Restoran Rebung Dato Chef Ismail | 30 Best Malay Food KL

Get Information for Restoran Rebung Best Malay Food KL is our authentic malay food owned by Dato Chef Ismail. All time favorite asam pedas, nasi goreng rebung, nasi campur. Clickfrom various resources

Restoran Rebung, Chef Ismail & Dr. Syeikh Muszaphar, Bangsar - Overpriced?!

restoran rebung
sebelum aku terus menulis entry kali ni, aku nak minta maaf banyak-banyak kalo memana pihak berkaitan restoran ni terbaca & rasa tersinggung ke *bajet macam Chef Ismail & Dr. Syeikh Muszaphar jenguk blog aku je..haha*..tak berniat nak memburukkan atau menjatuhkan imej restoran ni pun..cuma nak berkongsi pendapat sebagai seorang pelanggan je la..so please no heart feeling..
restoran rebung
sicipol.blogspot.com
2012/03/kecewa-dengan-restoran-rebung-chef.html

sebelum aku terus menulis entry kali ni, aku nak minta maaf banyak-banyak kalo memana pihak berkaitan restoran ni terbaca & rasa tersinggung ke *bajet macam Chef Ismail & Dr. Syeikh Muszaphar jenguk blog aku je..haha*..tak berniat nak memburukkan atau menjatuhkan imej restoran ni pun..cuma nak berkongsi pendapat sebagai seorang pelanggan je la..so please no heart feeling..

Alkisahnya haritu kita orang memang teringin sangat nak try makan kat restoran ni. Siap gigih cari pakai GPS kot. Haha. Puas pusing last2 jumpa tapi kitorang sampai tu dah lewat almost 3pm dah sebab nak carik parking pun kemain susah. Last-last gamble je parking tepi jalan kat line line kuning. nasib baik tak kena saman…

Nak dijadikan cerita, sebab time tu pun dah lewat, dah lepas waktu lunch, makanan pun dah tinggal sisa-sisa. Tapi sebab perut dah berdondang sayanag kelaparan kebuloq, kitorang pun decide makan aje la apa yang ada…

So anyway lets talk about the environment first. Lepas dah amek memana makanan sekadar cukup syarat untuk alas perut tu, kitorang pun pi la cari tempat duduk..memula sorang pekerja tu kata kat dalam banyak tempat duduk kosong sebab kat luar masih dok berterabur tak kemas lagi lepas orang lain da balik..tapi da masuk dalam tengok-tengok semua meja kosong tu letak “RESERVED”..

bukan main panas hati lagi time tu tapi sabar je la..kitorang pun pi la keluar balik cari meja yang macam elok sikit..nak panggil pekerja minta lapkan meja yang basah air tumpah pun macam susah sikit & sudu garpu pun takde letak kat memana kena minta..so tunggu la lagi..then nak oder air minta la menu..mak aih terbeliak mata aku tengok menu dia..bukan pasal pilihan yang disediakan tapi harga yang diletakkan..hmm..tapi nanti la aku cakap..

kebetulan plak meja kitorang ni duk depan bandstage kat restoran tu..tapi aku terpaksa tengok berkali-kali nak sahkan stage tu untuk apa sebenarnya..set-set macam karaoke memang dah ada da..tapi ntah..pelik benar aku tengok..dengan background drape tak iron..bukan nak mengutuk tapi macam pelik je aku tengok dengan status restoran ni..

anyway kalo masuk dalam, area makan kat dalam not bad la..tapi kat luar kelihatan macam double standard pun ada..atau mungkin sebab orang baru balik & diorang tak sempat kemas lagi kot..

then bab makanan plak..memang la restoran selalunya guna nama je tapi yang masak tu sah-sah orang lain..tapi yang ni seriously kitorang terpanggil nak cuba sebab kali ni nama yang digunakan tu nama seorang chef selebriti yang terkenal..sebenarnya makanan yang kitorang ambil tu bukannya tak sedap..tapi pada aku biasa je..so macam terkejut sikit la..tambah-tambah masak lemak cili api yang aku ambil..

aku ni da duduk 5 tahun kat Nogori da puas makan the famous masak lemak cili api ni daripada mula-mula dulu menangis bila makan tu sampai sekarang da agak lali da..tapi bila makan masak lemak cili api ni, tiba-tiba aku rasa rindu nak makan masak lemak cili api kat kedai sebelah masjid dekat tempat aku tu..

senang kata tak berapa kick la masak lemak dia..macam masak lemak cili tak berapi plak..huhu..tapi aku cuba pikir positif, maybe diorang tone-down darjah keberapian masak lemak cili api ni untuk menepati citarasa setempat..KL kot bukan Soromban..

restoran rebung ~ yup kitorang oder air sirap & sirap limau je sebab tu yang paling murah..ingatkan sirap dia spesel la kot tengok harga tu..tapi rasa macam sirap ros biasa je..da bole beli sebotol kordial da dengan harga tu & buat sendiri sirap bergelas-gelas kat rumah..paling best tu nasi putih dia..tak tau la dia pakai beras herba ponni ka takpun beras untuk buat sushi ka tapi tengok ketul-ketul nasinya takdela panjang ke apa..biasa je..nasi putih RM3.50 sepinggan?

kejap..kitorang makan kat hotel ke? sory to say tapi rasa macam makan kat restoran biasa je bukan restoran mewah pun..so serius kitorang memang terkejut tengok bil tu..nasib baik la caj untuk saki baki yang kitorang ambil seciput tu bole diterima pakai lagi..

Buffet Restoran Rebung Dato Chef Ismail

anyway lupa nak bagitaw..actually nak makan di Restoran Rebung ni pun ada pakej buffet gak..tapi buffet dia harga RM40 seorang untuk lunch & RM50 seorang untuk dinner..kitorang ari tu cuak gak bila da ambik makanan baru dibagitau pasal pakej buffet ni..ingatkan buffet tu macam nasi biasa kat restoran lain tu la kan..nasib baik lepas gak bila kitorang minta harga kira ikut apa yang kitorang da ambil je..

almaklumla malas nak ulang berkali-kali yang kitorang ambil sisa lebihan je..huhu

anyway sekali lagi aku nak ingatkan, post kali ni tak bertujuaan langsung untuk mengutuk atau menjatuhkan status reputasi restoran ni..sekadar meluahkan kekecewaan seorang pelanggan yang pertama kali datang ke restoran tu dan mendapat layanan sedemikian rupa..bukanla minta dilayan seperti raja..

aku ni kaki makan kedai abe gak..semenjak dua menjak ni je aku jadi kaki makan bungkus beli nasi kat gerai area rumah..haha..cuma, cuba bayangkan la kita pi makan nasi campur kat kedai makan yang nampak macam biasa je, makan pun biasa je, tapi dapat harga ala 5 bintang!

serius aku kata kalau kitorang tau harga macam tu memang kitorang tak masuk dalam & makan..ye la selalunya kalo restoran ni kita tengok luaran je da bole agak harga makanan cane kan..

so motifnya, lain kali nak pi makan memana restoran selebriti, sila cek siap-siap hidangan & harga dulu & jangan dok main serbu je..bukannya aku tak suka restoran selebriti, ni pun 1st time aku pi restoran selebriti & pengalaman ni sangat memberikan aku seribu satu pengajaran..so that’s all for now..

buat kali yang terakhir, mohon ampun dan maaf sangat-sangat kalau post kali ni mengguris perasaan mana-mana pihak..peace all

p/s: dont judge a restaurant by its name @ by its infrastructure 🙂

Buffet Lunch @ Restoran Rebung

restoran rebung
Lokasinya Restoran Rebung di tingkat 5, bangunan parking bertingkat Bukit Aman, di Taman Botani Perdana. Memang senang, parking kereta, terus naik lif ke tingkat 5.
restoran rebung
al-pakri.blogspot.com
2019/10/buffet-lunch-restoran-rebung.html

Event pada 31 Ogos yang lalu..abadikan kenangan di sini.


