Makan malam di Mukmin Ikan Bakar

Mukmin Ikan Bakar

Melaka, ikan bakar dan tepi laut? Kombinasi yang paling tepat sekali! Akhiri malam pertama anda di Medan Ikan Bakar Crystal Bay dan terus menuju ke gerai Mukmin Ikan Bakar. Anda boleh menjamu pelbagai hidangan makanan laut seperti Ikan Pari Bakar Sambal, Siakap Tiga Rasa, Ketam Telur Masin, Udang Butter Cereal, Kerang Rebus dan banyak lagi!

Dan nak tahu satu lagi rahsia tradisi Melaka? Makan ikan bakar dengan Nasi Lemak! Ya, di gerai ini, mereka juga ada menghidangkan Nasi Lemak bungkus yang anda boleh nikmati bersama hidangan ikan bakar anda!

 

*source: www.tripzilla.my

Baca Lagi: Sarapan ‘Pandan Pancake with Gula Melaka’ di The Daily Fix Cafe >>