Tempat Makan Menarik di Melaka

vip-malaysia.com-logo

48 jam di Melaka memang takkan pernah mencukupi! Nak melawat pelbagai tempat bersejarah seperti Porta de Santiago, menonton teater Encore Melaka, ber-OOTD di Kiehl’s Wall Mural dan meluncur pasir di Klebang lagi! Bagaimana pula dengan suasana matahari terbenam di Masjid Terapung Selat Melaka? Ini semua keputusan yang anda perlu lakukan!

Bagi saya, makanan juga ialah salah satu dorongan utama untuk berkunjung ke sini. Jika anda sudah tidak sabar untuk food-hunting, jom lihat senarai tempat makan terbaik yang amat sinonim dengan Melaka!

Kami siarkan artikel yang menarik untuk semua mendapat manfaat dan mencubanya! Kepada penduduk di Singapura, Johor dan terutamanya warga kota Kuala Lumpur bolehlah mendapatkan info di sini.


 

15 Tempat Makan Menarik di Melaka

1. Sarapan klasik di Roti Canai Kayu Arang

Mulakan hari anda di Roti Canai Kayu Arang seawal pukul 7 pagi. Di sini, sarapan kegemaran rakyat Malaysia dibakar di atas kayu arang yang memberikannya bau dan rasa yang istimewa.

Antara menu roti yang paling popular ialah Roti Canai, Roti Nanchos (roti canai dengan topping ayam cincang, lada benggala, kobis merah, sos keju dan mayonis), dan Roti Dol (roti canai dengan dua biji telur mata separuh masak dan kuah dhal-sambal tumis banjir). Terdapat juga Nasi Lemak Kukus dengan aneka lauk seperti Rendang Kerang, Sate dan Lontong yang turut popular. Ingat, datang seawal yang boleh kerana tempat ini sentiasa sibuk!

2. Makan tengah hari di Jonker 88

Restoran Jonker 88 bukan sahaja menawarkan makanan yang enak, malah reka bentuk dalamannya yang antik akan membuatkan anda seolah-olah sedang menjamu di dalam muzium! Di sini, anda perlu memilih tempat duduk, kemudian terus ke bahagian belakang untuk memesan makanan secara sistem layan diri.

Nyonya Assam Laksa dan Baba Laksa ialah hidangan paling istimewa di restoran ini. Nyonya Assam Laksa datang dengan kuah yang masam pedas dan bahan sampingan seperti udang, telur rebus, fucuk goreng, bebola ikan, hirisan timun dan bawang. Manakala, Baba Laksa datang dengan kuah laksa bersantan dengan bahan sampingan yang sama.

Jonker 88 juga menyediakan cendol tetapi saya ada rekomendasi yang lebih baik iaitu Cendol Kampung Hulu!

3. Hilangkan haus di Cendol Kampung Hulu, Malacca River

Cendol Bingsu ala Korea? Yassss Pemilik tempat ini menggunakan mesin ais bingsu Korea khas untuk menghasilkan cendol yang terbaik untuk anda! Yang paling istimewanya, bukan ais kosong tetapi santan beku yang digunakan untuk asas cendol di sini. Dengan topping aiskrim kelapa buatan sendiri dan aneka buah tambahan seperti longan, mangga, buah naga merah dan durian, ini pasti cendol tersedap, berbaloi dan paling Insta-worthy yang anda pernah cuba!

4. Atau lawati Calanthe Art Cafe bagi peminat tegar kopi!

Jika anda merancang untuk singgah ke Starbucks sebaik sahaja anda tiba di Melaka, tolong jangan datang langsung!

Calanthe Art Cafe yang terkenal dengan kopi tempatan ‘Malaysia 13 States’ Coffee’ ialah kafe yang paling sempurna buat penggemar kopi. Setiap ‘negeri’ mempunyai ciri-ciri dan kombinasi kopi tersendiri, jadi anda pasti akan rambang mata memilih minuman! Bukan itu sahaja, ‘art cafe’ ini mempunyai reka bentuk dalaman tradisional Cina yang cantik dan pelbagai karya seni juga dipamerkan di sini.

 

5. Cuba bebola nasi istimewa di Ee Ji Ban Chicken Rice Ball

Nasi Ayam Hainan memang sedap tetapi Bebola Nasi Ayam Hainan lebih power! Ee Ji Ban Chicken Rice Ball ialah satu-satunya restoran halal di Melaka yang menawarkan hidangan ini, jadi harganya juga agak tinggi. Digandingkan dengan Steamed Chicken, Roasted Chicken serta aneka lauk Nyonya seperti Cili Garam Sotong dan Telur Dadar Cincalok, anda pasti takkan menyesal menjamu besar di sini!

 

6. Makan malam di Mukmin Ikan Bakar

Melaka, ikan bakar dan tepi laut? Kombinasi yang paling tepat sekali! Akhiri malam pertama anda di Medan Ikan Bakar Crystal Bay dan terus menuju ke gerai Mukmin Ikan Bakar. Anda boleh menjamu pelbagai hidangan makanan laut seperti Ikan Pari Bakar Sambal, Siakap Tiga Rasa, Ketam Telur Masin, Udang Butter Cereal, Kerang Rebus dan banyak lagi!

Dan nak tahu satu lagi rahsia tradisi Melaka? Makan ikan bakar dengan Nasi Lemak! Ya, di gerai ini, mereka juga ada menghidangkan Nasi Lemak bungkus yang anda boleh nikmati bersama hidangan ikan bakar anda!

7. Sarapan ‘Pandan Pancake with Gula Melaka’ di The Daily Fix Cafe

Jika anda hanya boleh memilih satu sahaja kafe untuk dilawati di Melaka, anda perlu pergi ke The Daily Fix Cafe! Terletak di Jonker Street, kafe ini menyediakan pelbagai hidangan Western seperti all-day breakfast serta aneka pasta, kek dan penkek. Tetapi, menu yang anda perlu cuba di sini ialah Local Pandan Pancake yang dihidangkan dengan Gula Melaka dan Kelapa. Saya syorkan anda menambah topping aiskrim vanila untuk kepuasan yang maksima!

8. Menjamu hidangan Cina Peranakan di Kocik Kitchen

Lengkapkah percutian anda ke sini tanpa menikmati masakan Cina Peranakan Melaka? Kocik Kitchen merupakan antara restoran halal dan terbaik di seluruh Melaka yang menawarkan masakan ini. Antara menu makan tengahari yang patut dicuba ialah Ayam Buah Keluak, Assam Fish, Otak-Otak, Minced Meat Tauhu dan Telur Dadar Cincalok.

 

9. Minum Klebang Original Coconut Shake tepi pantai

Selain Cendol, Melaka juga terkenal dengan coconut shake-nya yang viral sehingga kini! Sambil-sambil berseronok di Klebang Sand Dunes atau berpiknik di Pantai Klebang, anda bolehlah datang ke sini untuk minum petang! Terdapat juga kuih-muih Melayu, Nasi Lemak dan Beehoon bungkus untuk dinikmati bersama minuman anda.

 

10. Makan Roti John di Barkat Original Roti John Asli

Dah food coma ke belum? Kalau sudah, makan malam yang ringkas dan cukup enak ialah jawapannya! Apa yang unik sangat tentang Roti John ini ialah intinya yang terdiri daripada ikan bilis tumbuk, telur, cili dan daun parsli. Memang lain sangat dengan inti daging, mayonis dan sos cili yang sudah biasa kita makan, bukan? Patutlah ia sudah beroperasi selama lebih daripada 30 tahun!

 

11. Asam Pedas Pak Man dalam perjalanan pulang ke KL!

Haaaa, yang ini memang tak boleh dilupakan! Asam Pedas di sini datang dengan pelbagai jenis ikan seperti jenahak, kembung, tenggiri, pari dan parang serta tetel. Disebabkan lokasinya yang jauh dari Bandaraya Melaka, saya syorkan anda singgah ke sini semasa perjalanan pulang ke KL. Asam Pedas Pak Man sememangnya penutup percutian anda ke Melaka yang sempurna!

Jadi, itu dia 11 tempat makan yang saya syorkan jika anda mempunyai 48 jam di Melaka! Tentu sekali, ada banyak lagi tempat yang perlu saya ceritakan kepada anda. Tapi, apa kata anda cuba kesemua ini terlebih dahulu? Selamat melawat Melaka 2019! 😀😀😀😀😀

 

*source: https://www.tripzilla.my/tempat-makan-melaka/5749


 

10 Tempat Makan Best di Melaka

Kalau kita pergi mana-mana, memang tak sah kalau tak cari tempat makan yang best dan unik, bukan? Tak worth it la kalau travel jauh-jauh sambil tengok tempat orang, tapi last-last makan kat McDonalds. Untuk post kali ni, saya akan kongsikan top 10 tempat makan best di Melaka! Jadi, kalau anda datang ke Melaka untuk bercuti ke, datang hantar family masuk U ke, mahupun untuk business travel, ambillah kesempatan ini untuk mengunjungi tempat-tempat best ini!

Macam post-post saya yang lain, saya ingin memudahkan kerja anda. Kalau anda sudah berada di Melaka dan ingin terus ke tempat-tempat direkomen ini, anda hanya perlu tap link “lokasi” yang akan membolehkan anda untuk menggunakan navigation melalui Google Maps!

*Harga makanan dan minuman yang tertera di sini mungkin berbeza dengan harga semasa.

Roti Canai Kayu Arang

Roti Canai Kayu Arang

Roti canai kayu arang adalah salah satu tempat makan best di Melaka pada waktu pagi kerana, er, rotinya dibakar menggunakan arang (apa yang anda expect?). Ramai yang telah mencuba sendiri menu ini, namun bila bercakap tentang rasa ni – iaitu benda yang tak nampak, susah nak cakap apa sebenarnya yang menjadi elemen unik. Adakah resepi rotinya yang membuatkan ia sedap? Atau adakah kerana ia dimasak menggunakan kayu arang yang memberikan aroma dan rasa yang unik? Menurut Encik Hamdan daripada Pulau Pinang yang saya interview (dia tak mahu saya letak gambar dia, so…), sebenarnya sebab utama ia menjadi sedap adalah kerana gabungan resepi, aroma dan juga efek psikologi iaitu sebab orang lain cakap dia sedap (ada pakar psikologi yang sudi memberikan komen kat sini?).

Daripada kita pening-pening, lagi baik kita makan je. Kalau tekak boleh terima, kita ngap.

Selain roti canai biasa, menu-menu lain seperti roti tampal (RM2.00), roti nacho (roti canai tapi bertoppingkan piza – hanya RM5.00), nasi lemak (RM2.00 untuk yang biasa atau RM5.00 kalau anda mahu lauk ayam) dan aneka kuih-muih pun ada. Pekerja-pekerja di sini juga sangat peramah dan berdasarkan pengalaman saya, walaupun terdapat ramai pelanggan, mereka akan sentiasa memastikan anda tak perlu tunggu lama sangat untuk ambil order. Jadi, mungkin ramai yang suka ke sini kerana customer service yang bagus.

Memandangkan tempat ni selalu ramai orang, anda dicadangkan untuk datang awal. Kalau tak, jenuh nak berebut tempat duduk.

Lokasi: Lot 459, Kampung Batu Mukim, Bachang

Waktu Operasi:

 

Nasi Beriani Haji Tamby

Nasi Beriani Haji Tamby

Kalau anda ingin mencari tempat makan best di Melaka untuk lunch, anda bolehlah mencuba Restoran Nasi Beriani Haji Tamby. Restoran ini tersenarai sebagai salah satu daripada tempat makan menarik di Melaka kerana ia menawarkan konsep yang lain daripada yang lain. Hal ini kerana niat pengasasnya iaitu Muhammad Nazli Zainul Abidin yang tekad untuk memberikan lebih kepada masyarakat menawarkan menu nasi beriani pada harga yang berpatutan. Macam mana mereka caj anda? Anda hanya perlu bayar harga lauk! Nasi beriani atau nasi putih, dalca & acar akan diberikan secara percuma. Pada setiap hari Jumaat pula, air sirap bandung akan dihidangkan secara percuma kepada pelanggan.

Harga kari kambing adalah RM6.00, kari itik RM7.00 manakala ayam goreng pula RM4.00. Ianya memang jauh berbeza dengan kedai-kedai di luar sana yang mengenakan di antara RM10.00 ke RM15.00 untuk sepinggan nasi beriani.

Jika anda ingin menyokong inisiatif restoran ini, anda juga boleh berjumpa dengan pemilik restoran untuk memberikan sumbangan dan mereka akan membantu membuat pengagihan untuk anda.

Lokasi: Taman Pertam Jaya

Waktu operasi: 9:00 pagi ke 4:00 petang

Cendol Bakar Melaka

Cendol Bakar Melaka

Kalau anda ke A’Famosa Resort atau Freeport A’Famosa Outlet, anda bolehlah singgah di sini sebentar untuk merasa cendol bakar ini. OK, fun fact sikit. Kenapa namanya cendol bakar? Pertama, sebab ketika nak cairkan gula Melaka sebagai salah satu bahan di dalam cendol, diorang kena buat proses pembakaran, dan kedua iaitu yang best – pengasasnya bernama Encik Bakar!

Di sini terdapat pelbagai jenis cendol untuk dicuba. Harga cendol adalah seperti berikut:

Selain itu, makanan ringan lain seperti keropok, western food seperti burger & fries pun ada. Coconut shake juga dijual, tetapi pada harga yang agak mahal iaitu RM5.00 segelas. Kalau anda tak nak makan di sini, drive-thru pun boleh!

Lokasi: Alor Gajah

Kalau anda datang daripada tol Simpang Ampat menghala ke A’Famosa Resort, anda akan jumpa gerai ini dahulu. Tak perlu landmark; bila trafik dah mula slow, hah dah nak dekat la tu. Tempat ni paling best dikunjungi waktu petang atau malam.

Cawangan di Klebang: Tap di sini untuk ke lokasi

Waktu Operasi: 11:00 pagi ke 10:00 malam setiap hari (3:00 petang ke 11:00 malam ketika bulan Ramadhan)

Klebang Original Coconut Shake Melaka

Klebang Original Coconut Shake

Kalau anda ke Klebang, jangan lepaskan peluang untuk singgah di Klebang Original Coconut Shake! Kalau anda lalu petang-petang depan kedai ni, anda boleh tengok sendiri betapa panjangnya orang beratur untuk membeli coconut shake di sini. No wonder lah ia tersenarai sebagai salah satu tempat makan best di Melaka, bukan? Boleh dikatakan juga jalan di sekitar sini sesak memang sebab pelanggannya yang ramai (dan juga ada kedai kuih keria antarabangsa di tempat berdekatan).

Harga untuk Coconut Shake Special adalah RM2.20, manakala RM1.80 dikenakan untuk Coconut Shake biasa. Dari segi rasa, memang above average sebab mereka guna ais krim Walls dan bukannya ais krim budget, dan air kelapanya memang fresh.

Di sini anda boleh memilih sama ada untuk dine-in ataupun take-away. Kalau anda nak makan di sini, anda boleh terus masuk ke dalam pintu gerbang seperti gambar di atas. Tapi kalau penuh, terpaksa juga parking di luar. Nak makan? Jangan risau, kerana terdapat juga menu-menu sampingan seperti nasi lemak, mee goreng, keropok dan macam-macam lagi makanan ringan-ringan untuk minum petang.

Cadangan: Kuatkan mental anda kerana time ramai orang, nak tunggu giliran mau setengah jam.

Lokasi: Jalan Klebang, Taman Klebang Jaya (berhampiran Caltex)

Waktu Operasi:

Barkat Roti John Melaka

Barkat Roti John

Barkat Roti John adalah salah satu tempat makan best di Melaka yang patut anda cuba! Saya tidak pasti kenapa mereka tegaskan bahawa roti John mereka adalah yang asli, tapi apabila saya baca di Wikipedia, katanya roti John mula diperkenalkan di Malaysia sekitar tahun 1976 dan ia dibawa masuk melalui Tanjung Kling, Melaka. OK, tujuan saya menulis bukan untuk bercerita tentang sejarah roti John, jadi moh le kita cakap pasal salah satu daripada menu makan malam paling syok di Melaka ni.

Roti John Barkat ini sememangnya unik berbanding roti John biasa yang anda beli di pasar malam. Biasanya, ia bersalut telur, daging cincang, letak mayonis dan sebagainya, bukan? Yang pasti, roti John macam kat pasar malam tu tak boleh makan banyak sebab senang muak. Tetapi, versi Barkat ni berbeza kerana ia mengandungi ikan bilis yang ditumbuk halus & daun saderi. Pergh, memang sodap!

Harga roti John adalah RM3.00. Selain itu, terdapat juga menu-menu lain seperti ayam golek (RM16.00 seekor atau RM8.00 separuh ekor), asam pedas & makanan goreng-goreng. Saya cadangkan anda order sekali ayam golek tu, lepas tu kepit dengan roti John, celup dalam dipping sauce & ngap!

Lokasi: Taman Bachang Utama

Kalau anda google, ada 3 lokasi yang berbeza. Tapi kalau anda nak tempat yang selesa, pergilah ke restoran Barkat di Taman Bachang Utama (berdekatan Giant Bachang)

Waktu Operasi: 4:30 petang ke 12:00 tengah malam

Mee Besen Melaka

Mee Besen Melaka

Ya, saya baru hanya menyenaraikan sebuah kedai yang menyediakan mee dalam besen sebagai salah satu tempat makan best di Melaka. Ya, anda literally boleh makan dalam besen. Tidak, mereka tak pakai besen bajuh baju. hehehe. Mee besen di sini datang di dalam pelbagai saiz:

Selain itu, anda juga boleh memilih jenis mee, sama ada mee soya, kuey tiow, mee hon ataupun mee kuning. Jadi, ia terpulang kepada masing-masing, kerana seperti di dalam foto ini, mee yang digunakan  adalah mee soya. So, untuk orang pelik macam saya yang tak suka soya, memang rasa dia lain macam lah. Tapi itu cuma pendapat saya seorang. Tengok gaya kawan-kawan saya yang lain melantak, memang

Selain itu, ada juga boleh mencuba talam western. Hanya dengan harga RM35.00, anda boleh dapat chicken chop, spaghetti, meatball & fries. Makan yang ini memang kenyang!

Lokasi: No 17, Jalan PNDD 1, Pusat Niaga Burian Daun

Waktu Operasi: 3:30 petang ke 10:00 malam (Hari Isnin tutup)

No. telefon: 010-273 7895

Mee Racun Qasreena Cafe

Mee Racun Qasreena Cafe

Namanya memang gempak, kan? Haha. Sebenarnya, menu istimewa di Qasreena Cafe ini dipanggil mee racun kerana tahap kepedasannya yang menyengat! Jadi, kalau anda jenis yang tak tahan pedas, jangan risau kerana masih terdapat beraneka menu untuk dipilih di sini. Tapi, kalau ada member yang poyo cakap mereka tahan pedas, saya cadangkan anda bawa mereka ke sini untuk tengok muka merah ke tak bila makan mee ini. Untuk anda, order je la chicken chop ke, goreng-goreng ke pun boleh.

Mee racun ini dijual pada harga RM5.50. Menu-menu unik lain seperti Mee Mawi Berapi, Mee Kungfu Hustle, Mee Basah di Puncak, Nasi Goreng Shah Rukh Khan juga dijual dengan harga berpatutan.

Lokasi: Jalan Puncak 2, Taman Bukit Katil

Waktu Operasi: 8:00 pagi ke 11:00 malam (tutup hari Ahad)

No telefon: 013-347 7404

Roti Naan Pak Putra

Roti Naan Pak Putra

Sekiranya anda sedang mencari tempat makan best di Melaka tetapi tak ingin makan nasi, anda bolehlah ke restoran roti naan Pak Putra. Sejujurnya, selepas mencuba sendiri roti naan ini, apa yang special bagi saya adalah ayam tandoori tu. Roti naan tu OK lah, tapi bukanlah sedap tahap gaban. Roti naan yang ada pun terdapat pelbagai jenis (harga di dalam range RM2.00 ke RM6.00 sekeping bergantung kepada jenis naan), seperti naan biasa, garlic naan, cheese naan, potato naan & keema naan

Jadi kalau anda ingin order ayam, anda bolehlah mencuba menu-menu seperti butter chicken, chicken pasanda, bombay chicken, chicken hyperabadi, chicken kali mirch dan banyak lagi!

Kawasan ini juga terdapat ramai orang, dan settingnya adalah lebih kepada outdoor. Jadi kalau hari hujan, saya tidak sarankan anda untuk ke sini kerana walaupun terdapat indoor seating, tetapi memandangkan jumlah pengunjung yang ramai dan tempat duduk terhad, baik cari tempat lain kot. Namun begitu, kalau anda nekad nak redah, saya tak halang ya!

Lokasi: Taman Kota Laksamana (Ehem, ada lagi satu tempat best di kawasan ini – lihat di bawah)

Waktu Operasi: 5:30 petang ke 1:00 pagi (kecuali hari Ahad, tutup jam 12:00 tengah malam)

No. telefon: 012-601 5876

Asam Pedas Hajjah Mona

Asam Pedas Hajjah Mona

Bila bercakap tentang tempat makan best di Melaka, memang tidak sah kalau anda tak merasa asam pedas! Setakat ini, selepas mencuba lebih 5 restoran asam pedas yang obviously semua cakap asam pedas diorang paling power, saya dapati bahawa restoran asam pedas Hajjah Mona yang paling best. Di sini terdapat aneka asam pedas untuk dicuba pada harga yang memuaskan, iaitu:

Jika anda bawa family atau kawan-kawan yang tak makan asam pedas, satay pun ada di sini. Tapi, satay kat mana-mana pun ada. So, cubalah paksa mereka rasa sekali ya!

Lokasi: Jalan Laksamana 2, Taman Kota Laksamana (Ia terletak di hadapan hotel Casa Del Rio)

Waktu Operasi: 5:00 petang ke 5:00 pagi (kecuali Ahad, 9:00 pagi ke 10:00 malam)

No. telefon: 0 12-601 3676

Ikan Bakar Umbai

Ikan Bakar Umbai

Medan ikan bakar Umbai sudah pasti menjadi salah satu daripada tempat makan best di Melaka kerana di sini, anda boleh mendapatkan makanan laut yang semuanya fresh! Lokasi ini bukan sahaja popular di kalangan penduduk setempat, malah ramai warga kota daripada Kuala Lumpur, Johor & Singapura sanggup travel jauh-jauh semata-mata untuk menjamu selera di sini!

erdapat banyak gerai di sini yang menyediakan makanan seafood. Personally, saya suka ke restoran ikan bakar Parameswara kerana lokasinya sangat strategik. Di sini, anda boleh melihat pemandangan Selat Melaka dan juga hutan bakau di gigi air. Selain itu, harga ditawarkan juga sangat berpatutan dan pekerja restoran ikan bakar ini sangat peramah.

Lokasi: Umbai

Waktu Operasi: 5:00 petang ke 12:00 tengah malam (buka setiap hari kecuali hari Isnin)

No. telefon: 012-315 2301

Melaka Food Truck Park!

Melaka Food Truck Park!

Bermula tahun 2017, Melaka Mall telah mula menyediakan Food Truck Park sebagai salah satu tarikan baru tempat makan best untuk pengunjung dari dalam negeri Melaka mahupun dari luar.

Di sini, sejumlah pengusaha food truck diberikan ruang untuk berniaga bersama-sama. Terdapat pelbagai jenis makanan yang dijual oleh food truck di sini, antaranya adalah:

Lokasi: Jalan Merbok, Melaka Mall, 75450 Melaka

Waktu operasi: 5:30 petang – 1:00 pagi

 

*source:https://aliff.co/tempat-makan-best-di-melaka/


 

10 Tempat makan sarapan pagi best di Melaka!

Dari kedai makanan laut segar, kepada minuman sejuk yang lemak manis. Hingga makanan tradisi pedas menyengat, semua kita boleh nikmati di Melaka.

Lepas penat jalan jalan di pantai, taman tema & air terjun. Di Malaysia, kita memang akan cari roti canai dan nasi lemak. Dan kedai di bawah adalah antara tempat panas di kalangan pelancong.

Roti Canai Kayu Arang Melaka.

Waktu pagi kita memang cari roti canai & nasi lemak untuk sarapan. Di Melaka ada satu gerai makan tepi jalan yang unik.
Roti canai di sini di masak menggunakan arang. Oldschool. 
Orang yang pernah makan roti canai di kedai ini mesti tahu yang rotinya lembut & di bakar sempurna.
Sebab itu ramai orang sanggup beratur menunggu giliran. kalau perut dah lapar, dan sampai lambat. Ibu rekemen pergi tempat lain. Esok datang awal sikit untuk cuba roti di sini.Selain roti canai, makanan lain pun ada di jual di sini. Kuih muih pelbagai nama, boleh alas perut makan kuih dulu sementara tunggu roti sampai.
Masa terbaik untuk tiba ke sini, jam 7 pagi. Orang belum ramai. Memang ibu rekemen singgah makan sarapan pagi di sini walau sekali.

