Masjid Bukit Aman Kuala Lumpur Mosque Malaysia
Masjid Bukit Aman Kuala Lumpur is located at Taman Tasik Perdana (Lake Garden) also known as Masjid PDRM. Read here for more information about mosque in Malaysia. We have more than 1000 destinations in Malaysia to visit such as historical building, beach and island, food, cave, waterfall, forest etc.
Masjid Bukit Aman Kuala Lumpur Mosque Malaysia Summary
- Attraction: Masjid Bukit Aman Kuala Lumpur Mosque Malaysia
- Location: Kuala Lumpur Malaysia
- Attraction Type: Mosque in Malaysia
Masjid Bukit Aman Kuala Lumpur Mosque Malaysia from Official
Sejarah Masjid Bukit Aman
Idea untuk mendirikan Masjid Bukit Aman ini timbul kira-kira tiga tahun yang lalu, di dalam satu majlis berbuka puasa di Surau Bukit Aman, di mana ketika itu hujan sedang turun dengan lebatnya. Tan Sri Samsuri Arshad (bekas Timbalan Ketua Polis Negara dan beberapa orang pegawai kanan sedang berbual-bual selepas berbuka puasa.
Perbualan mereka telah terhenti seketika apabila titisan air hujan jatuh di atas meja di hadapan mereka. Pegawai-pegawai yang hadir seterusnya mengusulkan cadangan supaya sebuah surau baru dibina di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Idea pembinaan surau yang sempurna ini telah dibawa ke pengetahuan Ketua Polis Negara. Ketua Polis Negara telah memperakui betapa perlunya surau baru Bukit Aman dibina memandangkan surau yang sedia ada kecil dan usang.
Binaan Masjid Bukit Aman Kuala Lumpur
Rekabentuk Masjid Bukit Aman ini adalah berdasarkan ciri-ciri kekuasaan Allah sebagai penentu keamanan dan kemakmuran sesebuah negara. Simbol-simbol seperti KEKUATAN, KESEDERHANAAN DAN KEBERKESANAN telah ditonjolkan. Kedudukan tapak masjid yang terletak di dalam kehijauan dan keundahan Taman Tasik Perdana telah banyak memberi ilham dan rangsangan kepada perangcangan susunatur dan ciptaan manusia khusus untuk masjid ini.
Ciri-ciri kesederhanaan dan keberkesanan Masjid Bukit Aman Kuala Lumpur pula ditonjolkan melalui satu struktur kubah yang besar yang menutupi ruang sembahyang utama. Ianya dibina tanpa dinding dan kelihatan seolah-olah sekuntum cendawan yang baru tumbuh dan berkembang dari muka bumi taman ini dengan cepat sekali serta betul pada tempatnya. Ini adalah bertepatan dengan motto PDRM iaitu “Cepat dan Betul”.
Kubah Masjid Bukit Aman Kuala Lumpur yang berbentuk cendawan ini pula diapit oleh sebuah menara dan tuga kubah rendah yang seolah-olah bertindak sebagai benteng kawalan yang akan menjaga setiap penjurunya yang menonjolkan nilai “Bersedia Berkhidmat”. Di kaki menara-menara tersebut, dibina tapak yang kukuh di mana ia seakan-akan kubu-kubu kawalan yang dengan sendirinya melambangkan peranan sebagai benteng keselamatan. Kubu-kubu ini pada hakikatnya merupakan bilik-bilik kulia yang akan digunakan sebagai tempat untuk menimba ilmu pengetahuan keislaman yang luas dan universal.
*Source: masjid.islam.gov.my
Hashtag / Keywords
Bagaimanakah sejarah pembinaan Masjid Bukit Aman Kuala Lumpur Malaysia?
Pada 13 Jun 1995, Ketua Polis Negara telah berjumpa YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri di pejabat beliau, di Jabatan Perdana Menteri dan menerangkan betapa perlunya sebuah surau baru dibina di Bukit Aman. Perdana Menteri telah bersetuju dengan cadangan tersebut dan meluluskan bantuan kerajaan di dalam bentuk “outright grant” sebanyak RM4 juta. Seterusnya beliau menyarankan supaya surau tersebut dinaikkan tarafnya menjadi sebuah masjid.
Dimanakah lokasi Masjid Bukit Aman Kuala Lumpur Malaysia?
Masjid Bukit Aman berada Pengawal Pintu A, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Kuala Lumpur dengan Pusat Rekreasi Taman Tasik Perdana, Bandaraya Kuala Lumpur daerah : ZON 3.
Apakah jenis kemudahan dan keistimewaan yang terdapat di Masjid Bukit Aman Kuala Lumpur?
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah dewan besar, kelas komputer, kelas pra-sekolah, kelas agama, pentas, perpustakaan. Manakala, keistimewaan Masjid Bukit Aman adalah dari segi keindahan landskap iaitu kolam air pancutan berbentuk “Bintang Lima Pancutan” dari lima sudut melambangkan Rukun Islam yang lima sebagai Ad-Din, terdapat juga tapak air pancutan berbintang lima yang melambangkan sembahyang fardhu lima waktu sebagai asas atau tiang agama dan tiga tingkat sirih junjung dengan air yang sentiasa mengalir.
Contact Masjid Bukit Aman Kuala Lumpur Mosque Malaysia
Jalan Bukit Aman, Tasik Perdana,
50480 Kuala Lumpur
Telephone: 03-2276 1003