Kota Mahsuri | Makam Mahsuri Tomb Langkawi

48 Best Makam Mahsuri Tomb | Sejarah Kota Mahsuri Langkawi

Get the information about Makam Mahsuri Tomb | Sejarah Kota Mahsuri Langkawi from various sources

Kota Mahsuri Langkawi

kota mahsuri
Kota Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah
kota mahsuri
mplbp.gov.my
Kota Mahsuri Langkawi

Kota Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka.

Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat. Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri.

 

Perigi Mahsuri

Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.

Mahsuri Tomb Langkawi

makam mahsuri
The story begins with the beautiful Mahsuri, a maiden (or princess by some accounts) born over 200 years ago, who married the love of her life during a time of conflict with the Siamese.
makam mahsuri
langkawi-info.com
attractions/mahsuri-tomb.htm

Mahsuri’s Tomb or Makam Mahsuri is the crypt of the legendary Princess Mahsuri. Located in the village of Mawat, 12km from Kuah, it is also known as Makam Mahsuri. Most of the island’s natural attractions have fables attached in true Malay style and Mahsuri’s Tomb is probably its most famous legend.

The story begins with the beautiful Mahsuri, a maiden (or princess by some accounts) born over 200 years ago, who married the love of her life during a time of conflict with the Siamese. Her husband went off to fight in the war and her mother-in-law, jealous of her beauty, vengefully accused Mahsuri of adultery.

A Curse

Mahsuri – A Curse: Mahsuri protested her innocence but the village elders tried the young girl, found her guilty and sentenced her to death by stabbing. She was tied to a stake but when she was pierced with the ceremonial dagger she bled white blood, a sign of her innocence. With her dying breath, Mahsuri cursed the island with seven generations of bad luck. Later the Siamese conquered Kedah and invaded the island – the inhabitants of Langkawi set fire to their staple crop and poisoned their wells in order to halt the advance of the invaders. Legend has it to this day traces of burnt rice can be seen in nearby Padang Matsirat (The Field of Burnt Rice) especially after torrential downpours.

Tropical Success

The legend of Mahsuri supposedly accounts for Langkawi’s relatively ‘newfound’ success and judging by its increasing prosperity, the island has survived the curse. Mahsuri’s Tomb (the site where Mahsuri died) was converted into a historical site: it includes Mahsuri’s shrine, a fenced-in white slab of marble that stands alone in a shady garden.

Besides that, there is a reconstruction of a traditional Malay house, a theatre and a ‘diorama museum’ which houses some of Mahsuri’s jewellery and the weapon that killed her. There are also a few food outlets at Mahsuri’s Tomb and a well that is said to bless those who dip their hands into it with beauty.

A signpost about 10km from town directs you to Makam Mahsuri. About 17km from Langkawi International Airport, Makam Mahsuri can be reached in less than 20 minutes; heading east. The complex is accessible via the Padang Matsirat Road.

Once you pass the Tok Senik Resort on your left, there will the junction to Makam Mahsuri Road – turn right and follow the road and you’ll easily be able to find the mausoleum. There are signposts in English and Malay to guide you.

Sumpahan Mahsuri Menjadi Misteri

mahsuri tomb
Dalam bait sumpahan itu, dinyatakan bahawa disebabkan kezaliman terhadap dirinya, maka Mahsuri berdoa supaya Allah SWT menjadikan Langkawi tidak aman dan makmur bagai `padang jarak padang tekukur' selama tujuh keturunan.
bharian.com.my
node/56766

Makam Mahsuri Tomb | Sejarah Kota Mahsuri Langkawi : APABILA mahsuri difitnah bermukah dengan seorang lelaki, seterusnya diseksa seperti diceritakan dalam legenda terkenal Langkawi, wanita itu melafazkan kalimah yang akhirnya dikenali sebagai `Sumpahan Mahsuri’ sehingga kini.

Makam Mahsuri Tomb | Sejarah Kota Mahsuri Langkawi : Dalam bait sumpahan itu, dinyatakan bahawa disebabkan kezaliman terhadap dirinya, maka Mahsuri berdoa supaya Allah SWT menjadikan Langkawi tidak aman dan makmur bagai `padang jarak padang tekukur’ selama tujuh keturunan.

Kisah sumpahan dipercayai berlaku penghujung abad ke-19 itu amat terkenal di negara ini, malah dijadikan filem dan diceritakan pula kepada generasi baru untuk diwarisi sebagai warisan sastera dan budaya masyarakat.Akan tetapi, pasti terdetik dalam kalangan segelintir penduduk akan kesahihan cerita berkenaan. Adakah sumpahan itu benar-benar berlaku?

Makam Mahsuri Tomb | Sejarah Kota Mahsuri Langkawi : Bagi anak jati Langkawi yang juga pengkaji sejarah Mahsuri, Saidin Mat Isa, 63, beliau yakin sumpahan Mahsuri benar-benar berlaku.

“Suatu ketika duhulu, suku daripada kawasan darat Langkawi memang seperti gurun atau padang jarak padang tekukur. Kawasan itu tak banyak pokok dan tiada rumput tumbuh, sebaliknya dipenuhi pasir putih.

“Hanya selepas 1960-an baru pasir putih semakin hilang dan rumput mula tumbuh. Mungkin sebab sumpahan sudah tamat,” katanya yang menetap di Kampung Nyior Chabang.

Katanya, Langkawi membangun sekitar 1970-an dan ketika beliau kecil iaitu kira-kira 60 tahun lalu, pulau itu amat mundur bagaikan pedalaman terpencil.

Minat menyebabkan Saidin mengkaji sejarah Mahsuri sejak remaja dengan mendapatkan maklumat daripada cerita penduduk lama selain meninjau lokasi bersejarah di pulau itu. Malah, keluarga beliau turut memiliki hubungan `bau-bau bacang’ dengan keturunan Mahsuri.

Beliau bagaimanapun berkata, terdapat maklumat dikumpulnya berbeza dengan versi kisah Mahsuri seperti diketahui umum.

Antaranya, Saidin mendakwa sumpahan Mahsuri sebenarnya tamat lebih awal iaitu sebelum negara merdeka dan Wan Aishah yang diuar-uarkan sebagai keturunan ketujuh Mahsuri sebenarnya keturunan kesembilan.

Makam Mahsuri Tomb | Sejarah Kota Mahsuri Langkawi : Berdasarkan kisah diceritakan kepadanya, Saidin berkata bapa Mahsuri bernama Pandak dan berasal dari Indonesia, manakala ibunya seorang Cina bernama Mak Yah.

Dari Indonesia, Pandak dan Mak Yah berhijrah ke Tongka di selatan Thailand seterusnya ke Langkapuri (nama lama Langkawi).

Katanya, ketika di Langkawi, Pandak dan isterinya membela budak lelaki berusia 12 tahun untuk membantu mengusahakan tanaman padi huma dan jagung.

“Ketika budak lelaki ini mengusahakan tanaman, gagak kerap memakan hasil tanaman. Kemudian datang seorang tua yang mungkin wali Allah menyuruh budak itu melontar serampak ke arah burung terbabit.

“Selepas terkena lontaran, gagak itu berubah menjadi emas. Sejak itu, Pandak menjadi senang,” katanya.

Ceritanya lagi, ketika Mak Yah mengandungkan Mahsuri, Pandak dikatakan membunuh budak lelaki terbabit dipercayai untuk mengelakkan orang ramai mengetahui bagaimana dia menjadi kaya.

Selepas membunuh budak lelaki itu, Pandak pulang ke rumahnya dan mendapati isterinya tertidur. Akan tetapi, dia mendengar suara dari perut isterinya.

Suara yang dipercayai daripada anak dalam kandungan Mak Yah memberitahu bahawa suatu masa nanti, dia akan difitnah dan dibunuh sebagai balasan `hutang darah dibayar darah’ lantaran Pandak membunuh budak lelaki terbabit.

Tidak lama kemudian, Mahsuri dilahirkan pada malam lailatulqadar.

Keesokannya, keluarga berkenaan mendapati ada sebilah tombak di sisi bayi mereka. Pandak bermimpi bertemu seseorang yang memintanya menyimpan tombak berkenaan dengan baik.

Mahsuri kemudian membesar sebagai gadis cantik dan dikahwinkan dengan Wan Darus sehingga memperoleh seorang anak perempuan.

Ketika itu, Menteri Besar Langkasuka (nama lama Kedah) iaitu Datuk Pekermajaya melawat Langkawi dan terpikat dengan Mahsuri.

Datuk Pekermajaya mengarahkan Wan Darus keluar memerangi lanun di perairan Kedah supaya dia dapat menggoda Mahsuri. Bagaimanapun Mahsuri enggan melayan niat jahat itu.

Datuk Pekermajaya kemudian memasang perangkap. Beliau meminta hulubalangnya memberitahu Deramang iaitu sepupu Mahsuri yang datang dari Indonesia supaya ke rumah wanita itu kononnya selepas diminta Mahsuri.

Apabila Deramang ke rumah Mahsuri, mereka dikepung penduduk kampung selepas difitnah mengadakan hubungan sulit.

Deramang melarikan diri tetapi berjaya ditangkap dan dibunuh serta dikuburkan di kawasan Batu Asah manakala Mahsuri diseret ke kawasan Padang Mat Sirat. Datuk Pekermajaya memberi pilihan sama ada Mahsuri berkahwin dengannya atau diseksa dan dibunuh.

Mahsuri menentang menyebabkan dia diseksa tetapi cubaan membunuhnya gagal. Mahsuri akhirnya membocorkan rahsia yang dia hanya boleh dibunuh dengan tombak sakti yang disimpannya. Mahsuri kemudian berdoa dengan `sumpahannya’ sebelum dibunuh.