Birthday celebration @ sambutan hari merdeka. Makan-makan lunch di Restoran Rebung bersama omma dan unnie.

Lokasinya Restoran Rebung di tingkat 5, bangunan parking bertingkat Bukit Aman, di Taman Botani Perdana. Memang senang, parking kereta, terus naik lif ke tingkat 5.

Alhamdulillah, sampai awal, sebelum pukul 12.00 tengahari. Tak lama kemudian, satu bas budak-budak sekolah dari PJ, ada event kat sini. Terus suasana jadi sesak, nak ambik nasi pun kena beratur.

Yang menarik restoran ni ialah dekorasinya yang terdiri daripada pelbagai barang-barang lama dan antik, kebanyakannya peralatan memasak, pinggan mangkuk, cawan, teko, acuan kuih hinggalah ke reban ayam dan kain batik semua. Tema tradisional Melayu.

Restoran Rebung Menu

Restoran Rebung menu selain nasi campur, dibahagian luar ada pelbagai juadah – mi/bihun kari/sup, nasi impit kuah kacang, rojak buah, lempeng kelapa, roti jala, ubi kayu rebus, ikan bakar, ABC, pasembur, goreng pisang, sagu gula melaka, bubur, pulut durian.

Overall, sedap masakannya, adalah dua tiga yang terlebih masin – nasi ulam, sambal tumis ikan bilis utk lempeng kelapa, siput sedut masak lemak, rasa terlebih garam..kalau tak, dah perfecto.

Gambar makanan malas nak ambik, sama je. Jom tengok dekorasi yang really blew the mind. Bernostalgia..ngetops..

Memang seronok berada di sini, dapat makan dan dapat juga melihat khazanah barangan lama. Membuat anda tersenyum sambil mengimbau kenangan di desa nan permai.

Overall, best gaklah makan di sini, food ok, ambience ok, harga reasonable RM40 per pax. Recommended? yes!!

Restoran Rebung Dato Chef Ismail (Annual Dinner)

restoran rebung
Appetizer yang berkuah - Laksa, mee dan bihun, salad or vegie. Rojak buah kena pilih dan gaul sendiri, sumpah sedap. Tauhu Bakar dibawah lapisannya ada pes sos kacang tapi tauhunya bagi Asha kureng sikit la sebab terlalu garing jadi liat sikit. Adoi...frust sikit la sebab tauhu one of my fevret tau.
restoran rebung
diariashmira.blogspot.com
2019/12/restoran-rebung-by-chef-ismail-annual.html

Restoran Rebung by Chef Ismail (Annual Dinner) | Pada 13.12.2019(Jumaat) yang lalu telah diadakan majlis makan malam tahunan company tempat Asha kerja di Restoran Rebung. Macam biasa la tugas Asha adalah mencari tempat-tempat makan atau event untuk company function. Booking restoran ni tiga minggu awal dan follow up booking semula lima hari sebelum event.

Lucky Draw

Sebelum itu, acara Lucky Draw telah diadakan terlebih dahulu di opis, memandangkan kami semua tak mahu angkut semua hadiah-hadiah lucky draw yang boleh tahan besar juga tu ke Restoran.

Kami habis waktu bekerja pukul 5.30pm tapi pukul 5.00pm acara Lucky draw telah dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan dari President kami Mr. TGL(maaf tak mo mention nama bos hihhiii) dan ucapan dari Naib Presiden En. KAG (juga tak nak mention nama penuh).

Restoran Rebung Dato Chef Ismail

Kami tiba dalam pukul 6.50pm macam tu, round-round dalam restoran dulu tengok persekitaran dan hidangan-hidangan yang mana dah siap dihidang sambil-sambil ambil gambar.

Harga buffet (dinner) untuk sekepala RM53.00 tidak termasuk caj. Menu masakan disini mostly hidangan masakan melayu kampung dan dipecahkan mengikut kategori seperti Appetizer, Main Buffet, Side dish, desserts dan Grilled.

Menu pembuka selera yang dihidangkan disini lebih kepada yang berkuah. Tapi Asha tak de amik untuk rasa pun menu appetizer yang jenis berkuah ni sebab takut kenyang hirup kuah je hehee. Tapi tu la, rasa menyesal pula tak rasa lagi-lagi ada menu febret seperti laksa.

Restoran Rebung Dato Chef Ismail Menu

Appetizer yang berkuah yang terdapat di Restoran Rebung Dato Chef Ismail seperti Laksa, mee dan bihun, salad or vegie. Rojak buah kena pilih dan gaul sendiri, sumpah sedap. Tauhu Bakar dibawah lapisannya ada pes sos kacang tapi tauhunya bagi Asha kureng sikit la sebab terlalu garing jadi liat sikit. Adoi…frust sikit la sebab tauhu one of my fevret tau.

Popiah basah – my collegue said vegie nya tersangat fresh bila gigit so crunchy. Lain-lain menu appetizer ada murtabak, cucur bawang yg so sedap, sotong goreng tepung, onde-onde, keropok lekor, roti jala dan banyak lagi.

Menu bakar-bakar pula yang menarik perhatian kami di Restoran Rebung Dato Chef Ismail sampai sanggup nak beratur panjang adalah sate ayam. Setiap sorang yg beratur dapat 4 batang je tapi boleh la beratur ambil lagi dan sangat berbaloi juga beratur sebab sedap.

Ikan bakar – Kembung, cencaru dan Keli. Selain ikan bakar dan sate, kambing bakar pun ada juga, yang ni pun salah satu menu bako2 yang ditunggu-tunggu.

Main Course;

Menu utama atau kita kata makanan beratnya yang dihidangkan disini diantaranya adalah daging salai masak lemak cili api, asam pedas pari, telur itik masak lemak cili api, ayam masak merah, rendang daging, perut masak lemak cili api, ulam-ulaman, nasi lemak bungkus dan banyak lagi.

Side Dish Restoran Rebung

Side dish nya pula beraneka sambal turut dihidangkan seperti sambal ikan bilis tempe garing, telur masin, sambal terung, sambal goreng jawa, paru goreng berempah, sayur goreng, sambal belacan dan banyak lagi.

Dessert Restoran Rebung

Menu paling tak sabar nak rasa masa mula-mula sampai adalah dessert, nampak pula ada sago gula melaka memang try la, geram je tengok sago tu bulat-bulat. Aneka kuih-muih melayu tarditional dan moden.Pulut kuning dan rendang daging. Dodol sedap ni nak makan cedok terus dari kuali.

Lain-lain dessert yang ada disini, cekodok pisang, beraneka puding, pengat pisang, pulut durian, keropok, mix fruit, wajik durian dan aneka bubur.

Selain itu, kami juga turut didendangkan live performance nyanyian dari siapa penyanyi itu tidak pasti, stage tu ngam2 pula belakang table kami, kira tak rugi la dapat seat area situ.

Oh ya, tengah kami makan-makan tu nampak la chef Ismail tgh berbual-bual di meja makan bersama-sama kenalan dia. Tapi tu la kami tak de pun berfoto dgn beliau, segan pula tiba-tiba.

Kami selesai makan malam dan bergerak pulang ke sarang masing-masing lebih kurang pukul 8.45 malam huhuuu. Bila dapat having fun or mee time macam ni sesekali memang syok sampai terlupa anak-anak dirumah entah jadi hape bila dijaga oleh bapanya hahaha.

Contact Restoran Rebung Chef Wan Ismail

Restoran Rebung Dato Chef Ismail 5-2 Cascade Parking, Jalan Bukit Aman, 1, Jalan Tanglin, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Personal Loan bank and cooperative

Apply latest promotion for personal loan. Financing with local banks and cooperatives with competitive rates. Act now and we will keep in touch with you as soon as possible. Moratorium loan during Covid-19 Pandemic Outbreak. I-Lestari and Bantuan Prihatin Malaysia.

error: