Malacca Beach

vip-malaysia.com-logo

Five Great Things to Do in Melaka Beach Malaysia

Melaka is one of the most wonderful places to visit during your holiday in Malaysia and it is very popular both for the local and international tourists.

There are kinds of sunbathing and swimming beach Melaka to enjoy the tropical sun lights and enjoy perfect moments while staying in one of the best beach resorts in Melaka.

Things to Do In Melaka Beach

Melaka Beach

There are many interesting things you can do in Melaka Beach. If you want to enjoy more fun things than sunbathing in the beach resort in Melaka, you can go out and explore the beautiful things outside.

• Release the baby hawksbill turtles in Padang Kemunting beach so they can back to the sea. Learn about how The Turtle Guardians work to repopulate the rare hawksbill turtles, providing safe places for the mothers to place their eggs and raise the baby turtles until they are ready to release.

• Deep-sea fishing from Pantai Siring, it will be the great experience for those who love sports fishing. After finish the fishing time, then enjoy the seafood by the beach Melaka with local sambal.

• Visit the Sky Tower Melaka to enjoy the town view from the 42nd floor of the tower, viewing the road under the tower from glass panel floors, and enjoy the beautiful view from the top that is featured by awesome outdoor gazebo design.

• Watching thousands of seashell collections in the Shore Shopping Gallery. You will amaze of the gallery because nearly all types of seashells in the world are exhibited there. See the giant aquarium of Arowana fishes and feed the turtles too there.

• Visit Masjid Selat; the floating mosque with its beautiful architectural design. There are many more fun activities that can be enjoyed when you want to explore more experiences outside the beach resort in Melaka.

There are many more fun activities that can be enjoyed when you want to explore more experiences outside the beach resort in Melaka.

 

Melaka Beach Resort List

Melaka Beach

As the great development of Melaka in recent years, the city has become a welcoming place for tourists who need a comfortable place to stay.

Many resorts in Melaka Beach have been listed as great places for Melaka beach swimming, sunbathing, and relaxing under the warm sun.

The best beach resorts in Melaka are including the Shah Beach Resort Melaka, Philea Resort and Spa, Bayou Lagoon Beach Resort, Mabohai Resort Keblang, Puteri Resort, and etc.

You can choose one of them to become the best and more comfortable resorts to stay during your holiday in Melaka.

To spend the holiday in Melaka, enjoy the beautiful beaches, fun experiences and relax in the wonderful beach resort, you certainly should book flights from your place to Melaka.

 

 

*https://blog.airpaz.com/


 

Pantai Klebang Melaka offers beach picnics and other attractions

Pantai Klebang Melaka

As a destination attraction, Pantai Klebang Melaka offers beach picnics, kite flying, varied food trucks and coconut shakes. As of two years ago, photographers and Instagrammers have been making a beeline to Klebang Sand Dunes since the first desert-like landscape photograph went viral.
Located 15 minutes from Melaka city, at the end of the Klebang peninsula, these hills of sand are the result of land reclamation activities from a decade ago. Due to stability issues, beach front developments were abandoned, leaving many piles of sand 10m to 20m high, sitting idle on a land of emptiness.

Pantai Klebang Melaka

The man-made Klebang Dunes are also popular for bridal portraits and continue to draw photography enthusiasts (professional and amateur) to experiment on its blank canvas for dramatic photoshoots against the perfect backdrop of blue skies and white dunes.
Despite the lack of signboards, Waze brought us to the unnamed road between the Submarine Museum and Pantai Klebang, leading us to the unofficial carpark at the end of the road. From here, we walked, as cars are not allowed in due to soil instability.
As we walked, the terrain changed from gravel to sand populated with scrubby vegetation and spiky plants. About 1km and 15 minutes later, we reached the first of the dunes.
We scrambled up the 2m sand pile and were greeted by a surreal white desert stretching all the way to the sea. Against the setting sun, the silhouette of rounded humps along the coastline was truly awesome and very Insta-worthy.
The seafront dunes are bigger and taller. Just off the sea, a sizeable pool filled the valley creating a desert lake backdrop with greenery.
A healthy covering of grass can be seen on the mounds. Trees have sprouted, adding a dash of green to the pristine white landscape. If you look closely, you can even spot seashells washed up from the Straits of Malacca.

Pantai Klebang Melaka

Climbing the dunes is a not-to-be-missed experience as you will slide down a little with each step up, as the soft sand shifts under your feet.
Expect to work a little bit harder to cover the same amount of ground. That said, the sand is not as fine as the volcanic ash of Mount Bromo in Indonesia, and is manageable for beginners and less-experienced hikers.
Most people will adjust to the slide, finding the effort totally worth it for the views and that ‘top-of-the-hill’ feeling.

Pantai Klebang Melaka

Perched on the highest dune just in time for sunset, we spent a satisfying half hour capturing the unique landscape of wind-crafted shapes as the sky transitioned from orange to red to purple. The cool breeze from the sea kept the temperature comfortable, creating a perfect outdoor ambience.
Getting off the dune was fun and effortless. Sliding our way down, the idea of tobogganing instantly came to mind. Without a second thought, I went up the next dune so that I could savour the invigorating moment again and I was not disappointed.
As night fell, we headed back to the cars. There are no street lights, so unless you have head lamps, be sure to get back before it gets totally dark

Pantai Klebang Melaka

Klebang Dunes is easily accessible as the terrain is mostly flat. Be prepared to walk 20 to 30 minutes to cover the 2km distance each way. Like a desert, there is no shade so early morning or late afternoon visits are recommended. Bring enough water, a hat and sun block.

 

*https://www.thestar.com.my/


 

Pantai Klebang | Pantai Paling Popular Di Melaka

Ingat Coconute Shake, ingatlah Pantai Klebang, sebab di sinilah terletaknya Coconut Shake yang terkenal di seantero Malaysia. Setelah membeli Coconut Shake, secara semua jadinya, kawasan utama yang boleh dituju untuk menghabiskan minuman ini dengan penuh nikmat adalah di kawasan pantai yang indah iaitu Pantai Klebang.

Di sini, anda dapat menikmati udara segar yang bertiupan sambil mendengar bunyi ombak yang memecah pantai.

Pantai Klebang

Dengan angin yang begitu rancak bertiupan dan permukaan pasir pantai yang lapang, anak-anak pula boleh bermain layang-layang yang banyak dijual di sini. Aktiviti lain yang boleh dilakukan untuk berseronok adalah bermain di taman permainan, meniup buih belon, bermain kereta elektrik  kanak-kanak yang ada disewakan di sini dan banyak lagi!

Sekiranya anda sekeluarga datang ke sini pada musim cuti sekolah, anda pasti tak akan kecewa dengan banyak lag keseronokan lain yang ditawarkan di Pantai Klebang ni seperti aktiviti menunggang kuda padi, kereta kuda, ataupun menaiki jentera ATV. Alang-alang dah sampai, cubalah semua sekalikan?

Antara Aktiviti Yang Boleh Dilakukan

Pantai Klebang

Ada banyak aktiviti yang boleh anda rancang untuk lakukan bersama keluarga di Pantai Klebang ni. Sepertimana kawasan pantai yang lain, Pantai Klebang menawarkan banyak aktiviti menarik untuk menjadikan persinggahan anda ke sini terasa sangat berbaloi.

  • Naik kereta kuda
  • Main layang-layang
  • Menunggang kuda padi
  • Sewa kereta elektrik kanak-kanak
  • Menunggang ATV
  • Berkelah
  • Menikmati pemandangan matahari terbenam dan terbit
  • Menikmati pelbagai jenis makanan yang dijual di gerai

Fasiliti Yang Disediakan Di Pantai Klebang

Pantai Klebang

Di sekitar Pantai Klebang terdapat beberapa kemudahan yang dapat dimanfaatkan oleh para pelawat.

  • Gerai jualan makanan
  • Gerai jualan permainan di tepi pantai (layang-layang)
  • Surau
  • Taman permainan
  • Tandas
  • Bilik mandi

 

Antara Review Pengunjung Yang Pernah Ke Sini

“Saya melawat pantai ini dengan kawan-kawan pada waktu tengahari, hari Sabtu. Ada orang yang menunggang kuda, meniup buih, bermain layang-layang, berkelah atau sekadar bersantai dengan kawan-kawan di tepi pantai dan sebagainya…” – purr3vil, Trip Advisor

Petang yang penuh santai: Sebuah kawasan indah dengan pemandangan matahari terbenam yang mempesonakan. Ada pokok-pokok di sepanjang pantai sebagai tempat berteduh dengan tiupan angin, penuh santai dan ramai orang tapi tidak terlalu padat. Terdapat banyak tempat meletak kereta, food trucks, peniaga yang menyimpan stok dalam bas yang tidak digunakan, khidmat sewaan kereta elektrik / motorsikal untuk kanak-kanak, ada pancuran air di tempat permainan kanak-kanak…” – Jeannie0518, Trip Advisor

Pantai bersih, wajib pergi di Melaka: Boleh dianggarkan kawasan pantai ini akan meriah dengan orang ramai pada hujung minggu. Sesuai dijadikan tempat untuk berehat dan bersantai, banyak tempat makan untuk menghilangkan rasa dahaga dan mengisi perut lapar.” – Lilbabyshark, Trip Advisor

“Food truck beratur di tepi jalan (saya anggap sebagai salah satu tarikan utama), dan terdapat banyak gerai-gerai kecil yang menjual makanan dan layang-layang. Saya beli keropok lekor yang cukup enak daripada food truck dan juga rojak, kuew teow serta ice-blended kelapa yang yummy!” – Wirna, TripAdvisor

Panduan Untuk Ke Pantai Klebang

Dari Kuala Lumpur, anda boleh memandu ke arah Selatan melalui Lebuhraya Utara – Selatan sebelum melalui tol keluar ke Ayer Keroh.

Dari bandar Melaka pula, anda hanya perlu melalui perjalanan selama 15 minit untuk ke Pantai Klebang.

Alamat: Pantai Klebang, Melaka.

Koordinat: 2.2164° N, 102.1925° E

Tarikan Menarik Lain Yang Terletak Di Sekitar Pantai Klebang & Melaka

Selain Pantai Klebang, tidak jauh dari sini terdapat banyak tarikan yang menarik dan viral wajib untuk anda kunjungi. Dah puas merehatkan badan di pantai, bolehlah mulakan langkah ke destinasi yang seterusnya untuk mencipta lebih banyak memori bersama keluarga.

1. Padang Pasir Pantai Klebang

Padang Pasir Pantai Klebang

Padang Pasir Pantai Klebang adalah tarikan yang cukup terkenal dalam kalangan kaki foto. Yelah, dekat mana lagi nak merasa seperti berada di kawasan eksotik macam Padang Pasir Sahara di Malaysia ni?

Tak perlu berbajet-bajet untuk ke negara Arab, anda hanya perlu ke Padang Pasir Pantai Klebang untuk merasakan semua ni. Ada juga orang yang menjadikan tarikan ni sebagai tempat berfotografi gambar perkahwinan.

Waktu yang terbaik untuk ke sini adalah ketika matahari terbit atau terbenam, dalam erti kata lain ketika ‘golden hour’ untuk mendapatkan pencahayaan gambar yang terbaik.

Diingatkan, sebelum ke sini, anda perlu bersedia dengan air dalam botol besar, cermin mata hitam, payung dan sunblock. Bayangkan anda memang betul-betul berada di Padang Sahara sebenar, kalau tak lengkap semua ni memang menyusahkan.

Alamat: Padang Pasir Pantai Klebang

2. Muzium Kapal Selam

Muzium Kapal Selam

Terletak hanyalah 2.5 km dari Pantai Klebang, Muzium Kapal Selam adalah sebuah tarikan kapal selam sebenar yang pernah digunakan daripada tahun 2005 ke 2009.

Kapal selam jenis FS Ouessant Agosta 70 ini telah dibawa ke Melaka pada bulan November 2011 dari negara Perancis. Di dalamnya, anda dapat melihat keadaan sebenar di dalam sebuah kapal selam dan pameran tentang sejarah serta perkembangan kapal selam di Malaysia.

Alamat: Muzium Kapal Selam, Dataran 1Malaysia, Klebang, 75200 Melaka

3. Straits Chinese Jewelry Museum Malacca

Straits Chinese Jewelry Museum Malacca

Apa gunanya dah berada di Melaka tapi tak mendalami budaya sebenar komuniti Baba Nyonya di Melaka ni kan? Untuk tujuan ini, anda sekeluarga boleh menuju ke Straits Chinese Jewelry Museum Malacca yang terletak hanyalah 8 km dari Pantai Klebang.

Di sini, anda dapat melihat betapa unik dan menarik sekali budaya mereka. Muzium ini dapat membawa anda kembali ke masa lalu di mana setiap pelusuknya dihias dengan konsep klasik Baba Nyonya atau peranakan sendiri. Pencinta barangan antik? Wajib ke sini!

Alamat: 108, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka

  • Baba & Nyonya Heritage Museum (8.2 km Dari Pantai Klebang)
  • Villa Sentosa (Malay Living Museum (8.4 Km Dari Pantai Klebang)
  • Cheng Ho Cultural Museum (8.4 Km Dari Pantai Klebang)

Antara Tempat Makan Menarik Di Sekitar Pantai Klebang & Melaka

Ramai orang bercuti di Pantai Klebang pada hujung minggu atau musim cuti bukan semata-mata untuk melawat kawasan pantai ini sahaja, tapi ada juga yang menjadikan ‘jalan-jalan cari makan’ sebagai misi utama! Kenapa? Sebab di sini terletaknya banyak gerai-gerai yang best! Kalau tak cuba, memang rugi!

1. Klebang Original Coconut ShakesKlebang Original Coconut Shakes

Bukan biasa-biasa, Klebang Original Coconut Shakes yang terletak kurang 2 km dari Pantai Klebang ini terkenal sehinggalah ke Singapura! Minuman yang menggabungkan kelapa dan ais krim vanilla ini mempunyai keenakan yang ekstra tidak seperti di tempat lain yang pernah anda cuba.

Betapa viralnya coconut shake di sini, sampaikan anda terpaksa beratur kalau datang ketika musim cuti sekolah.

Selain coconut shake, gerai ini turut menjual pelbagai kuih-muih yang telah dihasilkan oleh penduduk setempat. Memang bestlah makan kuih tradisional sambil minum coconut shake yang creamy!

Alamat: Klebang Original Coconut Shakes, 5, 75200 Klebang, Melaka

2. Kuih Keria Antarabangsa Hj. Jalil

Kuih Keria Antarabangsa Hj. Jalil

Tak kisahlah bila pun anda datang, hari kerja atau hujung minggu, kedai Kuih Keria Antarabangsa Hj. Jalil akan sentiasa penuh dengan orang.

Oleh sebab itu, anda perlu datang seawal yang mungkin atau stok licin. Dah beli tu, terus je makan masa tengah panas, memang pergh! Selain kuih keria, anda juga boleh mencuba laksa Penang yang tak kurang enaknya.

Alamat: No 29, Jalan kristal merah, 2, Taman Limbongan Permai, 75200, Melaka

3. Putu Piring Generasi Ketiga

Putu Piring Generasi Ketiga

Banyak juga makanan yang mudah dijumpai di tempat lain tapi memiliki keunikan tersendiri di negeri Melaka. Salah satunya adalah kuih putu piring yang dijual di kedai Putu Piring Generasi Ketiga.

Tak kedekut gula merah, dan yang menariknya, ada bukan 1 tapi 3 jenis perisa putu piring yang berbeza iaitu original, coklat dan durian.

Dihidangkan di atas daun pisang, bau yang menerpa deria daripada putu piring yang dihidangkan cukup menaikkan selera.

Alamat: 3123C, Jalan Limbongan, Kampung Limbongan, 75250 Melaka

  • Restoran Pak Putra Tandoori & Nan
  • Restoran Asam Pedas Claypot
  • Barkat Roti John
  • Asam Pedas Jalan Tun Fatimah

Hotel Menarik Tidak Jauh Dari Pantai Klebang & Di Sekitar Melaka

Terdapat beberapa buah penginapan menarik dengan harga murah yang boleh menjadi pilihan sewaktu bercuti ke Pantai Klebang dan Melaka nanti. Untuk melihat lebih banyak pilihan penginapan, anda boleh semak tawaan terkini di booking.com.

The Wave Residence@Melaka Sea View

The Wave Residence@Melaka Sea View

The Wave Residence@Melaka Sea View adalah sebuah penginapan jenis kondominium yang lengkap dengan bilik-bilik yang selesa untuk penginapan bersama keluarga.

Kalau anda inginkan penginapan yang selesa seperti di rumah sendiri, tak perlu pandang di tempat lain lagi, The Wave Residence @ Melaka Sea View adalah salah satu pilihan yang terbaik. Cukup dengan segala kemudahan yang penting seperti dapur yang lengkap.

The Wave Residence@Melaka Sea View

Di samping itu, tempat meletak keretanya juga lengkap dengan kamera pengawasan dan di bawah kawalan pengawal. Anda sekeluarga tidak perlu risau tentang tahap keselamatan penginapan ini yang memang terbaik!

Kemudahan lain yang boleh anda gunakan sepanjang penginapan adalah kolam renang, pusat kecergasan dan banyak lagi.

Lokasinya, cukup strategik, terletak berdekatan dengan banyak tarikan di sekitar Melaka seperti Jonker Street yang hanyalah 2.6 km dari hotel, The Stadthuys dan Porta de Santiago pula kedua-duanya berjarak kurang 4 km dari penginapan.

Harga: Dari RM163+ Semalaman

Alamat: Jalan KLJ 5, 75200 , 75000 Melaka, Malaysia

Jarak Untuk Ke Pantai Klebang: 5.6 KM / 9 Minit

Muk by Victoria Home Melaka

Muk by Victoria Home Melaka

Siapa kata nak lihat seni bina yang menarik kena berjalan jauh dari hotel? Macam mana kalau hotel ini sendiri sudah memiliki rekabentuk yang sangat cun untuk instagram anda?

Kalau anda melihat bangunan hotel Muk by Victoria Home Melaka, macam tak sangka ianya bukanlah kedai kopi lama tapi sebenarnya sebuah penginapan dengan konsep moden di dalamnya.

Muk by Victoria Home Melaka

Biliknya dihias dengan minimal menggunakan warna-warna seperti hitam, putih dan coklat. Warna sebegini menjadikan atmosfera hotel terasa agak eksklusif dan dalam masa yang sama santai disebabkan tona kayu yang dapat dilihat pada lantai dan siling hotel ini.

Lokasinya, dikelilingi oleh pelbagai tarikan bersejarah di Melaka seperti Stadthuys yang hanyalah 2.6 km dari sini. Hotel ini juga terletak hanyalah 3.9 km dari Porta de Santiago dan 4.2 km dari Sam Po Kong. Untuk ke Pantai Klebang pula, hanyalah 12 minit pemanduan.

Harga: Dari RM85+ Semalaman

Alamat: Jalan Tengkera, Jalan Gajah No. 185, 212, 75200 Melaka, Malaysia

Jarak Untuk Ke Pantai Klebang: 6.4 KM / 12 Minit

Hotel Sentral Riverview Melaka

Hotel Sentral Riverview Melaka

Terletak di dalam bangunan berwarna putih dan merah, tidak sukar untuk menemui penginapan berwarna cerah ini yang berada di tengah bandaraya Melaka.

Sekiranya anda menginginkan penginapan yang betul-betul dikelilingi oleh tarikan-tarikan yang selalu dijadikan gambar poskad Melaka, menginaplah di Hotel Sentral Riverview Melaka.

Dari hotel ini, jaraknya dengan bangunan Stadthuys, Jonker Street dan A’ Famosa adalah kurang 2 km! Anda boleh berjalan kaki je dari hotel.

Hotel Sentral Riverview Melaka

Bercakap mengenai penginapannya pula, Hotel Sentral Riverview Melaka menawarkan bilik yang dihias dengan moden dan berlantaikan kayu.

Cukup selesa untuk untuk dijadikan pilihan penginapan bersama keluarga, tambahan lagi dengan saiz bilik yang agak luas. Sambil berehat di dalam bilik, anda boleh menggunakan kemudahan wifi yang disediakan secara percuma.

Harga: Dari RM54+ Semalaman

Alamat: 177, Jalan Tun Ali, Melaka Tengah, 75300 Melaka, Malaysia

Jarak Untuk Ke Pantai Klebang: 8.1 KM / 16 Minit

Bayview Hotel Melaka

Bayview Hotel Melaka

Hanyalah 5 minit pemanduan dari bandaraya Melaka, Bayview Hotel Melaka adalah antara penginapan yang terbaik di Melaka. Siapa sangka hotel yang kelihatan agak mewah ini menawarkan bilik dari harga serendah RM104+?

Bukan sahaja berlokasi stategik, hotel ini juga cukup sempurna dalam pelbagai lagi aspek lain seperti saiz bilik yang cukup luas untuk keselesaan penginapan bersama keluarga serta konsep hiasan dalamannya yang elegan dan klasik membuatkan sesiapa sahaja dapat merasakan aura santai sebaik menjejakkan kaki ke dalam bilik.

Bayview Hotel Melaka

Di samping itu, anda juga boleh menggunakan pelbagai lagi kemudahan lain yang disediakan seperti kolam renang, bilik karaoke, kemudahan sauna dan bilik steam. Dah penat makan angin? Gunakan semua kemudahan ni habis-habisan sementara bercuti ya?

Harga: Dari RM104+ Semalaman

Alamat: Jalan Bendahara, 75100 Melaka, Malaysia

Jarak Untuk Ke Pantai Klebang: 8.1 KM / 20 Minit

Terletak di dalam negeri yang kaya dengan sejarah tersendiri yang sentiasa sibuk dengan orang ramai yang datang dari segala pelusuk dunia, kewujudan tarikan alam semula jadi Pantai Klebang dapat menyelamatkan jiwa anda yang merindukan ketenangan semasa bercuti.

Di sinilah anda dapat menikmati bayu laut yang sentiasa bertiupan sambil menikmati pelbagai juadah yang enak. Anak-anak juga tidak kurang seronoknya dengan segala permainan yang ditawarkan di sekitar pantai. Macam-macam aktiviti yang boleh dirancang kalau ke Pantai Klebang.

*https://www.maisinggah.com


 

10 Pantai Di Melaka Yang Menarik Untuk Pencinta Pasir Putih & Bayu Laut

 

Kalau anda belum pernah menjejakkan kaki ke Melaka, apa kata kalau anda ke sini untuk percutian yang akan datang? Kedudukannya dari KL hanyalah 2 jam pemanduan. Negeri ini bukanlah sebuah negeri yang biasa-biasa, sungguh banyak tarikan yang ditawarkannya untuk memuaskan jiwa kembara anda sekeluarga dan untuk memberikan pengalaman percutian yang terhebat dalam hidup.

Bandaraya yang terkenal dengan peninggalan sejarahnya ini turut tidak ketinggalan dari segi pembangunan, pendek kata, tak kira muda atau tua, semua golongan dapat mencari tarikan yang sesuai dengan jiwa masing-masing.

Dalam masa yang sama, negeri ini turut kaya dengan tarikan yang ‘universal’ yang mampu menggoda sesiapa sahaja iaitu alam semula jadinya yang mendamaikan jiwa. Di manakah lokasi keindahan yang memukau ini? Teruskan membaca senarai 10 pantai di melaka yang menarik ini.

10. Pantai Klebang

Pantai Klebang

Lokasi Pantai Klebang ni adalah dalam sekitar 5 ke 6 km dari Bandar Hilir Melaka, dalam beberapa minit memandu dari bandar, anda dah boleh sampai ke pantai ni.

Sebelum menjejakkan kaki di atas pasir pantai ini, anda boleh singgah untuk beli coconut shake yang banyak dijual di sepanjang pantai, tapi dalam banyak-banyak coconut shake ni yang paling ‘viral’ adalah Coconut Shake Original Klebang yang hanyalah 2 km dari kawasan pantai.

Pantai Klebang ni, untuk pengetahuan anda, pernah terkenal dengan kewujudan sebuah penginapan unik yang dipanggil ‘bustel’ yang kini telah pun ditutup dan yang tinggal hanyalah bas-bas kosong sebagai bukti ianya pernah memeriahkan kawasan ini suatu ketika dahulu. Marilah kita berharap agar penginapan menarik ini akan kembali ditawarkan di masa hadapan.

Bercerita tentang aktiviti yang boleh dibuat di sini pula, kawasan pasir pantainya agak luas untuk anda berseronok bersama keluarga sambil bermain layang-layang. Anak-anak juga boleh bermain di taman permainan yang disediakan.

Tapi kalau anda nak buat lagi banyak aktiviti, anda boleh datang ke sini pada musim cuti atau hujung minggu, sebab aktiviti seperti ATV, kereta kuda, dan banyak lagi akan ditawarkan.

📍 Alamat
Alamat: Jalan Klebang Besar, Melaka 75200

9. Pantai Puteri Melaka

Pantai Puteri Melaka

antai Puteri ataupun nama klasiknya Pantai Kundor adalah salah sebuah pantai terkenal yang terdapat di Melaka.

Pantai yang terletak di antara Tanjung Keling dan Tangga Batu ini menawarkan pemandangan yang sungguh mendamaikan jiwa, anda dapat menikmati pemandangan matahari terbenam dan terbit dari pantai yang berkepanjangan 2.5 km ini sambil melihat pantulan cahayanya pada laut Selat Melaka.

Di samping menikmati pemandangan pantai, anda juga dapat melihat suasana harmoni para nelayan mencari rezeki. Jualan hasil lautnya pula boleh didapati di kawasan berdekatan, anda boleh membeli hasil seperti sotong, ikan dan ketam dalam harga yang sangat murah.

Selain itu, fasiliti yang disediakannya juga agak sempurna. Kemudahan yang disediakan untuk pelawat adalah seperti masjid, kedai-kedai makan, chalet, hotel dan tandas awam.

📍 Alamat
Alamat: Tanjung Kling, Central Melaka, Melaka

8. Pantai Pengkalan Balak

Pantai Pengkalan Balak

Terletak di sebuah pekan lama di Melaka, Pantai Pengkalan Balak adalah lokasi perkelahan yang cukup terkenal di negeri ini.

Kalau dah terkenal tu mestilah ada sebabnyakan? Salah satu puncanya adalah kerana kemeriahan kawasan di sekitar pantai ini dengan restoran dan juga kedai-kedai yang menjual banyak barangan lain seperti mainan dan pakaian.

Di samping itu, kawasan di sekitar pantai ini juga diperindahkan lagi dengan perkampungan nelayan yang unik pada pandangan mata warga kota. Kesemua kriteria istimewa ini menjadikan Pantai Pengkalan Balak agak penuh dengan pelancong pada musim cuti sekolah.

Mengenai tarikan yang terletak berdekatan dengan pantai ini pula, anda boleh melawat kawasan seperti  Pusat Konservasi dan Penetasan Penyu Karah di Pantai Kamunting dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi.

📍 Alamat
Alamat: Masjid Tanah, Melaka

7. Pantai Padang Kemunting

Pantai Padang Kemunting

Pantai Padang Kemunting ini juga tak kurang meriahnya dengan pantai yang lain. Kat sini anda boleh menemui banyak kedai-kedai makan yang sentiasa hidup dari pagi hinggalah waktu malam. Kalau terasa mengidam makanan laut, inilah salah satu lokasi yang boleh anda lawati untuk memuaskan keinginan tu.

Setelah puas menikmati masakan enak di mana-mana gerai yang terdapat di sini, anda boleh merehatkan badan dengan berkelah di tepi pantai, tapi, dinasihatkan untuk pergi ke kawasan yang sedikit jauh dari gerai-gerai ataupun di hujung pantai sekiranya anda ingin menikmati keindahan yang sebenar tanpa gangguan.

📍 Alamat
Alamat: Jalan Persisiran Pantai, Kampung Padang Kemunting 78300 Masjid Tanah, Masjid Tanah, Melaka 78300

6. Pulau Besar

Pulau Besar

Untuk menuju ke pulau ini ada dua cara, pertama, anda boleh menaiki feri dari Jeti Anjung Batu, ataupun yang kedua, anda boleh memilih untuk menaiki bot laju yang terdapat di Jeti Umbai. Sekiranya anda memilih bot laju, perjalanan anda untuk ke pulau ini adalah bergantung kepada pasang dan surut air laut.

Pulau Besar ini sebenarnya adalah sebuah pulau yang agak berbeza daripada pulau yang lain. Ia bukanlah sebuah pulau biasa yang padat dengan pelancong sepertimana yang terdapat di perairan Thailand atau Johor, sebab pulau ini menyimpan 1001 misteri yang tersendiri. Rasa excited nak tahu?

Mengikut cerita, Pulau Besar ini dahulunya merupakan tempat pendaratan sekumpulan ahli agama yang mana salah seorang daripadanya adalah Sheikh Ismail Abdul Qadir yang berketurunan Rasulullah s.a.w. daripada nasab keturunan Saidina Hassan.

Dekat pulau inilah mulanya perkembangan ilmu agama Islam. Nak tahu lagi detail tentang pulau ini? Anda boleh google. Semakin banyak anda cari, makin menarik kisahnya.

Bagi anda yang ingin ke sini, antara tarikan yang boleh dilawati adalah Gua Yunus, Kubur Tok Putih & Tok Janggut, Muzium Pulau Besar dan banyak lagi. Cumanya, dinasihatkan sekiranya ingin ke sini, anda perlu menjaga tatatertib sebagai muslim dan datang dengan niat yang baik.

📍 Alamat
Alamat: Pulau Besar, Melaka

5. Pulau Upeh

Pulau UpehPulau Upeh adalah sebuah pulau yang terletak dekat dengan Pantai Klebang. Pulau yang berkeluasan 2.6 hektar ini memiliki kisah yang sangat penting berkait dengan sejarah negeri Melaka.

Mesti anda pernah dengar tentang Kota A Famosa kan? Kalau anda nak tahu, di sinilah asalnya batuan yang digunakan untuk membina Kota A Famosa diambil.

Batu untuk membina A Famosa ini bukanlah batu yang biasa, tapi adalah batu jenis laterit yang dikatakan sangat kukuh, ini dibuktikan dengan kewujudan peninggalan kota ini walaupun telah berdekad-dekad berlalu. Sekiranya anda ke sini, anda dapat melihat banyak kesan-kesan batu yang telah dipahat.

4. Pantai Teluk Gong

Pantai Teluk GongPantai Teluk Gong ini adalah sebuah keindahan alam semula jadi yang terletak dekat dengan Pelabuhan Klang, Selangor.

Walaupun terletak tidak jauh daripada lokasi yang sibuk dengan aktiviti perdagangannya, kawasan di sekitar Pantai Teluk Gong ini tetap damai, penuh dengan perkampungan-perkampungan tradisional seperti Teluk Gong sendiri, Kampung Baru Batu Lima, Teluk Panglima Garang dan perkampungan Sijangkang.

Seperti namanya, Pantai Teluk Gong, kawasan perkampungan yang terdekat adalah Teluk Gong yang juga merupakan sebuah perkampungan nelayan. Di sini, anda dapat merehatkan fikiran dengan memerhatikan kehidupan penuh harmoni penduduk yang sibuk dengan aktiviti menangkap ikan menggunakan jaring.

Bagi anda yang duduk tidak jauh dari Klang, jangan lupa untuk singgah ke pantai indah ini untuk melegakan fikiran.

📍 Alamat
Alamat: Pantai Teluk Gong, Melaka

3. Tanjung Kling

Tanjung KlingTerletak hanyalah dalam 20 minit daripada pusat bandar Melaka, Tanjung Kling adalah sebuah destinasi di Melaka yang sangat terkenal dalam kalangan pelancong.

Walau bagaimana pun, sekiranya anda ingin menikmati suasana sebenar keindahan di Tanjung Kling, satu-satunya penginapan yang menawarkan ‘spot’ yang terbaik untuk anda merasakan kenyamanan kawasan ini adalah di Everly Resort Hotel. Hotel ini memiliki sebahagian daripada pantai ini sebagai pantai peribadinya.

Selain pantai indah yang dapat dinikmati dengan penuh privasi daripada hotel ini, anda juga dapat merancang pelbagai aktiviti menarik seperti menaiki banana-boat, menyelam skuba, berkayak, island hopping dan sebagainya.

Tanjung Kling adalah pantai yang sangat popular di Melaka dan anda bolehlah cuba makan di gerai tepi laut yang menyediakan hidangan pure Melaka seperti Masak Gerang Asam Daging Tetel, Asam Pedas Melaka yang sememangnya menjilat jari. Untuk menghilangkan dahaga pula, anda bolehlah memesan ABC yang ternyata kesedapannya.

📍 Alamat
Alamat: Tanjung Kling, Melaka

2. Pantai Sungai Tuang

Pantai Sungai TuangPantai Sungai Tuang adalah sebagaimana pantai yang lain, menawarkan keindahan pemandangan yang terbentang luas di hadapan mata. Namun yang menambahkan lagi seri pantai ini adalah kawasan pesisirnya  yang ditumbuhi dengan pokok-pokok yang berbunga. Anda dapat melihat seluas saujana mata memandang betapa indahnya lautan kita yang ada ini.

Untuk pengetahuan anda, pihak berkuasa turut membina konkrit di sekitar pantai ini untuk mengurangkan hakisan daripada air laut.

📍 Alamat
Alamat: Pantai Sungai Tuang, Masjid Tanah, Melaka

1. Pantai Tanjung Bidara

Pantai Tanjung Bidara

Tempat beriradah dan bermandi manda yang paling popular di Melaka adalah Pantai Tanjung Bidara.Pantai Tanjung Bidara adalah sebuah pantai indah yang terletak hanyalah 2 km dari Kem Terendak dan 10 km dari bandar Masjid Tanah. Pantai yang landai berpasir putih ini merupakan destinasi yang sesuai untuk anda sekeluarga berseronok menikmati waktu cuti untuk berkelah sambil menikmati angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa dan pemandangan yang memukau jiwa.

Pantai ini juga sesuai untuk anda jadikan sebagai lokasi bermandi-manda bagi menyegarkan badan setelah puas meneroka kawasan sekitar.

Anda juga tak perlu terlalu risau untuk membawa anak berseronok dengan air pantai di sini kerana Menara Kawalan Pantai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terdapat di tepi pantai dan bersedia membantu sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Kemudahan lain yang terdapat di sini adalah padang permainan kanak-kanak, kedai makan, surau, tandas awam dan bilik mandi. Semuanya lengkap tersedia.

📍 Alamat
Alamat: Pantai Tanjung Bidara, Terendak, 78300 Masjid Tanah, Malaka

Inilah antaranya tarikan alam semula jadi yang ditawarkan di sekitar Melaka. Walaupun bilangannya agak kecil, keindahan destinasi-destinasi ini tidak kurang hebatnya dengan tarikan pantai dan pulau indah di negeri yang lain.

Tambahan pula, sejarah penting yang menyentuh sebahagian daripada kawasan tarikan ini, membuatkan pantai dan pulau yang ada di Melaka ini memiliki daya tarikannya yang tersendiri.

*https://www.maisinggah.com