“Sesuatu yang pelik berlaku apabila darah Mahsuri terapung seperti awan dan hilang di udara serta tidak menitik di tanah,” kata Saidin.

Beliau berkata, kisah Mahsuri turut berkait dengan kemerdekaan negara apabila Perdana Menteri pertama negara iaitu Tunku Abdul Rahman Putra al- Haj dikatakan pernah bermimpi bertemu Mahsuri.

Makam Mahsuri Tomb | Sejarah Kota Mahsuri Langkawi : Tunku Abdul Rahman menjadi Pegawai Daerah Langkawi sekitar 1935 dan berusaha mencari kubur Mahsuri. Selepas beberapa bulan berusaha, beliau menemui kubur misteri di Ulu Melaka yang kemudian dipercayai beliau sebagai pusara Mahsuri.

“Dalam mimpi itu, Mahsuri memberitahu Tunku yang Tanah Melayu tak akan merdeka selagi ada bulan dan matahari. Dengan petua itu, maka Tunku mengadakan rundingan kemerdekaan dengan British.

Makam Mahsuri Menjadi Tarikan Pelancong di Langkawi

kota mahsuri
Kota Mahsuri : Ramai yang berangapan Makam Mahsuri hanyalah sebuah kubur sahaja. Anda silap. Makam Mahsuri adalah satu Kota Budaya yang mana mempunyai pelbagai aktivity menarik dan menonjolkan budaya-budaya terdahulu dan kisah-kisah disebaliknya.
kota mahsuri
kotamahsuri.com.my
about-us-MakamMahsuri

About Makam Mahsuri

Makam Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Ianya dirasmikan pada tahun 1983 dan dijadikan salah satu tempat tumpuan pelancongan ke Langkawi.

Ramai yang berangapan Makam Mahsuri hanyalah sebuah kubur sahaja. Anda silap. Makam Mahsuri adalah satu Kota Budaya yang mana mempunyai pelbagai aktivity menarik dan menonjolkan budaya-budaya terdahulu dan kisah-kisah disebaliknya.

Ketika pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj , Tunku telah ke Langkawi untuk mencari sendiri tempat tapak pengkebumian Mahsuri. Akhirnya Tunku sendiri yang terjumpa sebuah kubur yang tersembunyi dan terus bangunkan menjadi Makam Mahsuri.

Di dalam Makam Mahsuri mempunyai pelbagai aktiviti menarik. Antaranya ada mini pentas untuk persembahan caklempong/gamelan (atau yang seumpamanya). Selain itu, ada juga pementasan kisah hidup Mahsuri setiap hari pada jam 11 pagi & 2 ptg. Pementasan adalah selama 45 minit dengan bayaran hanya RM 1 SAHAJA. Anda akan dapat melihat pementasan dengan bahasa-bahasa yang sangat indah sekali. Ringkasan kisah Mahsuri diceritakan di dalam teater ini selama 45 minit.

Keadaan Makam Mahsuri adalah kubur sudah ditembok. Hanya boleh melihat dari luar pagar. Ada kisah di sebalik kubur ini.

 

Makam Mahsuri

Makam Mahsuri sudah mempunyai pelbagai pengisian yang menarik . Rumah Panglima Awang Hitam, Muzium Audio,Muzium Cakerawala, Mini Zoo dan banyak lagi. Anda juga boleh melihat sendiri Pedang Milik Wan Darus yang sebenar. Juga yang menarik anda boleh merasai pengalaman memakan Sup Gamat.

Perigi Mahsuri

Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut. Perigi Mahsuri yang mempunyai 1001 rahsia kecantikan Mashuri berada di dalam Makam Mahsuri.

Makam Mahsuri juga baru mengeluarkan product baharu dia atas jenama Kota Mahsuri yang memperkenalkan produk berasaskan gamat iaitu King Gamat Plus Walit yang mengabungkan 3 elemen terbaik dalam dunia perubatan iaitu Gamat, Sarang Burung Walit dan Bunga Saffron. Ianya sudah di transform di dalam bentuk jelly. Selain itu. Minyak Belikit Kota Mahsuri juga telah di keluarkan semula dengan banyak penambahbaikan. Antaranya Belikit massage gel telah ditransform di dalam bentuk Roll on dan mempunyai bauan Lavendar.

Makam Mahsuri terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat.

Contact Kota Mahsuri Langkawi

+604 955 6055

Kota Warisan Makam Mahsuri, Kampung Mawat, Mukim Ulu Melaka (17km northwest of Kuah)

Personal Loan bank and cooperative

Apply latest promotion for personal loan. Financing with local banks and cooperatives with competitive rates. Act now and we will keep in touch with you as soon as possible. Moratorium loan during Covid-19 Pandemic Outbreak. I-Lestari and Bantuan Prihatin Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: