Pantai Klebang | Pantai Paling Popular Di Melaka

Pantai Klebang Melaka

Ingat Coconute Shake, ingatlah Pantai Klebang, sebab di sinilah terletaknya Coconut Shake yang terkenal di seantero Malaysia. Setelah membeli Coconut Shake, secara semua jadinya, kawasan utama yang boleh dituju untuk menghabiskan minuman ini dengan penuh nikmat adalah di kawasan pantai yang indah iaitu Pantai Klebang.

Di sini, anda dapat menikmati udara segar yang bertiupan sambil mendengar bunyi ombak yang memecah pantai.

Dengan angin yang begitu rancak bertiupan dan permukaan pasir pantai yang lapang, anak-anak pula boleh bermain layang-layang yang banyak dijual di sini. Aktiviti lain yang boleh dilakukan untuk berseronok adalah bermain di taman permainan, meniup buih belon, bermain kereta elektrik  kanak-kanak yang ada disewakan di sini dan banyak lagi!

Sekiranya anda sekeluarga datang ke sini pada musim cuti sekolah, anda pasti tak akan kecewa dengan banyak lag keseronokan lain yang ditawarkan di Pantai Klebang ni seperti aktiviti menunggang kuda padi, kereta kuda, ataupun menaiki jentera ATV. Alang-alang dah sampai, cubalah semua sekalikan?

Antara Aktiviti Yang Boleh Dilakukan

Pantai Klebang

Ada banyak aktiviti yang boleh anda rancang untuk lakukan bersama keluarga di Pantai Klebang ni. Sepertimana kawasan pantai yang lain, Pantai Klebang menawarkan banyak aktiviti menarik untuk menjadikan persinggahan anda ke sini terasa sangat berbaloi.

  • Naik kereta kuda
  • Main layang-layang
  • Menunggang kuda padi
  • Sewa kereta elektrik kanak-kanak
  • Menunggang ATV
  • Berkelah
  • Menikmati pemandangan matahari terbenam dan terbit
  • Menikmati pelbagai jenis makanan yang dijual di gerai

Fasiliti Yang Disediakan Di Pantai Klebang

Di sekitar Pantai Klebang terdapat beberapa kemudahan yang dapat dimanfaatkan oleh para pelawat.

  • Gerai jualan makanan
  • Gerai jualan permainan di tepi pantai (layang-layang)
  • Surau
  • Taman permainan
  • Tandas
  • Bilik mandi

Antara Review Pengunjung Yang Pernah Ke Sini

“Saya melawat pantai ini dengan kawan-kawan pada waktu tengahari, hari Sabtu. Ada orang yang menunggang kuda, meniup buih, bermain layang-layang, berkelah atau sekadar bersantai dengan kawan-kawan di tepi pantai dan sebagainya…” – purr3vil, Trip Advisor

Petang yang penuh santai: Sebuah kawasan indah dengan pemandangan matahari terbenam yang mempesonakan. Ada pokok-pokok di sepanjang pantai sebagai tempat berteduh dengan tiupan angin, penuh santai dan ramai orang tapi tidak terlalu padat. Terdapat banyak tempat meletak kereta, food trucks, peniaga yang menyimpan stok dalam bas yang tidak digunakan, khidmat sewaan kereta elektrik / motorsikal untuk kanak-kanak, ada pancuran air di tempat permainan kanak-kanak…” – Jeannie0518, Trip Advisor

Pantai bersih, wajib pergi di Melaka: Boleh dianggarkan kawasan pantai ini akan meriah dengan orang ramai pada hujung minggu. Sesuai dijadikan tempat untuk berehat dan bersantai, banyak tempat makan untuk menghilangkan rasa dahaga dan mengisi perut lapar.” – Lilbabyshark, Trip Advisor

“Food truck beratur di tepi jalan (saya anggap sebagai salah satu tarikan utama), dan terdapat banyak gerai-gerai kecil yang menjual makanan dan layang-layang. Saya beli keropok lekor yang cukup enak daripada food truck dan juga rojak, kuew teow serta ice-blended kelapa yang yummy!” – Wirna, TripAdvisor

Panduan Untuk Ke Pantai Klebang

Dari Kuala Lumpur, anda boleh memandu ke arah Selatan melalui Lebuhraya Utara – Selatan sebelum melalui tol keluar ke Ayer Keroh.

Dari bandar Melaka pula, anda hanya perlu melalui perjalanan selama 15 minit untuk ke Pantai Klebang.

Alamat: Pantai Klebang, Melaka.

Koordinat: 2.2164° N, 102.1925° E

 

Tarikan Menarik Lain Yang Terletak Di Sekitar Pantai Klebang & Melaka

Selain Pantai Klebang, tidak jauh dari sini terdapat banyak tarikan yang menarik dan viral wajib untuk anda kunjungi. Dah puas merehatkan badan di pantai, bolehlah mulakan langkah ke destinasi yang seterusnya untuk mencipta lebih banyak memori bersama keluarga.

Di antara tarikan di sekitar Pantai Klebang dan Melaka adalah seperti berikut:

  1. Padang Pasir Pantai Klebang
  2. Muzium Kapal Selam
  3. Straits Chinese Jewelry Museum Malacca

 

Baca Lagi: Tarikan Pantai Klebang & Melaka: Padang Pasir Pantai Klebang >>