pantai beserah pahang

pantai beserah

Pantai Beserah | 5 Best Beach in Kuantan Pantai di Pahang

Get Information for Pantai Beserah | 5 Best Beach in Kuantan Pantai di Pahang. Visit Beserah Fishing Village, homestay, resort and chalet in this beautiful sea from various resources

Pantai Beserah / Beserah Beach Pahang - Beach in Kuantan Pahang

pantai beserah
Beserah is an old-fashioned fishing village located about 8 kilometers north of Kuantan. The quaint little village has its very own charm and romance, where traditional boats are still used. It is a village that is famous for fresh fishes everyday! You can buy fresh fishes at wholesale prices here.
beserah beach
pahangtourism.org.my

About Pantai Beserah / Beserah Beach Kuantan Pahang

Beserah is an old-fashioned fishing village located about 8 kilometers north of Kuantan. The quaint little village has its very own charm and romance, where traditional boats are still used. It is a village that is famous for fresh fishes everyday! You can buy fresh fishes at wholesale prices here.

Beserah Fishing Village

A thriving fishing village, Beserah is well-known for its quality dried fish and other salted sea products. Visitors can buy salted fishes from here. You can also watch the process of belacan, keropok lekor & keropok leper making.

There are many food stalls in the village. Visitors should try their famous Mee Chalong here.

There is a batik factory in Beserah and a few handicraft centres, which sell souvenirs and decorative items made from seashells by the women of Beserah.

For swimming and seashells picking activities, you can visit Pantai Pelindung.

Potensi Pantai Beserah from Blog

pantai beserah
Jika diamati pantai ini biasa sahaja. Malah ada lagi pantai lain yang jauh lebih indah dan cantik jika dibandingkan dengan pantai ini. Perkara utama yang menjadikan pantai ini istimewa daripada perspektif pelancongan adalah kereta kerbau.
pantai beserah
aktivispelancongan-azlie.blogspot.com
2011/08/mengenal-potensi-pantai-beserah.html

Mengenal Potensi Pantai Beserah

Oleh : Azlie Halim

Kira-kira enam tahun yang lalu saya pernah menjejakkan kaki ke sebuah pantai yang luar biasa. Sebuah pantai yang punya keunikan tersendiri yang sukar ditemui di tempat lain. Terletak tidak jauh dari pusat bandar Kuantan, Pantai Beserah sememangnya punyai daya tarikannya yang tersendiri.

Tentu ada yang tertanya-tanya, apa istimewanya pantai ini? Apa yang menarik sangat tempat ini sehinggakan ia pernah menjadi ikon pelancongan dalam bahan promosi pelancongan negeri Pahang.

Jika diamati pantai ini biasa sahaja. Malah ada lagi pantai lain yang jauh lebih indah dan cantik jika dibandingkan dengan pantai ini. Perkara utama yang menjadikan pantai ini istimewa daripada perspektif pelancongan adalah kereta kerbau.

Kereta Lembu di Melaka dan Kereta Kerbau Pantai Beserah

Jika negeri Melaka terkenal dengan kereta lembunya, Pantai Beserah terkenal dek kereta kerbaunya. Pantai Beserah merupakan sebuah desa nelayan yang terkenal dengan hasil lautnya termasuk menjadi pengeluar pelbagai produk hasil laut seperti ikan masin. Penggunaan kereta kerbau sebagai pengangkutan untuk kerja-kerja pemunggahan ikan dari perahu ke tempat pendaratan ikan adalah satu-satunya teknik pengangkutan yang dianggap unik.

Teknik pengangkutan menggunakan kereta kerbau ini bukan sahaja dilihat berupaya membantu memudahkan nelayan mengangkut hasil tangkapan ikan malah menjadi tarikan pelancongan.

Tidak hairanlah jika ada pelancong yang datang dari jauh semata-mata untuk melihat aktiviti pemunggahan ikan di sini. Difahamkan tidak ada lokasi lain di dunia ini yang menggunakan kerbau untuk aktiviti pemunggahan ikan dari perahu selain daripada lokasi ini.

pantai beserah
Kereta Kerbau Pantai Beserah

Riwayat Kereta Kerbau Pantai Beserah

Namun keunikan ini tidak kekal lama… Kini segalanya sudah berakhir. Kunjungan saya ke pantai Beserah baru-baru ini membuktikan bahawa riwayat hidup ’kereta kerbau’ sudah tamat di pantai ini. Apa yang tinggal hanyalah cebisan kereta kerbau yang tersadai di tepian pantai.

Walaupun aktiviti penangkapan ikan masih aktif di kawasan ini, namun ianya tidak semeriah dahulu. Suatu ketika dahulu pantai ini meriah dengan aktiviti pemunggahan ikan. Anak-anak kecil turut sama membantu. Begitu juga dengan kunjungan pelancong yang datang untuk melihat keunikan yang ada di sini. Suasananya umpama pesta ! Meriah dan penuh dengan keseronokan.

Tatkala saya menjejakkan kaki di Pantai Beserah baru-baru ini, kemeriahan itu sudah tiada lagi. Hanya kesepian yang menyelimuti pantai ini. Beberapa buah perahu dilihat tersadai di pinggir pantai.

Saya sempat bertanya kepada seorang nelayan yang sedang berehat di pinggir pantai ini. Menurutnya aktiviti pemunggahan ikan menggunakan kereta kerbau sudah lama berakhir di pantai tersebut. Khabarnya kira-kira empat hingga lima tahun yang lalu. Namun tidak pula dikhabarkan mengapa aktiviti itu terhenti. Mungkin dia ada alasan yang tersendiri. Atau mungkin dia juga tidak terdaya menanggung rasa sedih melihat nasib penghuni pantai ini.

Walau apapun alasannya, saya melihat Pantai Beserah merupakan satu produk pelancongan yang seharusnya dipertahankan. Daripada perspektif pelancongan, Pantai Beserah mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Memanglah Pahang sudah punya banyak produk pelancongan lain yang lebih berpotensi seperti Cherating, Taman Negara, Genting Highland, Pulau Tioman dan banyak lagi. Namun usaha memulihara Pantai Beserah sebagai produk pelancongan berpotensi seharusnya tidak dipinggirkan.

Kedudukannya yang strategik menjadi aset penting dalam menjayakan pantai ini sebagai produk pelancongan. Aktiviti nelayan di kawasan ini juga harus dilihat secara kreatif dalam merancakkan aktiviti pelancongan di sini.

Sebenarnya Pantai Beserah masih boleh ’diselamatkan’. Percayalah dengan usaha daripada pelbagi pihak termasuk agensi kerajaan seperti Kementerian Pelancongan, Tourism Malaysia dan Kerajaan Negeri, pantai ini masih boleh dimajukan sebagai produk pelancongan yang berpotensi.

Pihak Kerajaan Negeri umpamanya boleh mengeluarkan sedikit peruntukan untuk membeli beberapa ekor kerbau bagi membolehkan nelayan menggunakan kaedah lama tersebut dalam aktiviti mengangkut hasil laut. Manakala pihak Kementerian Pelancongan dan Tourism Malaysia mungkin boleh mewujudkan program homestay di desa nelayan tersebut. Bukan itu sahaja, jika produk pelancongan ini berjaya ’dihidupkan’ kembali, agensi-agensi pelancongan tempatan juga boleh mendapatkan manfaatnya dengan menjual pakej-pakej pelancongan tersebut kepada pelancong sama ada dari dalam dan luar negara.

Bagi mempromosikan produk pelancongan ini, peranan Tourism Malaysia mungkin boleh diaplikasikan dengan mengadakan pelbagai acara berkaitan dengan aktiviti kereta kerbau ini sebagai tarikan pelancongan. Acara seperti pelancaran pakej homestay kampung nelayan dan pakej ’Jom Naik Kereta Kerbau’ mungkin boleh diadakan secara kreatif dalam usaha mempromosikan produk pelancongan ini. Usaha ini mungkin dilihat sukar, namun saya percaya dengan komitmen dan kerjasama semua pihak ianya mampu memberikan manfaat untuk banyak pihak.

Kita mengharapkan satu usaha yang terbaik daripada semua pihak tidak kira pihak Kerajaan mahupun swasta dalam memastikan produk pelancongan berpotensi ini tidak akan terus ditelan zaman. Walau apapun harapan kita terhadap Pantai Beserah, kita hanya mampu berserah kepada ketentuan Ilahi.

Sejarah Asal Usul Pantai Beserah

Setelah kematian anaknya iaitu Cik Timah, Haji Senik (penduduk asal Kuantan) telah membuat keputusan meninggalkan Kampung Teruntum yang banyak meninggalkan kisah-kisah sedih. Beliau kemudiannya berpindah ke sebuah kawasan di utara Teruntum. Setelah membuat sebuah penempatan baru, kawasan ini pula diserang sejenis penyakit yang dikenali sebagai “hawar”.

Semua penduduk di kawasan ini bercadang untuk berpindah ke tempat lain tetapi Hj. Senik meminta mereka bersabar dan berserah kepada Allah SWT. Kerana sikap mesyarakatnya sentiasa bertaqwa dan berserah kepada Allah SWT, maka tempat ini dipanggil “Beserah” sehingga sekarang.

Cara untuk ke Beserah Beach

Pantai Beserah atau Pekan Beserah, salah satu desa nelayan di Pahang, dihubungi dengan jalan darat dari Kuantan atau Kemaman. Ia terletak 8 km dari Kuantan menuju Kemaman, Terengganu oleh jalan pesisiran laut.

Aktiviti Setempat di Beserah Beach

Pengunjung dapat menangkap ikan, membuat “keropok lekor” dan sebagainya Selain itu, berbagai aktiviti air dapat dilakukan di Pantai Beserah, seperti berenang, meluncur, berjemur dan berlayar.

Beserah Fishing Village / Kampung Nelayan Beserah

pantai beserah
Beserah Fishing Village - Kami sampai sahaja para nelayan sedang menyediakan persiapan rakan-rakan mereka kembali dari laut dengan hasil tangkapan. Mereka akan balik dalam lingkungan jam 12:00 tengah hari hingga jam 03:00 petang. Korang boleh tunggu dan melihat juga membantu para nelayan menolak bot mereka ke tepi pantai.
pantai beserah
sukseskembara.blogspot.com
2016/11/kampung-nelayan-beserah-kuantan.html

KAMPUNG NELAYAN BESERAH, KUANTAN

Beserah Fishing Village – SK(Sukses Kembara) ke pantai timur pula. Kita ke Kuantan, Pahang. Kampung ini mempunyai sejarahnya tersendiri. Bagaimana ianya dibuka, siapa yang membuka kampung ini juga unik. SK ke kampung Beserah. 5 minit dari bandar Kuantan. Selepas Bukit Pelindung turun sahaja sudah sampai ke perkampungan tersebut.

Ada banyak kampung kecil dalam Beserah ni seperti Kg Bugis, Kg Masjid, Kg Pelindung dan lain-lain lagi. Cuma SK nak bawak korang ke Kg Pantai Beserah dimana perkampungan nelayan yang masih lagi wujud. Pemandangan tepi pantai yang sangat indah boleh didapati disini. Angin laut China Selatan yang meniup laju membuat rasa tak nak balik ke kota.

Kami sampai sahaja di Kampung Nelayan Beserah (Beserah Fishing Village) para nelayan sedang menyediakan persiapan rakan-rakan mereka kembali dari laut dengan hasil tangkapan. Mereka akan balik dalam lingkungan jam 12:00 tengah hari hingga jam 03:00 petang. Korang boleh tunggu dan melihat juga membantu para nelayan menolak bot mereka ke tepi pantai.

Beserah Fishing Village / Kampung Nelayan Beserah from Blog #2

beserah fishing village
Our friend took us out to the Beserah Fishing Village for a look around. Beserah Fishing Village is located around 7-8km north from Kuantan town along Jalan Beserah. It is just after SJK(C) Kong Min.
beserah fishing village
duncaninkuantan.blogspot.com
2013/07/beserah-fishing-village.html
beserah fishing village
Sea cucumbers are salted and left to dry at Beserah Fishing Village

Beserah Fishing Village

Our friend took us out to the Beserah Fishing Village for a look around. Beserah Fishing Village is located around 7-8km north from Kuantan town along Jalan Beserah. It is just after SJK(C) Kong Min.

We entered one shop which used a type of shipping container as a large fridge where more fish were being kept. It was cold as we went inside. I told the woman at the door “Don’t lock us in!” but I’m not sure if she understood! After briefly looking around the Beserah Fishing Village we went to East Coast Mall.

kampung nelayan beserah
Salted fish drying under the sun at Beserah Fishing Village

Customers reviews on Beserah Beach – one of the best beach in Kuantan Pahang

What people say about Pantai Beserah Beach in Kuantan Pahang?​

Bintang Kesukaan :
5/5
Pantai Beserah - beach in kuantan pahang

Best Beach in Kuantan Pahang

A relative of the legendary Beserah Beach Bullock Cart operator shares about his late uncle.

mahaguru58
youtube.com/watch?v=ocxdBV47pZE
Bintang Kesukaan :
4/5
Pantai Beserah - Best Beach in Kuantan Pahang

One of the best beach in Kuantan Pahang

Kami medapat tahu terdapat 12 kubu lama British yang dibina pada zaman Perang Dunia Kedua di Kuantan Pahang.

Lokasi Kubu terletak sepanjang pantai dari Teluk Cempedak, Pantai Pelindung, Beserah sehingga ke Balok. Ada yang masih tegak, ada yang sudah senget, ada yg dah tenggelam dalam air dan ada yang dah tenggelam dalam pasir.

Ikuti Perjalanan Kami di video ini 🙂
1) Kubu 1 - Kubu Nelayan Balok
Video: https://youtu.be/CshejY9ruVg?t=52
Kami bermula dari Pusat Nelayan Balok. Kubu telah tenggelam dalam air. Hanya nampak bumbung
Map: https://goo.gl/maps/i9TbPjknENAtFVxm8

2) Kubu 2 - Kubu Tepi Selekoh
Video: https://youtu.be/CshejY9ruVg?t=104
- Terdapat grafitti bertulis 'Kodin'
Map: https://goo.gl/maps/fdnkaJtTp39oqvvq9

3) Kubu 3 - Kubu Nemo
Video: https://youtu.be/CshejY9ruVg?t=173
- Dalam Camp Site Nemo
Map: https://goo.gl/maps/G76msUdqqdaWLBJU6

4) Kubu 4 - Kubu Swiss Garden
Video: https://youtu.be/CshejY9ruVg?t=225
- Lokasi diantara 2 Swiss Garden
a) Swiss Garden Resort
b) Swiss Garden Residence
Map: https://goo.gl/maps/ruzpx9XCGKaQi2uy6

5) Kubu 5 - Kubu Timurbay
Video: https://youtu.be/CshejY9ruVg?t=278
- Tidak jauh dari Timurbay Residence
- Lokasi di Muara Sg Karang
- Popular untuk selfie
Map: https://goo.gl/maps/69KfgN68oGxT8gJT7

6) Kubu 6 - Kubu Tepi Kubur
Video: https://youtu.be/CshejY9ruVg?t=337
- Drone MayaQhu mengalami kemalangan pertama
- Saat mencemaskan
Map: https://goo.gl/maps/u983npUc9Qpvkwc48

7) Kubu 7 - Kubu Bawah Pagar
Video: https://youtu.be/CshejY9ruVg?t=411
- Berada dalam tanah individu?
- Terdapat pagar batu diatasnya
Map: https://goo.gl/maps/FtRhNh3Rz1Xsh1VN9

8) Kubu 8 - ''Kubu Yang Hilang''
Video: https://youtu.be/CshejY9ruVg?t=470
- Tidak jauh dari Bandar Lama Beserah
- Lokasi Muara Sg Beserah
- Dah terbenam sepenuhnya di dalam pasir
Map: https://goo.gl/maps/HBzh9AsfJA4KSDfL8

9) Kubu 9 - Kubu Mee Calong Beserah
Video: https://youtu.be/CshejY9ruVg?t=515
- Di Pantai Pelindung
- Terdapat beberapa warung Mee Calong sedap disini
- Krew berhenti makan Mee Calong 🙂
Map: https://goo.gl/maps/ZjkwnHq3Z5VM3Vc79

10) Kubu 10 - ''Kubu Ghaib''
Video: https://youtu.be/CshejY9ruVg?t=552
- Kubu ini jelas kelihatan dalam gambar 2010
- Area Tasik Pelindung
- Kini telah hilang sepenuhya
- Sesiapa tahu dimana kubu ini berada?
Map: https://goo.gl/maps/5wnMu7JNVMcJzKMG7

11) Kubu 11 - Kubu TC3 (Teluk Cempedak 3)
Video: https://youtu.be/CshejY9ruVg?t=593
- Lokasi di Pantai Teluk Cempedak yang ke 3
- Kena melalui denai didalam hutan
- Perjalanan mencarinya sangat menyeronokkan
- Pemandangan laut sangat cantik
Map: https://goo.gl/maps/D3ZQBhDbY78neHNN8

12) Kubu 12 - Kubu Teluk Cempedak
Video: https://youtu.be/CshejY9ruVg?t=668
- Lokasi di pantan popular Teluk Cempedak
- yang ada MeDonalds, KFC, Starbuck dan Subway tu
- Tak jauh dari Hotel Hyatt Regency
Map: https://goo.gl/maps/8pBtfjuNZXvmxKDV9

a) Behind The Scene: Aksi Crew https://youtu.be/CshejY9ruVg?t=795
- Farid - Pilot Drone
- Izat - Co-Pilot I
- Adam - Co-Pilot II - Crash Landing 🙂

b) Behind The Scene: Dunia ini KEJAM 🙂
https://youtu.be/CshejY9ruVg?t=322

=== & ===

Sejuta Penghargaan kepada Blog Turbineman's Log kerana membantu kami mencari lokasi:

Farid Forever
youtube.com/watch?v=CshejY9ruVg

Personal Loan bank and cooperative

Apply latest promotion for personal loan. Financing with local banks and cooperatives with competitive rates. Act now and we will keep in touch with you as soon as possible. Moratorium loan during Covid-19 Pandemic Outbreak. I-Lestari and Bantuan Prihatin Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: