanjung Dawai is a small town in the west of Sungai Petani. The town is one of a fishing village. All Marine Product that processes here to be used as a food source.
tanjung dawai kedah
mpspk.gov.my
tanjung dawai kedah

About Tanjung Dawai Kedah. Tanjung Dawai is a small town in the west of Sungai Petani . The town is one of a fishing village . All Marine Product that processes here to be used as a food source.

Tourists can get dried fish, anchovies, salted fish, preserved fish (pekasam) and other seafood products at an affordable price . Tanjung Dawai Jetty that always visited especially during the holiday season provides transportation to the Merdeka Beach which is a popular destination for recreational in Kedah.

Tanjung Dawai Kedah

tanjung dawai kedah
Tanjung Dawai is located at 30km from Sungai Petani. Selling all kinds of hasil laut such as salty fish, cuttlefish. You can have good food for lunch and dinner as well.
tanjung dawai kedah
nordiyana.com
mai singgah tanjung dawai kedah

Anda mesti pernah mendengar lagu Pantai Merdeka yang pernah popular suatu ketika dahulu kan? Dan lagu Pantai Merdeka telah mendapat tempat sehingga ke hari ini.

Terdapat 7 tempat menarik di Tanjung Dawai yang boleh anda dapati disini, Ada tarikan tersendiri tempat membuatkan pengunjung akan datang di sini. Salah satu tempat menarik adalah perkampungan nelayan. Kalau anda melawat ke Sungai Petani jangan lupa singgah ke sini.

Apa yang anda boleh dapati di sini? Di sini, segala bagai produk hasil laut yang berkualiti dan segar anda yang anda boleh dapati. Hasil laut  yang telah di keringkan boleh dijadikan ole-ole untuk dibawa pulang. Produk hasil laut Tanjung Dawai juga boleh didapati di aplikasi Shopee dan Lazada. Penghantaran dan sampai ke rumah anda dalam masa sehari sahaja!

Terdapat pelbagai jenis ikan kering daripada pelbagai jenis ikan boleh anda pilih. Harganya lebih murah dan kesegaran dijamin.

Tempat menarik seterusnya adalah mai singgah di Jeti Tanjung Dawai. Anda boleh menaiki bot dari Pantai Merdeka untuk ke seberang sana. Tambang botyang dikenakan adalah cuma RM 4 sahaja untuk pergi balik.

Antara faktor penyumbang lain sebagai tempat menarik jom mai singgah Tanjung Dawai adalah tatkala musim buah-buahan tempatan. Terdapat banyak sekali buah-buahan dengan harga yang murah-murah.

Faktor utama yang menyebabkan ramai yang berkunjung adalah kerana keistimewaan dan kesedapan makanan. Jika anda ke sini, jangan lupa mai singgah pekena rojak Buah. Rasanya
sedap baq hang! Jangan lupa makan ikan bakaq kat sini sekali dan makan tengahari dengan menu nasi campur yang sungguh menyelerakan.

Kampung Nelayan in Tanjung Dawai Kedah

tanjung dawai
Dayang Bunting Lake : Tasik Dayang Bunting is translated directly, it generally means ‘Lake of Pregnant Maiden’, which also appears to be the largest lake of Langkawi.
tanjung dawai
kedah.com
listing/english-kampung-nelayantanjung-dawai

Kampung Nelayan in Tg Dawai is a hotspot for photography enthusiasts and artists/painters, all eager to recreate the scene of a typical fishing village and all of its’ laid-back charm.

The wharf, unfettered by stark concrete and simply constructed with resources from the mangrove forest is completed by fishing boats, bobbing gently on the water as local fishermen have their afternoon rest.

On 20 November 2014, Dai Ichi Modern Art Gallery brought local and international artists group to Kampung Nelayan (Fisherman Village Tanjung Dawai) for outdoor painting during the International Art Camp & Exhibition 2014 organized by Dai Ichi gallery.

Tanjung Dawai punya tarikan tersendiri - Belacan dll

tanjung dawai
Kalau Lumut dan Pangkor terkenal dengan pengeluaran ikan masin dan bilis, begitulah juga dengan Tg. Dawai kerana aktiviti utama penduduknya adalah sebagai nelayan.Belacan Tanjung Dawai adalah produk yang memperkenalkan perkampungan nelayan ini.
tanjung dawai
bharian.com
Tg. Dawai punya tarikan tersendiri

Tg. Dawai punya tarikan tersendiri : Tg Dawai di Kedah, bukanlah destinasi pelancongan popular tetapi bagi penulis ia tetap menarik untuk dikunjungi.

Kalau Lumut dan Pangkor terkenal dengan pengeluaran ikan masin dan bilis, begitulah juga dengan Tanjung Dawai kerana aktiviti utama penduduknya adalah sebagai nelayan.

Belacan Tanjung Dawai adalah produk yang memperkenalkan perkampungan nelayan ini.Walaupun tidak dianggap destinasi pelancongan utama, tetapi penulis mendapat ramai pengunjung dari luar datang ke Tanjung Dawai sama ada sekadar bersiar-siar atau mahu menikmati makanan laut selain mencari produk segar dari laut.

Bagi penggemar makanan laut atau hasil laut yang diproses seperti ikan masin, bilis mahupun belacan, Tanjung Dawai adalah destinasi percutian atau persinggahan yang menawarkan lebih banyak pilihan, segar dan memenuhi selera, selain harganya yang jauh lebih murah.

Meriah pada waktu senja

Arked Tanjung Dawai yang diselenggara Majlis Perbadanan Sungai Petani, terletak bersebelahan Jeti Tanjung Dawai adalah pusat jualan pelbagai produk hasil laut termasuklah ikan kering, keropok udang, keropok lekor, telur masin dan yang paling popular ialah ikan masin talang padi.

Bangunan dua tingkat ini kelihatan tenang di bahagian bawah, namun sebaik saja menjejakkan kaki di tingkat dua, pengunjung terlalu padat, berjalan pun bergesel bahu!

Mereka yang ‘hantu’ ikan masin, di sinilah ‘port’ terbaik untuk memborong gara-gara harganya yang murah! Justeru, tidak hairanlah kawasan penjaja kecil ini sentiasa dipenuhi pengunjung yang sanggup ke Tg. Dawai semata-mata untuk memperoleh ikan atau telur masin gred A, selain keropok lekor yang kaya dengan inti ikan parang.

Penulis terserempak dengan pengunjung yang datang dari Johor Bahru ke Tg. Dawai demi ikan masin!

Suasana lebih meriah menjelang senja apabila restoran ikan bakar dan makanan laut yang baru memulakan perniagaan memasang lampu berwarna- warni di sepanjang jalan menuju ke Tg Dawai, seolah-olah ada pesta laut. Cuma anda perlu bijak memilih untuk singgah di gerai yang paling sedap hidangannya.

Mudah jika hendak tahu restoran mana paling sedap, ada ramai pengunjung atau banyak kereta tepi jalan, ikan bakarnya pasti ‘meletup’!

Laluan ke Pantai Merdeka

Peningkatan pelancong menyebabkan restoran ikan bakar tumbuh bagai cendawan selepas hujan di sepanjang jalan ke pekan Tg Dawai.

Penulis sempat berkunjung ke pusat pemprosesan ikan kering dan belacan di kampung nelayan yang terletak tidak jauh dari Jeti Tg Dawai. Pengusaha hasil laut, Mokhtar Mohamed berkata, beliau hanya menggunakan ikan gred A ketika menghasilkan ikan kering atau bilis kerana tidak mahu pelanggan setia ‘lari’.

“Pusat pemprosesan kami hanya menggunakan ikan talang padi untuk dijadikan ikan masin kerana rasanya lebih enak apabila digoreng, selain lebih tahan lama. Pelanggan setia, selalunya akan terus datang ke pusat pemprosesan kerana mereka membeli secara pukal, sekali gus harga yang ditawarkan pasti lebih murah.

“Tapi, pelanggan dari luar Kedah atau Pulau Pinang, mereka lebih senang berkunjung ke Arked Tanjung Dawai,” katanya.

Selain menjadi tempat pengumpulan hasil laut, Tg Dawai juga menjadi akses kepada pengunjung yang mahu ke Pantai Merdeka. Jika berkereta perlu pusing jauh ke pantai peranginan itu.

Namun, dengan bot laju dari Jeti Tanjung Dawai, menjadi pilihan pelancong yang ingin bercanda ke Pantai Merdeka.

Kepada kaki pancing, anda boleh menghabiskan malam anda di Jeti Tanjung Dawai. Antara ikan yang boleh dipancing di sini ialah gelama, sembilang dan ikan duri.

Penginapan pula tiada masalah kerana banyak chalet bajet disediakan di sini.

FAKTA NOMBOR

30 km jarak Tanjung Dawai dari bandar Sungai Petani

10 orang penumpang dibenarkan menaiki bot laju ke Pantai Merdeka

RM2 bayaran sehala yang dikenakan bot laju

3 minit masa ke Pantai Merdeka dengan bot laju.

INFO

Dipercayai nama Dawai berasal daripada perkataan bahasa Siam iaitu Than Wai yang bermaksud tempat pertahanan awal.

Ia mungkin merujuk kepada kedudukannya di hujung tanjung di muara sungai yang dianggap strategik sebagai kubu pertahanan.

Penduduk Tanjung Dawai kebanyakannya bekerja sebagai nelayan dan petani kerana kedudukannya yang strategik iaitu terletak di muara Sungai Muda.

Antara perkampungan nelayan yang terdapat di Tanjung Dawai termasuklah Kampung Bagan Belat, Kampung Sungai Pial dan Kampung Segantang Garam.

* Credit to the source website information for Dayang Bunting Lake or Tasik Dayang Bunting

Personal Loan With Bank and Cooperative

Let’s apply during moratorium period of PKP (perintah kawalan pergerakan) or MCO in Malaysia. Click here to get the latest information about personal financing loan around you.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: