Vip Malaysia - Dondang Sayang

vip-malaysia.com-logo

What is Dondang Sayang

Dondang Sayang

Dondang Sayang literally love ballad, originated in Malacca sometime in the 15th century, influenced by traditional Portuguese folk music. A typical group is made up of 4 musicians who perform on the violin, 2 rebana and a gong or tetawak. The chief musician is usually the violinist who plays a primary role in dondang sayang, providing a counter melody to the vocal melody.

Musicians may switch instruments in between performances, but the violinist seldom does, although this is permitted. If there are musicians to spare, up to 5 rebana may be used. Sometimes, the rebana may be substituted by the tambour and barrel drum or even the kompang.

The music is slow, and a song usually consists of 32 bars, beginning with a violin introduction, with the rebana and then the gong entering, and the voice finally entering in bar 5. Its style is somewhat informal and its lyrics usually consist of love poems. (Ahmad Usop 1984). The musical instruments may also be augmented with an accordion (Shafiee Ahmad 1992).

It is a traditional Malay form of entertainment where Baba and Nyonya singers exchange extemporaneous Malay Pantun (poetry), in a lighthearted and sometimes humorous style.

The singers are normally accompanied by a violin, two Malay rebana (drums), and a tetawak (gong). These instruments are often supplemented by other available instruments, most notably, accordions, flutes, or an additional violin.

It is also associated with the Ronggeng dance.

*from: wikipedia.org


 

Few heirs for Dondang Sayang

Few heirs for Dondang Sayang

MELAKA: Boon Kim Geok’s face always lights up whenever he talks about Dondang Sayang.

For more than 50 years, he has devoted himself to the art form that originated in Melaka way back in the 15th century.

Now aged 84, Boon – who is a Peranakan – may not be able to perform Dondang Sayang with the same vigour as when he was younger.

Nevertheless, his speech is still eloquent and his conversations are often interspersed with poetic verses that he strings together spontaneously.

When asked about his hopes for the perpetuation of the Malay heritage that he is so passionate about, he responded with a four-line stanza where he urged the younger generation to learn the art of Dondang Sayang earnestly.

Fondly addressed as Baba Boon by his friends, the octogenarian expressed his desire to see more youths performing Dondang Sayang as he did not want the art to disappear with the passage of time.

And he is only too willing to train anyone who is genuinely keen to revive the art and have what it takes to preserve it for future generations.

“It’s so hard to find young people who want to keep Dondang Sayang alive,” Boon lamented when interviewed at his house in Lorong Pandan here.

“The problem with the young generation is that they lack patience.

“It’s quite normal for those who come to learn Dondang Sayang to give up halfway,” he said.

Dondang Sayang is an art that has its own subtlety and mastering it requires a great deal of patience and conscientiousness, he explain­ed.

Dondang Sayang, literally meaning love ballad, combines elements of music, singing and chanting, featuring melodious strains of poetry.

Having existed since the Melaka Sultanate era and traditionally performed by the Malay, Baba Nyonya, Chitty and Portuguese communities, the songs usually convey feelings of love as well as advice, and are often laced with humour.

On Nov 29 last year, Dondang Sayang gained Unesco recognition when it was included in the Unesco’s Represen­tative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity.

Another Dondang Sayang proponent Alimah Daud, 69, also lamented today’s youths’ lack of patience to learn the art.

She said government agencies and the private sector should also be involved in efforts to popularise the art among the young generation.

Alimah, who has 30 years of experience performing Dondang Sayang, said youngsters enjoy watching Dondang Sayang performances and were especially entertained by the rendition of humourous verses and repartee but, unfortunately, not many shows were being staged these days.

“Due to the economic slowdown, not many functions are being held now.

“Previously, we would always get invitations to perform at dinners, wedding functions, breaking of fast events, opening ceremonies and government functions,” she said.

According to Alimah, the government has through various agencies such as the Art Institute of Malaysia Melaka already embarked on efforts to produce fresh talent for Dondang Sayang performances.

“Besides the government, private companies and NGOs should also organise programmes to expose the young generation, including schoolchildren, to Dondang Sayang as a corporate social responsibility initiative,” she said.

And typical of Dondang Sayang artists who have the ability to create appropriate verses at the drop of a hat, Alimah recited a four-liner in which she pointed out that one cannot claim to be from Melaka if he or she was not aware of Dondang Sayang.

Melaka Chief Minister Adly Zahari said the state was implementing initiatives and organising programmes from time to time to ensure the Dondang Sayang legacy was preserved for generations to come.

“We need to create a new generation of heirs for Dondang Sayang,” he said, adding that they would be given the space to develop their talent.

“It is insufficient to just teach them the art.

“What we need to do is unearth new talent who can be moulded to become the true heirs of the Dondang Sayang heritage.

“We have to preserve this heritage as it is part of the attractions that contribute to the state tourism industry,” he said.

*source: thestar.com.my/


 

Dondang Sayang terima pengiktirafan UNESCO

Dondang Sayang terima pengiktirafan UNESCO

Seni dan warisan yang sinonim dengan negeri Melaka, Dondang Sayang kini diiktiraf UNESCO. - YouTube

KUALA LUMPUR: Seni dan warisan yang sinonim dengan negeri Melaka, Dondang Sayang kini diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, pengiktirafan bertaraf dunia untuk khazanah negara itu adalah bagi kategori warisan kebudayaan tidak ketara (intangible cultural heritage).

"Pengiktirafan sebegini amat dingini oleh negara anggota kerana memberi kelebihan dari segi perlindungan, promosi dan peluang mengetengahkan identiti negara masing-masing.

"Ini juga dapat meningkatkan visibiliti satu-satu negara di peringkat antarabangsa yang secara tidak langsung menarik potensi kedatangan pelancong yang ingin melihat persembahan ini dengan lebih dekat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Isnin.

Kemasukan Dondang Sayang dalam senarai UNESCO itu diputuskan di Mauritius pada 29 Nov lalu.

Beliau berkata pengiktirafan itu dibuat di bawah 'Convention for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage 2003' yang telah diratifikasi oleh Malaysia.

Mohamaddin berkata kali terakhir Malaysia menerima pengiktirafan seumpama itu ialah untuk 'Mak Yong' pada 2005.

Dalam pada itu, beliau berkata Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab bersara wajib semalam setelah berkhidmat selama 36 tahun.

Tempatnya diganti Pengarah Kanan (Bahagian Promosi Antarabangsa Asia dan Afrika) Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof. -- Bernama


Dondang Sayang

Dondang Sayang

Dondang Sayang is a traditional Malay art still practised in Melaka by four communities: the Malay, Baba Nyonya, Chitty and Portuguese communities. The practice combines elements of music (violins, gongs and tambourines or the tambour), songs and chants, and features beautiful melodious strains of poetry.

dondang-sayang-unesco-2

Based on tradition, Dondang Sayang performances are accompanied by music and sung by two singers of the opposite sex, who sing in quatrains. Typically, Dondang Sayang singers are individuals who are highly competent and skilled in poetry recitation.

*source: unesco.org.my


Memelihara seni dondang sayang

dondang sayang

MELAKA 27 Mei - Dondang sayang merupakan sejenis persembahan balada cinta Melayu tradisio­nal yang mana para penyanyinya bertukar-tukar pantun tanpa persediaan dalam gaya yang riang dan adakalanya menimbulkan suasana lucu.

Kebolehan berpantun bukan sa­haja dimiliki oleh orang Melayu tetapi masyarakat Baba Nyonya, Portugis dan Chitti.

Senario ini jelas dapat dilihat di negeri Melaka, apabila kaum-kaum lain boleh meyanyikan dondang sayang dengan baik sekali.

Dondang Sayang juga dikenali dengan nama Dendang Sayang oleh orang Melaka dan ia membawa dua pengertian iaitu apabila di­sebut ‘berdendang’ bermakna ‘ber­nyanyi’ untuk bersuka-suka atau menghiburkan hati.

Apabila disebut ‘sayang’ ia akan mebawa erti ‘kasih’ iaitu melakukan gerak-laku yang lembut dan penuh mesra.

Melalui dua pengertian tersebut maka bolehlah didefinisikan Dondang Sayang atau Dendang Sa­yang itu lagu ‘Kasih’ atau nyanyian ‘Kasih’.

Dondang sayang wujud di Me­laka sejak kurun ke-16 dan ia dipercayai dipengaruhi muzik tradisio­nal masyarakat Portugis.

Pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah, nyanyian itu dipersembahkan untuk menghi­bur­kan tetamu dan pedagang yang singgah di Melaka.

Namun begitu, seni persembahan tersebar keluar dari lingkungan istana setelah kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka.

Pada masa itu, nyanyian dondang sayang masih merupakan puji-pujian tentang kebesaran Kerajaan Melayu Melaka dan kesedihan kerana kejatuhannya.

Ia kemudian dikembangkan oleh pembesar yang meminati seni ini lalu tersebar pula kepada rakyat jelata.

Terdapat satu perkara yang menarik, iaitu dondang sayang bukan sahaja terdapat di Malaysia malah ia juga dikenali di Singapura dan Indonesia terutama Sumatera.

Namun begitu, terdapat perbezaan yang jelas terutama dari segi lenggok dan loghat nyanyiannya.

Apabila lagu dondang sayang semakin diminati ramai, lagu ini didendangkan dengan iringan rebab, rebana dan tetawak dan kemudian menjadi kegemaran keturunan Ba­ba Melaka.

Manakala di kepulauan Riau, don­dang sayang sering dijadikan persembahan pembukaan sebelum sesuatu acara atau majlis diadakan.

Kini, persembahan dondang sa­yang diiringi alat muzik seperti biola, rebana, gong atau tetawak, gendang dan akordion.

Kebiasaannya persembahan don­dang sayang akan diiringi oleh seseorang pemain biola, rebana, tetawak dan dua orang pemain gendang.

Alat muzik ini merupakan gabungan simbolik yang mencerna satu sejarah kegemilangan negeri Melaka pada masa dahulu.

Era 1950-an adalah zaman peralihan bagi dondang sayang apabila seni persembahan ini semakin diminati ramai.

Dondang sayang mula mendapat tempat yang lebih meluas apabila ia disiarkan menerusi radio, sejak tertubuhnya Jabatan Penyiaran yang dikenali sebagai Radio Malaya ketika itu.

Ramai penyanyi dan pemantun dondang sayang dilahirkan dari pentas bangsawan, antaranya S. M Salim (Tan Sri) dan Normah Salim.

Penghujung era tahun 1950-an, dondang sayang maju setapak lagi apabila mula dipertandingkan di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) sempena majlis sambutan tertentu seperti perayaan hari ulang tahun kemerdekaan negara.

Kini dondang sayang antara seni persembahan yang amat diminati oleh orang ramai.

Popularitinya merentasi gene­rasi terutamanya di negeri Melaka kerana semua peringkat usia mengemari irama dondang sayang ini.

Malah dondang sayang turut dilestarikan oleh beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Warisan Negara dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara serta disokong oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergerak secara bersendirian.

*source: utusan.com.my


'Kalau tak tahu Dondang Sayang, jangan mengaku orang Melaka'

Dondang Sayang

Kudrat Boon Kim Geok mungkin agak terbatas berikutan tubuhnya yang semakin dimamah usia, namun tutur katanya tetap indah dan diselang-seli dengan pantun yang diolah spontan.

Wajah lelaki berusia 84 tahun itu sentiasa ceria apabila bercakap mengenai warisan yang dicintainya iaitu Dondang Sayang.

Bagi menjawab soalan penulis mengenai harapan dan nasihat penggiat Dondang Sayang berketurunan peranakan Baba-Nyonya itu terhadap generasi muda masa kini mengenai masa depan seni berkenaan, beliau berpantun:

“Hati senang memetik nangka,

Pergi memetik jangan ditangguh,

Nasihat saya untuk orang muda,

Belajar Dondang Sayang bersungguh-sungguh”

Mesra dengan panggilan Baba Boon, beliau meluahkan keinginannya untuk melihat lebih ramai anak muda bergiat dalam Dondang Sayang kerana bimbang seni itu akan hilang ditelan zaman.

Beliau tidak keberatan untuk melatih sesiapa sahaja yang benar-benar mahu menjadi pelapis yang seterusnya akan mampu menghidupkan, mempertahankan serta berusaha demi kesinambungan seni warisan itu di masa depan.

Ikut darah muda Dondang Sayang

Baba Boon yang lebih 50 tahun mengabdikan diri dalam warisan turun-temurun masyarakat negeri ini memberitahu bahawa sukar mencari pelapis muda untuk meneruskan seni Dondang Sayang.

“Generasi sekarang terlalu ikut darah muda, mereka kurang sabar. Mereka yang ingin menuntut ilmu menjadi pelapis penggiat Dondang Sayang mudah meninggalkan pembelajaran seni warisan itu separuh jalan,” katanya yang ditemui di rumahnya di Lorong Pandan, kira-kira 7 kilometer dari Melaka.

Penggiat Dondang Sayang itu menjelaskan bahawa Dondang Sayang adalah sebuah seni yang mempunyai kehalusan tersendiri, justeru memerlukan kesabaran serta penelitian tinggi untuk dikuasai.

Sambil berbual, beliau menyelitkan serangkap pantun:

“Si kaduk panjat pokok pisang,

Jumpa kuda terus melompat,

Jika umur masih panjang,

Belajar sungguh sampai dapat.”

Dondang Sayang dipercayai wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, dan merupakan seni persembahan yang mengandungi unsur muzik dan nyanyian tradisional Melayu yang sangat menghiburkan, ada kalanya agak melucukan.

Dinyanyikan dalam bentuk berbalas pantun yang spontan, Dondang Sayang di sampaikan secara santai oleh penyanyi-penyanyinya. Alat-alat muzik Dondang Sayang terdiri daripada biola, akordian, gong kecil, gendang, kompang dan rebana.

Pada 29 Nov tahun lalu, Dondang Sayang mendapat pengiktirafan dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai ‘Representative List of The Intangible Cultural Heritage of Humanity.’

Dengar dan hayati Dondang Sayang

Sementara itu, seorang lagi penggiat Dondang Sayang Alimah Daud, 69, memberitahu bahawa ada usaha melahirkan pelapis penggiat Dondang Sayang, namun pada masa sama mengakui kata-kata Baba Boon bahawa anak muda perlu sabar dalam mempelajari warisan itu.

“Generasi muda mesti ambil tahu dan peka pasal seni budaya ini. Masa kita buat persembahan mereka mesti dengar betul-betul dan hayati pantun spontan yang dijual dan dijawab,” katanya ketika ditemui Bernama di kediaman beliau di Bachang, kira-kira 5 kilometer dari Melaka.

Beliau yang bergiat dalam Dondang Sayang sejak hampir 30 tahun lalu berharap semua pihak termasuk agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat swasta turut terlibat dalam usaha melahirkan pelapis dan mempopularkan seni itu dalam kalangan generasi muda.

Beliau berkata golongan muda sememangnya berminat untuk menyaksikan Dondang Sayang terutama persembahan pantun lucu yang menghiburkan, namun kini tidak banyak persembahan Dondang Sayang yang dapat mereka tonton.

Jemputan berkurangan Dondang Sayang

“Ini kerana, jemputan semakin berkurangan kerana dalam keadaan ekonomi semasa, tidak banyak pihak yang menganjurkan majlis-majlis sedangkan sebelum ini kami selalu dijemput untuk membuat persembahan di majlis makan malam, kenduri kahwin, berbuka puasa, pembukaan perniagaan dan majlis rasmi kerajaan.

“Keadaan itu memberi kesan kepada jemputan untuk persembahan Dondang Sayang,” tambah beliau.

Alimah berkata, persembahan seumpama itu secara tidak langsung mendedahkan Dondang Sayang kepada golongan muda, jadi bila persembahan pada majlis seumpama itu semakin berkurangan sebahagian besar usaha pendedahan turut terkesan.

Kata beliau kerajaan melalui pelbagai agensi seperti Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) telah mengorak langkah melahirkan bakat Dondang Sayang.

“Usaha melahirkan bakat Dondang Sayang tidak sepatutnya diletakkan di tangan kerajaan semata-mata. Kita harap ada syarikat swasta atau mana-mana agensi atau badan-badan bukan kerajaan (NGO), anjurkan program tanggungjawab sosial korporat mengenai pendedahan Dondang Sayang kepada generasi muda terutama pelajar sekolah dan lahirkan bakat baharu Dondang Sayang," katanya lalu menambah dengan pantun:

“Bunga gaharu di tepi padang,

Gugur ditimpa si pohon nangka,

Kalau tak tahu Dondang Sayang,

Jangan mengaku orang Melaka.”

Malu untuk belajar Dondang Sayang

Seorang lagi penggiat warisan, Sundaram Palani Padiachi, 62, berketurunan Chetti berkata Dondang Sayang adalah milik semua rakyat Malaysia, bukanlah warisan yang dimiliki oleh satu bangsa sahaja.

Beliau yang terlibat dalam seni itu sejak zaman remajanya menegaskan, menjadi tanggungjawab generasi muda negara ini, tanpa mengira bangsa untuk mempertahan warisan itu.

“Bagaimanapun berdasarkan pengalaman, terdapat perasaan malu dalam kalangan anak muda untuk berbuat demikian.

"Kita memang ajak anak muda untuk berjinak-jinak dalam Dondang Sayang, bermula dengan bermain alat muzik kerana daripada pengalaman, ramai anak muda minat bermain muzik, tetapi bila kata main muzik tradisional, mereka rasa malu dengan kawan-kawan,” katanya.

Bagi menarik lebih ramai generasi muda menyertai Dondang Sayang, beliau bersama penggiat warisan kampungnya iaitu Kampung Melaka Chetti , kira-kira 5 km dari Melaka, akan berusaha menghidupkan kembali seni persembahan warisan itu khususnya di perkampungan itu dan mengikis perasaan malu kalangan anak muda.

Selain itu pihaknya juga merancang untuk mengadakan bengkel bagi memastikan orang ramai terutama anak muda memahami dengan lebih teliti seni warisan Dondang Sayang itu.

Cungkil bakat muda Dondang Sayang

Suara penggiat Dondang Sayang yang sangat mahukan lebih ramai anak muda mewarisi legasi warisan itu didengari sendiri oleh Ketua Menteri Melaka Adly Zahari yang nekad mahu melahirkan generasi pewaris Dondang Sayang menerusi pelbagai program kerajaan negeri serta jabatan dan agensi berkaitan.

Menurut beliau, usaha melatih pewaris Dondang Sayang bukan sekadar memberi pendidikan mengenai sejarah, muzik dan nyanyian Dondang Sayang kepada generasi muda semata-mata, malah usaha mencungkil dan mengetengahkan bakat baharu Dondang Sayang perlu dilakukan dengan berkesan.

“Kita mahu warisan ini dipelihara turun-temurun, sebab itulah banyak inisiatif baharu dan penganjuran program berkaitan Dondang Sayang diperkenalkan dari masa ke masa. Bimbingan dan tunjuk ajar sahaja tidak mencukupi, bakat perlu dicungkil dan diketengahkan supaya boleh dibentuk menjadi pewaris sebenar.

"Kita akan beri ruang kepada mereka untuk kembangkan bakat, gabungkan bakat dan persembahan mereka, kalau kita buka ruang ini bakat baharu akan dapat dicungkil dan pada masa sama dapat mempertahan warisan serta menyumbang kepada industri pelancongan negeri,” katanya dalam satu temu bual dengan Bernama baru-baru ini.

Penulis rasakan Pantun Dondang Sayang berikut sesuai untuk menegaskan peri pentingnya usaha menjaga warisan seni itu supaya generasi akan datang dapat mengenali dan mencintai warisan nenek moyang mereka.

“Dara berbedak menyikat rambut,

Sambil memakai emas bersaga,

Kalau tak hendak intan tercabut,

Kenalah pandai tuan menjaga."

- Bernama

Disunting oleh Sarimah Othman

*source:malaysiakini.com