Tips 1 - Penting untuk kita merancang sebaiknya percutian ke Melaka. Pastikan kita pertimbangkan lokasi kedai makan sedap berdekatan sebelum tempah tiket flight & booking di hotel melaka (Tak kisahlah yang 5 star macam Casa Del Rio & The Majestic Hotel). Masa disana sangat terhad, usah dibazirkan.

Mee Hassan / Mee Bodo Tengkera Melaka

1. Mee Hassan / Mee Bodo Tengkera Melaka

Selalu lalu depan kedai ni waktu pagi. Memang ramai orang. Tak sangka kan, mee yang simple / bodo ni boleh ramai orang suka.

Salah satu rahsianya ialah mee ini digoreng dengan minyak cili memberikan warna kemerah merahan.

Lebih sedap dimakan bersama telur yang di goreng bersama minyak cili. Banyak taugeh.

Lokasi Mee Hassan

Alamat: 390, Jalan Tengkera, 75200 Melaka.

Waktu perniagaan: Ditutup ⋅ Buka 7:30 pagi Jumaat.

Telefon: 017-518 5223

Review Google Restoran Mee Hassan Mee Bodo

3.8 / 5.0 bintang terkumpul dari 106 ulasan di Google.

Pastikan kita ambil telur tu lebih. Panjang menunggu untuk dapat telur saja. Kombinasi lengkap untuk makan mee ini mesti ada mee + sambal + telur goreng.

Baru cukup rasanya. Orang sangat ramai & cukup masa kedai tutup. Memang tutup ontime.

Jadi datang awal untuk menikmati mee bodo supaya tak pulang tangan kosong.

Perut pun berkeroncong. Tak dapat nak tolong.

Tak ada resepi untuk mee ini kerana tuan kedai pakai resepi turun temurun. Apa yang istimewa sehingga pelbagai bangsa datang makan disini?

Wallahualam, mungkin juga tukang masak baca selawat sepanjang masa, tolong anak yatim & banyak bersedekah di belakang manusia.

Siapa tahu kan? Itu semua kan menjemput rezeki dari Allah.

Kedai seterusnya boleh kita singgah untuk mencuci mulut lepas makan sarapan berat.

 

Tips 2 - Ada kedai di melaka menawarkan bekalan makanan yang terhad dan akan ditutup selepas makanan habis dijual. Contoh paling mudah, kuih keria antarabangsa. Ada juga atau dibuka pada waktu operasi yang singkat seperti Mee hassan. Jika anda memang berhajat nak merasa makanan di kedai seperti ini, pastikan kita booking hotel melaka yang berhampiran kedai tersebut. Dan datang lebih awal supaya barisan tidak panjang. Masa kita semasa bercuti sangat berharga untuk dibazirkan.

 

Cendol Jam Besar

2. Cendol Jam Besar.

Melaka memang negeri yang panas. Cuaca terik boleh buatkan tekak kita kering, masa inilah sesuai nak minum cendol.

Ibu rekemen untuk cuba cendol jam besar yang terkenal ini. Harga dia murah, saiz untuk 1 hidangan berbaloi dengan duit yang kita bayar. Dan semestinya sedap.

Jangan lupa try cendol durian. Memang sedap tu. Rasanya cendol yang manis diadun sempurna dengan lemak manis durian. Heaven minum masa tekak haus.

Umpama hujan lebat turun di padang pasir tandus.

Selain itu boleh cuba minum jus tembikai siap dalam kulitnya. Memang segar. Alah, macam kita minum air kelapa tu.

Sedap sangat ke? Kalau di rujuk dari maklumbalas pengunjung.

Ulasan Google Cendol Jam Besau

Kedai ini berjaya mendapat 4.0 dari 5.0 bintang terkumpul, seramai 75 pelanggan yang suka minum cendol telah meningggalkan ulasan di Google.

Contact Cendol Jam Besau

Alamat: Bandar Hilir, 75200 Melaka

Waktu perniagaan: Dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Telefon: 016-654 5911

 

Restoran Kenanga Bandar Hilir

Restoran Kenanga Bandar Hilir

Salah satu kedai sarapan di Bandar Hilir Melaka. Buka waktu pagi saja setiap hari. Ramai suka nasi goreng di sini. Pedas, sedap makan panas panas.

Ulasan Google Restoran Kenanga Banda Hilir

Restoran ini mendapat mata purata 4.3 dari 5.0 bintang hasil 6 pelanggan lepas yang memberi ulasan di Google.

Contact Restoran Kenanga Banda Hilir

Alamat: Jalan Parameswara, Kampung Bandar Hilir, 75000 Melaka

Waktu perniagaan: Setiap hari dari jam 6.30 pagi hingga 10 pagi.

Telefon: 016-335 2916

Awang Roti Canai

4. Awang Roti Canai

Anda teringin makan roti canai? Kalau macam tu, mari kita terjah kedai Awang roti canai untuk rasa roti canai terbaik di Melaka.
Sungguh sedap di makan begitu saja. Orang puji rotinya gebu, tebal dan rangup di luarnya. Harga berpatutan. Best roti canai in town. Memang fluffy. 
Lepas tu, cicah pula dengan kari kepala ikan jenahak yang marvelous. Wah, teringat je de keluar air liur. Lokasi kedai ni depan sekolah bukit beruang melaka.

Review Google Restoran Awang Roti Canai

Seramai 138 pelancong yang laparkan roti canai telah meninggalkan ulasan di Google. Mata purata setakat ini 4.2 dari 5.0 bintang.

Contact Restoran Awang Roti Canai

Alamat: 75450, 620, Jalan Delima 10, Taman Bukit Melaka, 75450 Melaka.
Waktu perniagaan: Di buka setiap hari melainkan hari isnin. Dari jam 7 pagi hingga 11 pagi.

 

Nasi Lemak Lereh

Nasi Lemak Lereh

Roti canai dan nasi lemak adalah menu utama dan menjadi menu favourite pelanggan di sini. Jika anda sedang bercuti di Pantai Puteri atau Pantai Klebang, mari makan sarapan di sini.
Ramai puji nasi lemak sini sedap. Terutama sambal sotongnya yang pedas dan manis tu. Nak mewah lagi, makan dengan ayam goreng berempah. Nikmat tuhan yang mana lagi mahu kita dustakan?

Harga nasi lemak berbabaloi dengan kuantiti yang kita dapat. Insyaallah, kenyang sampai sendawa.

40 orang peminat nasi lemak yang telah menjamu selera di kedai nasi lemak lereh telah memberikan review terkumpul dengan mata 3.9 dari 5.0 bintang.

Contact Nasi Lemak Lereh

Alamat: Tanjong Kling, 76400 Tanjung Kling, Melaka.
Waktu perniagaan: Di buka dari jam 7.45 pagi sehingga 11.00 pagi. Tutup pada hari isnin saja.
Telefon: 011-1616 8671

 

10 Kedai Makan tengahari sedap di Melaka!

Selepas penat berjalan dari awal pagi, perut kembali minta di isi. Mari bawa anak anak dan isteri. Cari kedai makan nasi.

Kalau sudah sampai ke Melaka, Lauk pauk semuanya pedas, Sekali hirup merah muka, pekena nasi dengan asam pedas.

Tips 2 - Baca review terkini di internet sebelum makan di kedai tersebut. Ini akan berikan kita sedikit gambaran adakah makanan di restoran tu masih sedap atau pun tidak. Kalau anda cerewet dengan harga tiket flight & juga harga hotel di melaka, takkanlah kita nak bazirkan duit di kedai yang tak sedap.

 

Restoran Asam Pedas Selera Kampung.

Restoran Asam Pedas Selera Kampung.

Selain asam pedas, orang kata masak lemak udang di sini sedap. Kalau nak cuba makan masa makan tengahari sudah dapat tempat letak kereta.

Lokasi kedai asam pedas selera kampung.

Alamat: No. G2, Jalan PM3, Mahkota Square, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Waktu perniagaan: Pada cuti sekolah dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 6 malam. Waktu biasa, cuti hari isnin.

Telefon: 06-288 1799
Review restoran Asam Pedas Selera Kampung.

3.9 / 5.0 bintang terkumpul daripada 353 ulasan pelanggan di Google.

Kebanyakan pengunjung berpuas hati dengan rasa asam pedas yang sedap. Tapi, macam biasalah, harga agak mahal.

Bukan pilihan untuk percutian bajet. Nak jimat boleh masak sendiri di homestay kan.


Baca lebih lanjut tentang restoran asam pedas best dengan klik link di bawah.
Selain masakan asam pedas, kita juga boleh menjamu selera di kedai yang menyediakan banyak lauk pauk yang sedap.

 

Restoran Lot 85

Restoran Lot 85

Pelbagai lauk pauk untuk makanan tengahari yang sedap. Paling penting harga dia berbaloi. Sebab tu tempat selalu penuh.

Boleh pilih nak makan apa, kerana semuanya di sediakan secara buffet. Sila datang awal untuk makan tengahari supaya ada tempat duduk. Siapa yang nak makan roti canai, mai lah ke sini. Sedap dengan kari dia yang cukup rasa.

Nasi beriani pun ada, cuma harga mahal sikit.

Restoran Lot 85 berjaya mengumpulkan mata 3.8 dari 5.0 bintang hasil luahan hati 120 pengulas makanan tak bertauliah di google.

Alamat: Jalan Putri Hang Li Poh 75400, Kampung Durian Daun Dalam, 75400 Melaka.

Waktu perniagaan: Buka setiap hari melainkan hari ahad. Dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Telefon: 06-292 2045

 

Warung Pak Enal Bukit Katil

Warung Pak Enal Bukit Katil

Warung makan ini memang sangat terkenal di bukit katil Melaka.

Hujung minggu bersusun bas ekspress singgah sini bawa pelancong makan.

Sebab apa? Mestilah kerana makanan di sini sedap.

Lepas tu banyak pilihan lauk pauk smpai tak tahu nk pilih apa. Tak cukup dengan tu, ada pula pencuci mulut di jual disini seperti coconut shake.

Kalau nak makan pisang goreng, datang lepas jam 10 pagi, kunyah sambil menjamu secawa kopi yang panas untuk menyegarkan mata.

Alhamdulilah, memang wajib singgah. Harga makanan kira murah, dan kebersihan memang tip top.

Google Review Warung Pak Enal Bukit Katil

Kedai ini berjaya menambat hati pengunjung kerana mata purata dari 102 pelancong yang lapar ialah 3.8 dari 5.0 bintang. Semua ulasan ini ditinggalkan secara sukarela di Google.

Contact Warung Pak Enal Bukit Katil Melaka

Alamat: 4040, Jalan Bukit Katil, 75460 Melaka.

Waktu perniagaan: Buka setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang.

Telefon: 013-609 1649

 

Nasi Ayam Bonda

Nasi Ayam Bonda

Satu lagi tempat makan tengahari yang sedap di Melaka. "Signature dish" kedai ini semestinya nasi ayam.

Tapi yang buat pelanggan suka mestilah sebab layanan baik dari pekerja yang mesra. Selain tu, Ibu rekemen untuk cuba nasi lemak dan mee sup di sini. Tambah sekali dengan sambal cili yang pedas.

Memang terangkat selera makan.

Google Review Nasi Ayam Bonda Melaka

Seramai 35 pelancong telah menjamu selera di sini dan meninggalkan ulasan di Google. Mata terkumpul kedai nasi ayam bonda setakat ini ialah 3.8 dari 5.0 bintang.

Hubungi Nasi Ayam Bonda Melaka

Alamat: Kampung Bachang, 75350 Melaka.

Waktu perniagaan: Di buka setiap hari daripada jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang. Tutup pada hari ahad.

 

Ini mesti viralkan! Dari menu nasi ayam, seterusnya kita pergi ke gerai yang viral di media sosial.

 

Kedai & Gerai Viral di Melaka

Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil

Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil

Kalau tak sabar tak perlu singgah sini. Dah macam semut menghurung gula.Disebabkan kuih keria je. Macam tak percaya kan.

Kedai yang menjual kuih keria viral di media sosial. Barisan panjang sentiasa ada disebabkan pelanggan sanggup beratur tengah. Memang terbaik.

Lawak! Akak akak kena pakai sunblock & pelembap sebab tunggu bawah matahari.

Walaupun di tengah panas, untuk merasa kesedapan kuih yang di war warkan.

Peta kedai kuih keria Melaka

Alamat: 3123C, Jalan Limbongan, Kampung Limbongan, 75250 Melaka

Waktu operasi: 11 pagi hingga 7 petang (Tutup awal jika kuih habis)

Telefon: 012-691 4026

Review Google dari Pengunjung Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil

3.7 / 5.0 bintang daripada 632 ulasan Google.

Apa nak buat kalau kuih keria habis ? Mudah saja, beli kuih keria di kedai seberang jalan. Rasa kerianya hampir sama.

Taklah kita pulang tangan kosong.
Kalau teringin sebab tak tak cukup, boleh cuba buat sendiri dengan Resepi kuih keria viral di Melaka.

Dari juadah tradisional manis bersira, banyak lagi kedai yang viral di Melaka.

Terletak tidak jauh dari kedai keria antarabangsa, kita pergi ke Pantai Klebang.

Minuman berasaskan kelapa muda yang di campur dengan ais krim vanila.

Klebang Original Coconut Shake

Sekarang ini mudah untuk kita membeli minuman ini di pasar malam serata Malaysia. Tapi, tak pernah ada yang viral sampai viral seperti coconut Shake Klebang.

Ramai yang dah mencuba, dan memang berpuas hati dengan rasanya yang lemak berkrim ini. Walaupun banyak peniaga lain cuba meniru resepi asal, kedai ini tetap menjadi igauan pelancong di Melaka.

Review Google dari Pengunjung Klebang Original Coconut Shake

Respon dari 2,661 pelancong yang sanggup beratur panjang di gerai coconut shake ini, memberikan mata terkumpul sebanyak 4.1 dari 5.0 bintang. 
Review ini di tinggalkan mereka pada laman Google.

Contact Klebang Original Coconut Shake

Alamat: 5, 75200 Klebang, Melaka.
Waktu perniagaan: Di buka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 6.30 petang. Melainkan pada hari Jumaat.
Jumaat buka dari 2.15 petang hingga 6.30 petang. 
Telefon: 013-399 4061

 

Kedai Makan Malam Sedap di Melaka

Aida Rich Cafe.

aida Rich Cafe

Kedai ini dikenali ramai kerana menghidangkan menu "Fusion". Hidangan gabungan melayu + baba nyonya + western.

Nama pun Asian fusion restaurant.

Persekitaran kedai menyerupai suasana di dalam kopitiam, kecuali hidangan di dalamnya masakan melayu.

Lokasi Aida Rich Cafe.

Alamat: 54, Jalan TU 42, Taman Tasik Utama, 75350 Melaka

Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari dari jam 12 tengahari hinggan 11 malam.

Telefon: 012-679 3811

Google Review Aida Rich Cafe.

3.8 / 5.0 bintang terkumpul dari 56 pelanggan yang meninggalkan ulasan di Google.

Rata rata yang makan disini akan singgah berkali kali. Mungkin sebab harga berpatutan & rasa makan sedap.

Selesai dengan Aida Cafe.

Tags: Homestay Homestay di melaka Homestay melaka Melaka Tempat jalan di melaka Tempat makan best di melaka Tempat menarik Tempat menarik di melaka Tempat menarik di melaka waktu malam

 

8 Tempat makan best di Melaka waktu malam

"Malam malam macam ni sedap makan seafood & masakan panas. Badan dah penat seharian berjalan. Bosan pulak nak makan lauk hotel di Melaka. Teringin juga nak makan di luar. Kedai makan mana sedap untuk makan malam?"

Dah jadi kelaziman untuk kita makan lauk panas di malam hari. Tak kiralah tom yam ataupun restoran seafood.

Disenaraikan tempat makan malam terbaik di Melaka untuk pilihan anda.

1. TWS - Melaka Raya (The Windmill Station)

TWS - Melaka Raya (The Windmill Station)

Restoran yang berbaloi di kunjungi untuk seisi keluarga. Makanan sedap dan kena dengan harga.

Menu yang di hidangkan di sini adalah western food dan makanan tempatan. Ada juga menu fusion / kahwin antara western dan tempatan.

Kalau gatal nak cuba, boleh order.

Saiz menu yang di hidangkan memang besar, kenyanglah kalau makan. Tempat pun selesa, boleh duduk lepak lama sikit melepas penat berjalan jalan seharian. Bolehlah berbual mesra dengan hari keluarga sambil menikmati makan malam.

Ulasan Google TWS - Melaka Raya (The Windmill Station)

Kebanyakan yang berkunjung ke mari adalah keluarga, sebanyak 161 pelanggan yang telah makan di sini telah meninggalkan ulasan di Google. Mata terkumpul 3.9 dari 5.0 bintang.
Tempat ni sebenarnya buka dari pagi, nak sarapan dan lunch di sini pun boleh.

Contact TWS - Melaka Raya (The Windmill Station)

Alamat: 48 Jalan 13, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
Waktu perniagaan: Buka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 11.30 malam.
Telefon: 06-286 0178

Tips - Sebelum kita buat keputusan untuk makan di kedai, pastikan kita baca review terkini di internet. Terutama sekali semasa waktu puncak. Kadang kadang, tempat tu indah khabar dari rupa je. Seeloknya sebelum pergi bercuti, dah pertimbangkan segala benda. Nak duduk homestay atau hotel, nak booking hotel melaka yang mana, harga tiket flight & juga kedai makan berhampiran. Jimat duit kita.

 

2. Barkat Roti John & Ayam Golek.

Kedai roti jon ni asalnya kecil je, awal awal dulu buka di Tanjung Kling. Dekat dengan rumah kami. Dari gerai kecil sampailah besar macam sekarang.

Dah ada cawangan pun. Mesti sedap kan, kalau tidak takkanlah bertahan sampai sekarang.

Rasanya tak sama seperti roti john di pasar malam, tak ada mayonaise dan sos cili. Sedap makan panas panas, dengan roti yang gebu & inti sardin cil dan ikan bilis.

Rasa pedas & cukup rasa. Mesti cuba.

Contact Barkat Roti John

Alamat: No 60, Jalan Kenanga 1/24, Taman Kenanga Seksyen 1, Melaka, 75200 Tengkera, Melaka.
Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari dari jam 5.30 petang hingga 1.30 pagi.
Telefon: 017-817 1770

Review kedai roti john

3.4 / 5.0 bintang dari 103 review di Google. Nak tahu apa yang istimewam kena cuba sendiri.

Datang sini pesan roti john dan ayam golek saja ya. Selain tu, tak rekemen.

 

3. Burger Bakar Abang Burn Melaka

Bagi penggemar makanan barat, terutama sekali burger memang patut singgah untuk menjamu selera.

Burger di sini memang mantap, dengan side dish kentang goreng ditambah keju yang lazat. Bebola daging pun sedap. Dan kedai ini berada berhampiran pinggir sungai melaka. Sambil makan boleh nikmati permandangan malam sungai Melaka yang indah. Harga makanan di sini bolehlah.

Ulasan di Google Burger Bakar Abang Burn Melaka

42 peminat burger yang telah makan di sini memberikan mata 4.0 dari 5.0 bintang dari ulasan yang di tinggalkan di Google.

Contact Burger Bakar Abang Burn Melaka

Alamat: Medan Selera Sungai Melaka, No.1 Gerai Dewan Hang Tuah, 75300 Jalan Hang Tuah, Melaka.
Waktu perniagaan: Di buka setiap hari dari jam 5 petang hingga 12.30 tengah malam.

 

4. Cengkerang Seafood Jumble.

Bagi peminat makanan laut, atau lebih tepat lagi "shell out", jangan lupa singgah ke kedai ini untuk makan malam.
Makanan laut disini segar dan sedap disajikan panas, seisi keluarga boleh menikmatinya, kanak-kanak pun tak terkecuali.

Ada beberapa pilihan sos boleh dipilih untuk di makan bersama dengan makanan laut anda. Antara yang paling sedap ialah sos butterman.

Tempat pun selesa, berbaloi dengan harga.

Ulasan di Google (Review) Cengkerang Seafoof Jumble

58 peminat tegar makanan laut shell out telah meninggalkan ulasan di Google dan memberikan mata 4.2 dari 5.0 bintang.

Contact Cengkerang Seafoof Jumble

Alamat: No 10, Jalan KLJ 1A, Taman Kota Laksamana Jaya, Melaka, 75250 Melaka
Waktu perniagaan:  Di buka setiap hari dari jam 5.00 petang hingga jam 11 malam. Tutup pada hari isnin
Telefon: 011-2074 8852

 

5. Hadramawt Palace Restaurant

Nak makanan arab yang sedap untuk makan malam? Singgahlah untuk makan ke sini. Tapi, respon dari pelanggan kebelangan ini mengatakan harga disini memang mahal & saiz hidangan tak banyak.

Kalau harga bukan masalah untuk anda, bolehlah makan di sini sesekali.

Google Review Hadramawt Palace Restaurant

4.2 dari 5.0 bintang dari 189 ulasan di Google.

Contact Hadramawt Palace Restaurant

Alamat: No.15,jalan pnbb 2,pusat Niaga Bukit Baru, Mukim Bukit Baru,Seksyen IV, 75150 Melaka.
Waktu perniagaan: Beroperasi dari jam 11 pagi hingga 11.45 malam.
Telefon: 06-286 6662

 

6. Restoran Astana Puteh.

Tempat yang menarik & harga yang berpatutan. Pilihan makanan yang pelbagai sesuai untuk seisi keluarga menikmati hidangan makanan. Tempat selesa dan servis cepat.

Kedai ini ada menu western dan tempatan. Antara menu wajib cuba di sini ialah chicken chop, nasi arab pun ada.

Persekitaran restoran ini memang terjaga kebersihannya. Harga agak mahal tapi berbaloi dengan pengalaman yang kita dapat.

Google Review Restoran Astana Puteh

84 pelanggan restoran Astana putih memberikan ulasan di Google dengan mata terkumpul sebanyak 4.1 dari 5.0 bintang.

Contact Restoran Astana Puteh

Alamat: Batu 17, Jalan Solok Duku, 78300 Masjid Tanah, Melaka.
Waktu perniagaan: Beroperasi setiap hari dari jam 5.00 petang sehingga 12.00 tengah malam.
Telefon: 013-247 1990

 

7. Anas Seafood Tanjung Kling

Kalau anda mahu makan tomyam dan makanan laut di tepi pantai, sinilah tempatnya. Pulut mangga dan mee celup di sini memang sedap.

Harga semua menu mampu milik, dan servis cepat. Tak perlu tunggu lama untuk dapat makanan.

Google Review Anas Seafood Tanjung Kling

Seramai 51 pelancong yang lapar telah memberikan mata purata 4.0 dari 5.0 bintang untuk kedai Anas Seafood. Mata ini hasil dari ulasan mereka di Google.

Contact Anas Seafood Tanjung Kling

Alamat: 76400 Tanjung Kling, Melaka.
Waktu perniagaan:  Beroperasi dari jam 6 petang sehingga 12 tengah malam.
Telefon: 016-346 3904

 

8. Bunga & Tembok Cafe Melaka

Restoran Wajib Singgah jika ke Melaka, semua hidangan sangat menyelerakan untuk sajian western dan nasi beriyani. Pelbagai pilihan makanan western yang terbukti sedap, kuantiti yang banyak, dan amat berbaloi dengan harga yang diberikan.

Nak parking kereta pun senang. 

Google Review Bunga & Tembok Cafe Melaka

91 pelanggan kedai ini telah memberikan mata 4.0 dari 5.0 bintang berdasarkan review yang di tinggalkan di Google.

Contact Bunga & Tembok Cafe Melaka

Alamat: No 53 Jalan KP 1, Taman Krubong Perdana, 76250 Melaka.
Waktu perniagaan: Tutup pada hari khamis, selain itu buka dari 4 petang hingga 12 tengah malam.
Telefon: 016-611 187

 

Tags : Homestay Homestay di melaka Homestay melaka Menarik melaka Tempat makan best di melaka waktu malam Tempat makan menarik di melaka Tempat menarik Tempat menarik di melaka

 

*source: https://ibusyurga.blogspot.com/2018/03/tempat-makan-best-di-melaka-kedai-ini.html