Mee Hassan / Mee Bodo Tengkera Melaka

1. Mee Hassan / Mee Bodo Tengkera Melaka

Selalu lalu depan kedai ni waktu pagi. Memang ramai orang. Tak sangka kan, mee yang simple / bodo ni boleh ramai orang suka.

Salah satu rahsianya ialah mee ini digoreng dengan minyak cili memberikan warna kemerah merahan.

Lebih sedap dimakan bersama telur yang di goreng bersama minyak cili. Banyak taugeh.

Lokasi Mee Hassan

Alamat: 390, Jalan Tengkera, 75200 Melaka.

Waktu perniagaan: Ditutup ⋅ Buka 7:30 pagi Jumaat.

Telefon: 017-518 5223

Review Google Restoran Mee Hassan Mee Bodo

3.8 / 5.0 bintang terkumpul dari 106 ulasan di Google.

Pastikan kita ambil telur tu lebih. Panjang menunggu untuk dapat telur saja. Kombinasi lengkap untuk makan mee ini mesti ada mee + sambal + telur goreng.

Baru cukup rasanya. Orang sangat ramai & cukup masa kedai tutup. Memang tutup ontime. Jadi datang awal untuk menikmati mee bodo supaya tak pulang tangan kosong.

Perut pun berkeroncong. Tak dapat nak tolong. Tak ada resepi untuk mee ini kerana tuan kedai pakai resepi turun temurun. Apa yang istimewa sehingga pelbagai bangsa datang makan disini?

Wallahualam, mungkin juga tukang masak baca selawat sepanjang masa, tolong anak yatim & banyak bersedekah di belakang manusia.

Siapa tahu kan? Itu semua kan menjemput rezeki dari Allah.

Kedai seterusnya boleh kita singgah untuk mencuci mulut lepas makan sarapan berat.

Tips 2 - Ada kedai di melaka menawarkan bekalan makanan yang terhad dan akan ditutup selepas makanan habis dijual. Contoh paling mudah, kuih keria antarabangsa. Ada juga atau dibuka pada waktu operasi yang singkat seperti Mee hassan. Jika anda memang berhajat nak merasa makanan di kedai seperti ini, pastikan kita booking hotel melaka yang berhampiran kedai tersebut. Dan datang lebih awal supaya barisan tidak panjang. Masa kita semasa bercuti sangat berharga untuk dibazirkan.

 

*source: ibusyurga.blogspot.com

Next: Cendol Jam Besar Melaka >>