Masjid Negara National Mosque of Malaysia

Masjid Negara National Mosque of Malaysia

Masjid Negara is one of famous for tourist all over the world. You can walk from Tasik Perdana and Butterfly Park. You can tour around National Mosque of Malaysia via tourist information. Read here for more information about the best destinations in Malaysia.

Masjid Negara National Mosque of Malaysia Summary

  • Attraction: Masjid Negara National Mosque of Malaysia
  • Location: Kuala Lumpur Malaysia
  • Attraction Type: Mosque in Malaysia

Masjid Negara National Mosque of Malaysia from Official

Rekabentuk Binaan Masjid Negara Malaysia

Reka bentuk dan penyeliaan bangunan ini telah dilakukan oleh para arkitek Bahagian Reka Bentuk dan Penyelidikan, Jabatan Kerja Raya Persekutuan. Mereka mengambil masa selama tiga tahun untuk menyiapkannya. Sebelum memulakan kerja merekabentuk Masjid Negara ini, arkitek utamanya, Baharuddin Abu Kassim mengkaji masjid-masjid di India, Pakistan, Iran, Turki, Arab Saudi, Republik Arab Bersatu dan Sepanyol.

Sekali pandang, menara Masjid Negara berukuran 245 kaki tinggi kelihatan seperti sebuah roket. Bentuknya seperti sekaki payung yang kuncup manakala bumbungnya kelihatan seperti sekaki payung yang kembang. Bangunan berharga RM10 juta ini meliputi kawasan seluas lima ekar. Ia mengandungi sebuah dewan sembahyang seluas 22,500 kaki persegi, dewan persidangan, permakaman, perpustakaan, pejabat, halaman, menara, bilik diraja dan sebuah bilik imam. Permakaman untuk tujuh pahlawan negara terletak di bahagian barat. Turut disediakan ialah bilik radio dan televisyen berhawa dingin yang terletak di galeri dewan sembahyang.

Terdapat tiga buah pintu besar dan sebuah pintu khas bagi kegunaan diraja di Masjid Negara. Di tingkat bawah ruang depan terdapat beberapa buah bilik untuk berwuduk, bilik mandi, tempat menyimpan kasut dan bilik berehat bagi mereka yang datang dari luar Kuala Lumpur. Sebelum sampai ke dewan sembahyang di tingkat pertama terdapat sebuah halaman besar. Di bahagian tengah halaman ini terdapat 48 kaki payung konkrit manakala di rusuknya pula terdapat kolam-kolam beserta beberapa buah pancuran.

Dewan Sembahyang Masjid Negara Malaysia

Dewan sembahyang itu bertembok konkrit tetulang dan dilekapkan dengan batu marmar Itali. Terdapat sembilan buah pintu lorot aluminium di sepanjang tiga bahagian tembok berkenaan. Beberapa potong ayat al-Quran ditulis melintangi tembok di atas pintu bahagian dalam dewan sembahyang itu. Tulisan berukuran dua kaki tinggi diadun dengan mozek keemasan dan kebiruan yang berkilat. Bumbungnya yang beropol itu menyinarkan cahaya merah mawar, disulami pula di tengah-tengahnya oleh terawang kekisi terrazzo di sepanjang galeri. Bumbung konkritnya berbentuk payung kembang dan dihiasi dengan mozek kaca dan emas putih.

Bumbung yang berukuran 84 kaki tinggi itu mempunyai garis pusat sepanjang 200 kaki dan disokong oleh 16 buah batang tiang yang ukuran garis pusatnya sepanjang 3 kaki. Tiang-tiang itu diturap dengan terrazzo. Di tengah-tengah bumbung itu terdapat sebuah aluminium yang diukir dengan ayat al-Quran – seperti replika kubah Masjid Biru di Istanbul,Turki. Dahulu bentuk mihrabnya berbentuk bersegi seperti pintu tetapi telah diubah suai melengkung seperti gerbang. Mihrab ini bertatahkan ayat-ayat al-Quran dalam seni khat Morocco. Muka tembok yang mengelilingi mihrab ini diubah suai mengikut seni bina Morocco. Mimbar, tempat imam berkhutbah pula terletak di sebelah kanan mihrab. Mimbar yang berbentuk seperti beranda ini dibina daripada kayu.

Menganjung dari keempat-empat bahagian tembok itu pula terletak sebuah galeri untuk kaum wanita dan para pelawat yang ingin melihat bahagian dalam dewan sembahyang tersebut. Bahagian dalam galeri itu dihiasi oleh kekisi yang awan laratnya jelas menunjukkan kebudayaan Islam dan menyerupai pula awan larat yang terdapat di Masjid Taj Mahal dan Patehphur Sikri di India. Bahagian luarnya diturap dengan kekisi terrazzo. Kesembilan-sembilan buah pintu dan kekisi galeri membawa cahaya matahari ke dalam dewan sembahyang itu di samping lampu-lampu berhias, lampu-lampu tersembunyi di roset aluminium di bumbung serta 16 buah tepak lampu (chandelier) kurniaan raja-raja, gabenor-gabenor dan bekas Yang Di Pertua Negara Singapura.

Dewan sembahyang Masjid Negara Malaysia itu dapat memuatkan 3,000 jemaah dan berupaya menampung 5,000 orang lagi di beranda yang terdapat di ketiga-tiga rusuk bahagian dewan itu. Beranda itu terlindung dari luar oleh tirai kekisi dari aluminium dengan terawangnya berawan larat Islam asli. Lantainya dibina daripada kepingan terrazo manakala bumbungnya pula dibina daripada konkrit serta mempunyai beberapa kubah kubah kecil yang dibina daripada mozek biru. Di sebelah barat komplek itu terdapat dewan persidangan. Perkara yang menarik ialah bumbung konkritnya yang berombak-ombak. Dewan ini bertiraikan kekisi terrazo di luarnya. Dewan yang berhawa dingin ini dapat memuatkan 500 orang wakil persidangan keagamaan. Di sini juga terdapat sebuah perpustakaan.

Hasrat untuk membina masjid ini timbul sebulan sebelum hari kemerdekaan. Sebuah majlis yang dahulunya dikenali sebagai Majlis Kerja Persekutuan memutuskan untuk mendirikan sebuah masjid sebagai tanda penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, terhadap jasa-jasanya kepada rakyat. Selepas mencapai kemerdekaan, Majlis Raja-Raja memperkenankan projek tersebut. Bagaimanapun, Tunku tidak mahu masjid dinamakan sempena namanya, tetapi sebaliknya mencadangkan ia dinamakan “Masjid Negara”.

*Source: islam.gov.my

Hashtag / Keywords

Masjid Negara Malaysia terletak di Kuala Lumpur. Ia dibina antara 1963 dan 27 Ogos 1965, Ia merupakan lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.

Sebelum terbinanya Masjid Shah Alam, Masjid Negara Malaysiaadalah masjid termoden di Asia Tenggara. Ia terletak di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dan dijaga dengan keadaan yang sangat baik. Pelancong luar negara juga dibenarkan untuk melakukan lawatan. Sila rujuk di pusat maklumat (info center) untuk keterangan lanjut. Pembinaan Masjid Negara ini melambangkan semangat perpaduan dan toleransi. Ia direka bentuk oleh orang berketurunan Melayu, dibina oleh orang berketurunan Cina dan India dan dibiayai oleh sumbangan masyarakat Islam, Kristian, Buddha dan Hindu.

Terletak di kawasan strategik Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Masjid Negara Malaysia terletak bersebelahan Stesen Keretapi Malaysia, Bangunan Daya Bumi, Pos Besar Malaysia, Muzium Kesenian Islam, Taman Burung Kuala Lumpur dan berdekatan Taman Tasik Perdana. Kawasan Masjid Negara seluas 13 ekar dan bangunan utamanya memenuhi lebih kurang 3 ekar. Seluruh kawasan masjid di kelilingi sebahagiannya oleh tembok konkrit dan sebahagiannya lagi oleh pagar berhias.

Dalam satu-satu masa, Masjid Negara Malaysia boleh menampung seramai 15,000 orang jemaah.

Antara kemudahan yang disediakan oleh Masjid Negara Malaysia adalah :

  • Dewan Solat
  • Dewan Syarahan Utama
  • Bilik Mesyuarat Utama
  • Bilik Kuliah (3 Bilik)
  • Bilik Taklimat (1 Bilik)
  • Perpustakaan
  • Bilik Kaunseling
  • Tempat Wuduk
  • Tandas
  • Bilik Jenazah
  • Bilik VIP
  • Foyer
  • Pusat Pungutan Zakat MAIWP
  • Tapak Ekspo
  • Kiosk

Contact Masjid Negara National Mosque of Malaysia

Jalan Perdana, Tasik Perdana,
50480 Kuala Lumpur.
Telephone: 03-2107 3100

error: