Resipi Pajeri Nenas Makanan Terbaik di Pahang

Resipi Pajeri Nenas Makanan Terbaik di Pahang

Pajeri Nenas adalah di antara makanan terbaik di Pahang. Ada juga pajeri nenas tanpa santan dan pajeri nenas recipe. Cuba juga pajeri terung. Sedap. Dapatkan info disini.

Paceri nanas is a traditional dish among Pahang Malays, and is typically served in Malay weddings, festive occasions as well as formal functions. The sweet dish is usually taken with plain white rice or rice dishes such as nasi tomato, nasi kebuli, or nasi briyani as well as chicken or beef rendang. The pineapple can also be replaced with brinjal, in which the dish will then be known as paceri terung. Where: Various Malay restaurants, eateries, or food stalls in Pahang.

Resipi Pajeri Nenas Makanan Terbaik di Pahang Summary

  • Nama Resipi: Resipi Pajeri Nenas Makanan Terbaik di Pahang
  • Kategori Hidangan: Makanan
  • Jenis Masakan: Melayu

Resipi Pajeri Nenas Makanan Terbaik di Pahang from Blog 1

Ini adalah resipi pertama bagi memasak pajeri nenas dan resipi ini dikenali sebagai “Pajeri Nenas Utara”. Selamat mencuba!

Bahan-bahannya:

  • 1 biji nenas
  • 1 biji kelapa – ambil santan pekat sikit dan santan cair 1 mangkuk
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 2 buah pelaga
  • 2 sudu makan minyak masak
  • ½ sudu makan gula putih
  • ½ sudu makan gula merah
  • ½ paket rempah kari daging + santan pekat
  • Garam
  • Kerisik
  • Daun kari

Bahan Tumbuk:

  • 1 inci halia
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

Cara memasak Pajeri Nenas Utara

  1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan bahan tumbuk, rempah kari dan garam. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan santan cair, nenas, gula putih, gula merah dan kerisik. Biarkan mendidh dan kuah pekat sikit.
  4. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Resipi Pajeri Nenas Makanan Terbaik di Pahang from Blog 2

Lauk yang dimasak dalam dua minggu lepas. Inilah dia Paceri Nenas versi mudah. Ada jugak yang panggil Paceri. Kedua-duanya adalah menu makanan yang sama. Paceri atau Pajeri antara menu kegemaran MaDiHaA & suami.

Nenas kalau dimasak sebagai paceri atau dicampurkan dalam masak masam manis hubby akan makan dengan sangat laju. Tetapi, kalau masak lemak dengan ikan masin tidak menjadi kegemarannya pula. Dia lagi rela makan nenas cicah garam atau kuah colek kicap dari disuruh makan nenas masak lemak. Pelik sungguh selera dia. Tetapi sudah hendak masuk 14 tahun kami hidup bersama, sudah faham benar apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka.

Baiklah, jom kongsi resepi Paceri Nenas versi mudah ni. Semua bahan di hiris-hiris sahaja. Anda tidak perlu bersusah payah untuk kisar atau tumbuk. Yang penting sekali adalah wajib kena buat kerisik sendiri! Kalau guna kerisik beli memang langsung tidak sedap.

Bukan hanya pajeri malah jika dibuat rendang pun tidak sedap juga guna kerisik beli. Tetapi kalau tidak ada kesempatan barulah MaDiHaA guna kerisik beli. Tetapi itulah, selalu tidak puas hati hasil masakan kalau guna kerisik yang dibeli. Sebenarnya, tidak susah pun untuk goreng kerisik. Sekejap sahaja dah siap. Yang penting hasil pajeri kita lebih wangi dan kuahnya menjadi lebih sedap kuahnya. Jadi, kat bawah ini resepi MaDiHaA.

Bahan-bahan:

  • 1 biji nenas biasa (Nenas Morris atau Josephine) ~ dikupas & hiris sesuai selera
  • 3 cawan santan sederhana pekat (boleh tambah lagi kalau tidak cukup)
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 sudu besar rempah kari ikan*
  • 3 sudu besar rempah kari daging* ~ bahan bertanda* dibancuh dengan air jadikan pes
  • Minyak secukupnya
  • 2 sudu besar gula merah
  • 2 sudu besar kerisik (yang sudah siap ditumbuk homemade ya)
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa

Cara Membuat Pajeri Nenas

Bahan hiris halus

  • 1 inci halia
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

(kalau suka boleh tambah 1 sudu besar udang kering direndam dan ditumbuk halus)

Cara Penyediaan Pajeri Nenas

  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan hiris serta kulit kayu manis dan bahan 4 sekawan sehingga layu dan wangi.
  2. Masukkan pes rempah kari dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Sentiasa kacau supaya rempah tidak hangus.
  4. Masukkan kerisik dan kacau supaya rempah tidak melekat pada periuk.
  5. Masukkan santan, garam, perasa serta gula merah. Bila sudah mendidih, masukkan hirisan nenas. Sentiasa kacau supaya tidak membuak.
  6. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak serta nenas masak.
  7. Sedia dihidangkan bersama nasi putih atau nasi berperisa.

*Pajeri Nenas Recipe MaDiHaA aka Ratna

*Source: says.com, resepicikgu, mamawandiha.blogspot.com

Hashtag / Keywords

Resipi Pajeri Nenas Makanan Terbaik di Pahang Reviews

Customer Reviews about Resipi Pajeri Nenas Makanan Terbaik di Pahang

Pajeri Nenas Utara Terbaik

Tadi makan pajeri nenas semasa menghadiri kenduri kahwin. Sedap dan terus cari resepi. Jumpa resepi Cikgu Ani. Pada pendapat saya, resepi ini sama dengan pajeri yang makan masa kenduri kahwin tadi. Nanti nak try masak sendiri. Tqvm cikgu.

Unknown said...

June 30, 2013, 7:04 am

Sedapnya Paceri Nenas ini Pajeri Berempah Yang Sedap

Sedapnya pajeri berempah ni. Di Johor, susah sikit hendak cari. Kena tunggu kenduri kahwin baru jumpa. Itu pun nasib kalau ada. Terima kasih cikgu sudi share resepi.

Anonymous said...

May 29, 2014, 8:18 pm

error: