Restoran Nasi Kukus Daun Pisang Bandar Sri Permaisuri 3 Best
Get Information forRestoran Nasi Kukus Daun Pisang Bandar Sri Permaisuri 3 Best from various resources
Nasi Kukus Daun Pisang Bandar Sri Permaisuri, Cheras


Citarasa Pantai Timur Yang Awesome
Ada peminat makanan dari pantai timur iaitu Kelantan? Sudah semestinya ada pembaca di sini berasal dari Kelantan dan dari negeri lain peminat tegar makanan dari Kelantan ini. Hari ini, Bro cuba satu menu yang popular di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur iaitu Nasi Kukus Daun Pisang. Restoran ini mengadap jalan utama dari PPUKM. Landmark untuk mencari restoran ini, anda perlu cari Bank Islam Cawangan Bandar Sri Permaisuri. Ia bersebelahan blok sahaja restoran ini.
Sedikit informasi, Restoran Nasi Kukus Daun Pisang ini telah dibuka 2016 di Bandar Sri Permaisuri dan pemiliknya berasal dari Bachok, Kelantan. Pengusaha ini berkata, mereka bermula berniaga di hadapan stadium Sultan Muhammad IV sejak 30 tahun dahulu. Memang lagend Nasi Kukus Daun Pisang ini di Kelantan.
Jika anda datang ke Restoran ini, anda perlu pergi ke kaunter nasi untuk mengambil Nasi Kukus mereka yang di alas dengan daun pisang disamping terdapat kuah gulai yang disiram pada nasi kukus, timun, ikan masin bulu ayam dan sambal belacan. Ayam, anda boleh ambil sendiri sama ada, ingin ambil yang besar atau yang kecil mengikut citarasa anda. Ayam yang disediakan semuanya bahagian peha. Bahagian kepak, Bro tidak perasan pula pada ketika itu. Tempat duduk agak terhad bila pada waktu puncak.
Rasa Nasi Kukus Yang Padu
Rasa Nasi Kukus Daun Pisang ini memang cukup padu. Ayam berempah mereka sangat besar dan tidak terlalu kering semasa anda makan. Kuah gulai mereka nampak pekat dan sambal belacan mereka cukup pedas. Memang most recommended nasi kukus di sini. Selain itu, terdapat juga menu lain seperti nasi kerabu, aneka sup dan pelbagai lagi. Harga Nasi Kukus ini adalah RM7.50 sepinggan.
Walaupun nasi kukus daun pisang mereka cukup awesome tetapi terdapat kelemahan yang didapati. Layanan untuk ambil order air dan casher, sangat lemah. Pihak pengurusan perlu letak lebih ramai pekerja supaya ia seimbang dengan jumlah pengunjung yang datang ketika di waktu puncak. Bro memesan air dari permulaan makan sehingga makanan habis, air masih tidak sampai ke meja sehingga bro terpaksa beredar tanpa meminum air. Jika perkhidmatan mereka dipertingkatkan, pasti boleh dapat 5 bintang pada restoran ini.
Nasi Kukus Daun Pisang @ Nasi Mak Wok


Heyy, dah nak bulan puasa.. tapi nak tulis jugak pasal tempat ni.
Restoran Nasi Kukus Daun Pisang, ha, tengok nama pun dah tahu special kat sini apa kan? Ini yang istimewa sesuai dengan nama restoran ini iaitu nasi kukus dia memang best. Tak reti la nak describe sangat pasal makanan, sebab bukan kepakaran tapi pada aku, baek dah ni…
Ayam Besar Dan Baru Digoreng
Kat Restoran Nasi Kukus Daun Pisang Bandar Sri Permaisuri ini kan ayam besar, kalau untung, baru lepas goreng~ Sekali dengan ikan masin, pastu kuah dia. Oh, lagi satu, konsep sini ‘layan diri’ so, order air kat kaunter. Order nasi pun kat kaunter, nanti korang pilih la yam sendiri, nak tambah kuah ke apa ke.
then duduk la kat mana korang suka, aku suka bawah pokok je,. best~ haha. Camner nak cari? Kedai dia simple je, corner lot, berdepan dengan Bank Islam kat area dataran dwitasik tu.. DAri HUKM, amik simpang kiri, straight je.. jumpa.. Selain tu, ada la jugak makanan lain yang best kat Bandar Sri Permaisuri ini selain Nasi Kukus Daun Pisang. Ada juga Nasi Mak Wok. harga, rm 5 je. So saving~ Haha. So, sementara boleh makan lagi, meh la datang sini..
Homeayam dara. Nasi Kukus Daun Pisang, Bandar Sri Permaisuri : Menu Nasi Kukus Ayam Dara berharga Rm 7.50.
Customers reviews on Restoran Nasi Kukus Daun Pisang Bandar Sri Permaisuri Cheras KL
What people say about Restoran Nasi Kukus Daun Pisang?
Terbaik Boh
Ini resepi nasi kukus yang terbaik aku pernah try. Nasi putih, 2 ekor ikan kering, timun, sambal belacan dan kuih pajeri beserta ayam goreng yang memang enak. Terbaik boh!
Apa tu ek?
Maksud saya adalah kalau datang sini memang tak menyesal kerana nasi banyak dan ayam besar. Jadi mesti makan banyak.
Contact Nasi Kukus Daun Pisang Bandar Sri Permaisuri
Tel: N/A
8, Jalan Danau Lumayan 1, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Personal Loan bank and cooperative
Apply latest promotion for personal loan. Financing with local banks and cooperatives with competitive rates. Act now and we will keep in touch with you as soon as possible. Moratorium loan during Covid-19 Pandemic Outbreak. I-Lestari and Bantuan Prihatin Malaysia.