Village Grocer juga ada lah satu daripada tempat yang best pusat membeli belah bila sampai sini. Dapat beli barang-barang dapur tanpa perlu ke pasaraya lain yang terletak di bangunan berlainan. Kat sini pendek kata semuanya ada. “Macam tu kata….”
Anda tidak perlu khuatir untuk ke pusat membeli belah ini kerana kat sini jika anda malas nak naik kereta, anda bolehlah menaiki mrt ataupun grab car kerana stesen mrt yang sangat dekat dan tempat berjalan kaki menggunakan terowong bawah tanah untuk sampai ke MyTOWN Cheras.
Apa yang penting, tidak kira samada anda menaiki kenderaan sendiri atau pun menggunakan pengangkutan awam, kawasan Cheras iaitu Taman Maluri yang dahulunya sering menjadi jalan yang mesti dielakkan kerana jalan yang terlalu sesak kini tidak lagi seperti dahulu.
Anda dapat menikmati pemandangan indah di sekitar Taman Maluri dengan adanya AEON Maluri, Sunway Velocity dan Ibu Pejabat Balai Polis.