Disenaraikan dibawah adalah Resepi Cendol Gula Melaka yang anda boleh cuba sendiri di rumah.
Bahan – Bahan Cendol Gula Melaka:
- Bahan cendol
- 3 cawan air pandan
- 1 cawan tepung beras
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu besar air kapur
- Pewarna makanan – hijau
Bahan santan Cendol Gula Melaka
- ½ cawan santan pekat
- 1/3 cawan air panas
- Sedikit garam
Bahan air gula Cendol Gula Melaka
- 1 keping gula melaka
- 1 cawan gula merah
- Sehelai daun pandan
Cara – cara Membuat Cendol Gula Melaka:
- Kisar daun pandan bersama 3 cawan air, tapiskan untuk dapatkan 3 cawan air pandan.
- Di dalam periuk, masukan tepung beras dan tepung jagung. Jangan buka api dahulu.
- Tuangkan air pandan yang dikisar tadi ke dalam periuk yang mengandungi tepung. Kacau rata.
- Kemudian masukan air kapur, dan sedikit pewarna makanan hijau. Kacau rata. Kemudian buka api.
- Masak bancuhan cendol ini dengan api yang sederhana. Sentiasa kacau untuk pastikan ia tidak berketul dan masak sehingga ia betul likat dan kental. Jika ia tidak betul masak, semasa proses membentuk cendol nanti, cendol akan lembik dan hancur.
- Kemudian, isikan bancuhan cendol yang kental ini ke dalam acuan untuk membentuk cendol. Video ini menggunakan acuan roti jala.
- Sediakan sebuah bekas yang mengandungi ais batu dan sejuk.
- Mula membentuk cendol menggunakan acuan anda, dan pastikan bancuhan cendol masuk ke dalam bekas yang berisi air sejuk.Cendol akan terus keras apabila ia masuk ke dalam air sejuk. Biarkan ia seketika.
- Masak air gula dengan bahan air gula di atas. Masak sehingga gula larut dan pekat.
- Masukan air panas ke dalam santan pekat bersama sedikit garam. Kacau sebati.
- Di dalam sebuah mangkuk atau cawan, masukan ais batu, air gula merah dan juga cendol. Kemudian tuangkan santan. Ia sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!