ikan bakar petai tanjung lumpur

ikan bakar petai

10 Best Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur Kuantan Pahang

Get Information for KL Bird Park from various resources

10 Best Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur Kuantan Pahang from Website

ikan bakar petai
Ikan Bakar Petai - Most of us are no stranger to ikan bakar (Malay-style grilled fish wrapped in banana leaf), but you've probably haven't had it grilled together with sambal petai - a specialty combo of the East Coast. Ikan bakar petai typically uses siakap (barramundi), jenahak (golden snapper), and pari (stingray).
kl bird park
says.com

Most of us are no stranger to ikan bakar (Malay-style grilled fish wrapped in banana leaf), but you’ve probably haven’t had it grilled together with sambal petai – a specialty combo of the East Coast. Ikan bakar petai typically uses siakap (barramundi), jenahak (golden snapper), and pari (stingray).

Where: Ana Ikan Bakar Petai and various Malay restaurants, eateries, or food stalls in Pahang.

Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur Kuantan Pahang from Blog

ikan bakar petai
Sotong celup tepung, penggemarnya kata sedap sangat. Dia bungkus bawa balik sampai keesokkan harinya masih ranggup katanya. Salted egg prawn, rasanya sedap jika banding dengan yang kami makan di tempat lain.
ikan bakar petai
nasamulia.blogspot.com
2019/04/lao-mandre-ana-ikan-bakar-petai-tanjung.html

Restoran Ana Ikan Bakar Petai

Tak plan nak makan di sini sebab kata restoran nie di Lembah Klang pun ada, tapi bila sampai di Kuantan, tiba-tiba teringin nak makan seafood di Tanjung Lumpur. Sampai kawasan Tanjung Lumpur tu bukan takde restoran ikan bakar lainnya, pusing-pusing juga pilih mana satu nak singgah. Kami tengok restoran Ana Ikan Bakar Petai ini macam terlebih meriah malam tu dari yang lain, boleh kata macam dia mendominasi di Tanjung Lumpur tu, kiri kanan dia, depan belakang pun dia juga.

Bangunan itu yang terletak di tepi jalan, rasanya itu tempat yang mula-mula dan dikembangkan ke sebelah belakang yang boleh menampung lebih ramai pengunjung. Tempat parkir pun luas, tak risau lah.

Kaedahnya di sini, kena cari meja baru buat order senang peramu saji nak cari pelanggan ketika menghantar pesanan nanti. Meja memang banyak dan takdelah sampai beratur dan berdiri lama nak cop meja tu. Kalau datang dalam group ramai boleh lah pilih tempat duduk di gazebo/pondok tu.

Sudah dapat tempat duduk, boleh lah pilih-pilih ikan, kerangan laut yang nak di makan tu. Cara masak yang diingini semua ada dipaparkan di situ termasuk harganya sekali.

Ikan-ikan yang menunggu masa dipilih oleh pelangan. Mereka memang tak susun atur ikan tu cantik-cantik macam di sesetengah restoran, tak sempat kot, sebab letak jer habis, letak jer habis kaedahnya. Masa kami sampai nampak ikan macam dah nak habis, udang memang dah takde, tapi pusing sekali lagi, terisi balik tempat tu.

Lepas pilih apa yang disukai, beratur di kaunter sini, nyatakan nombor meja dan bagi tau pilihan kita tu nak dimasak macamana. Di belakang tu adalah team yang sedang menyiang dan membersihkan pesanan pelanggan termasuk aktiviti bakar-bakar.

Main kitchen dia open jadi boleh nampak mereka menyediakan, menggoreng, memasak pesanan pelanggan. Tengok dari luar sudah lah, tak yah lah kepoh pergi tanya tukang masak atau pergi minta resepi, kang ada yang dapat sudip karang.

Rasa-rasa lambat lagi pesanan nak sampai, boleh settlekan benda yang wajib dulu di sini. Selesa tempatnya.

Menu Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur yang kami pesan

Satu persatu pesanan kami mereka hantar, dan ini lah ketua segala pesanan kami, ikan merah bakar petai. Rasa dia ok-ok lah, mungkin saya tersilap pilih ikan, sepatutnya jika nak makan ikan bakar harus pilih ikan jenahak atau siakap. Mungkin ikan merah ni lebih terserlah rasanya jika dimasak cara lain seperti stim atau masak sup.

Sotong celup tepung, penggemarnya kata sedap sangat. Dia bungkus bawa balik sampai keesokkan harinya masih ranggup katanya.

Salted egg prawn, rasanya sedap jika banding dengan yang kami makan di tempat lain.

Kerabu mangga dan keropok lekor tu, kena order dan beli asing di gerai yang terdapat di dalam kompleks tu juga. Erm entahlah boleh telan lagi ker tak, saya kalau dah ada ikan bakar, yang ini dah kurang gemar.

Harga Makanan Restoran Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur Kuantan

Banyak ini hidangan untuk dimakan 2 orang, rasa-rasa boleh habis ker tak? Klau bela hantu raya mesti boleh punya kan. Orang kiri kanan jeling-jeling tak peduli lah, kita yang bayar bukan mereka.

Jika tak kenal nama-nama ikan, marilah belajar di sini. Judul pun dalam jawi, jadi mengeja lah anda di situ kalau tak tahu baca. Nasib nama ikan tu tak tulis dalam jawi juga, kalau tak saya pun tak tahu baca. Ikan jebong, ikan deloh, ikan remon, ikan muduk, ikan tambok, ikan barat semua tu saya pertama kali dengar namanya.

Pesanan tu memang tak habis makan 2 orang, minta bungkus bawa balik, makan sampai ke waktu breakfast di hotel. En. Abe kata puas hati makan di sini, harga pun lebih murah banding di tempat lain. Macam tu ada can lah datang lagi, tak pun cari restoran cik Ana yang dekat KL.

Petai serikan ikan bakar from News Article

ikan bakar petai
Pengurusnya, Mohd Fairuz Deraman berkata, Tanjung Lumpur memang dikenali kawasan terkenal dengan hidangan ikan bakar. “Restoran ini sentiasa menjadi tumpuan ramai kerana kami menggunakan ikan segar yang ditempah daripada nelayan dan pemborong ikan sekitar Kuantan.
ikan bakar petai
hmetro.com.my
node/42659

Bau Semerbak Tatkala Sampai di Restoran Ana Ikan Bakar Petai

Memasuki ‘ruang legar’ Restoran Ana Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur, Kuantan, bau semerbak rempah dan sos pencecah ikan bakar disulami dengan wangian daun pisang pasti membangkitkan selera pengunjung.

Ternyata penulis sendiri tidak dapat mengelak dari menjengah dapur yang sengaja dibina di bahagian hadapan restoran bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan pelbagai makanan laut yang dibakar menggunakan arang.

Pelbagai Jenis Ikan dan Jumlah Pengunjung

Pelbagai jenis ikan termasuk kerapu, siakap, pari, kembung, selar hijau, aji, cencaru dan kerisi boleh dipilih.

Melihat jumlah pengunjung, ternyata hidangan ikan bakar di restoran itu antara menu popular.

Pengurusnya, Mohd Fairuz Deraman berkata, Tanjung Lumpur memang dikenali kawasan terkenal dengan hidangan ikan bakar.

“Restoran ini sentiasa menjadi tumpuan ramai kerana kami menggunakan ikan segar yang ditempah daripada nelayan dan pemborong ikan sekitar Kuantan.

“Sambalnya daripada gabungan rempah yang dihasilkan pemilik restoran memberi rasa dan aroma berbeza berbanding kedai atau restoran lain. Petai akan diletak pada setiap bungkusan ikan yang dibakar,” katanya.

Menurutnya, antara 80 hingga 100 papan petai digunakan setiap hari.

“Ini ‘trademark’ kami. Dalam setiap ikan bakar sambalnya dicampur serikan dengan petai dan itu yang menerbitkan bau yang enak dengan aroma yang menusuk hidung.

“Ikan bakar disajikan bersama dua pencecah iaitu kicap dan air asam, secara langsung memberi pengunjung memilih pencecah kegemaran,” katanya.

Menurutnya, pada kebiasaannya, pelanggan akan memesan ikan bakar bersama nasi putih bersama hidangan sampingan seperti tomyam putih, kailan ikan masin, lonjak masak pedas, ketam telur masin dan kerabu mangga.

Selain itu, katanya, satar ikan yang dibungkus dalam daun pisang juga menjadi pilihan pelanggan sebagai hidangan sampingan.

Menurutnya, setiap hari sebanyak 600 biji satar dihasilkan bagi memenuhi permintaan pelanggan.

“Setiap hari sebanyak 12 kilogram isi ikan tamban, selayang dan selar kuning dibeli dari kilang keropok berdekatan untuk menghasilkan satar,” katanya.

Restoran Ana Ikan bakar Petai juga menyediakan pelbagai pilihan masakan panas beraneka jenis nasi, mi, kuey teow, sup, sayur-sayuran, ayam dan daging.

Restoran yang dibuka sejak dua tahun lalu itu beroperasi setiap setiap hari mulai jam 1 petang hingga 12 malam.

Bagi menimbulkan suasana santai dan berkonsepkan restoran keluarga, pemiliknya menyediakan lapan wakaf serta taman permainan mini untuk kanak-kanak.

“Restoran juga mampu menempatkan sehingga 500 pelanggan pada satu-satu masa selain kemudahan surau dan tempat letak kenderaan,” katanya.

  • Waktu Beroperasi Restoran Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur ?

    Restoran Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur Kuantan beroperasi setiap setiap hari mulai jam 1 petang hingga 12 malam.

  • Apakah menu terbaik di Restoran Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur

    Di antara menu yang menjadi tarikan dan favorite pengunjung adalah semestinya ikan bakar petai, tomyam putih, kailan ikan masin, lonjak masak pedas, ketam telur masin dan kerabu mangga. Satar ikan juga sedap.

Customers reviews on Ikan Bakar Petai

What people say about Restoran Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur Kuantan?​

Bintang Kesukaan :
5/5
Ana Ikan Bakar Petai

Ana Ikan Bakar Petai Terbaik

Rhys William meneruskan penjelajahan Pantai Timur, Malaysia dan kini sudah tiba di Kuantan. Kuantan merupakan ibu negeri Pahang . Terletak di persisiran Laut China Selantan, Kuantan bukan sahaja terkenal sebagai bandar yang membangun tapi juga tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Kedudukan Kuantan di persisiran pantai menjadikan ikan segar sebagai sumber makanan warga setempat.

Seawal 3 pagi, Rhys ke Kompleks LKIM, Kuantan untuk menimba pengalaman melihat proses borong ikan di pasar ini. Kemudiannya Rhys bertemu dengan pengurus restoran terkenal, Ana Ikan Bakar Petai untuk mengetahui lebih lanjut mengenai proses penyediaan makanan. Sebelum hari tamat, Rhys merasai sendiri keenakan juadah yang berasaskan makanan laut segar di Ana Ikan Bakar Petai, Kuantan.

Mat Salleh Cari Makan Pantai Timur dibawakan oleh Bridgestone Tyre Malaysia.

Follow & Like Page Facebook Bridgestone Tyre Malaysia sekarang: https://www.facebook.com/BridgestoneT...

SUBSCRIBE ke saluran Destinasi TV: https://bit.ly/2y97bxp

DESTINASI TV
youtube.com/watch?v=VUfyDJ9LC5E
Bintang Kesukaan :
4/5
Restoran Ana Ikan Bakar Petai

Ikan Bakar Terbaik !!

Ikan Bakar nampak menyelerakan, terbaik bro!😄👍🏻

RYAN GREG
youtube.com/watch?v=k5UcuMO-uZk

Contact Restoran Ana Ikan Bakar Petai

019-987 8155

Jalan Tanjung Lumpur, Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

Personal Loan bank and cooperative

Apply latest promotion for personal loan. Financing with local banks and cooperatives with competitive rates. Act now and we will keep in touch with you as soon as possible. Moratorium loan during Covid-19 Pandemic Outbreak. I-Lestari and Bantuan Prihatin Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: