Rumahstay
Rumahstay juga turut menjadi salah satu daripada kemudahan penginapan yang kami sediakan di kampung Kuala Medang. Rumahstay merupakan suatu konsep dimana sebuah rumah disediakan untuk disewa tanpa ada pakej makan dan minum. Harga yang ditawarkan bagi pakej ini adalah sebanyak RM250/rumah.
Kelebihan pakej ini adalah pengunjung dapat tinggal di dalam sebuah rumah yang di sewakan khas untuk mereka tanpa perlu tinggal bersama tuan rumah seperti pakej Homestay.
Homestay
Homestay merupakan salah satu kemudahan penginapan yang kami sediakan di kampung Kuala Medang. Terdapat pelbagai aktiviti yang kami tawarkan seperti menyusuri sungai, lawatan ke kilang IKS dan sebagainya dengan pakej 3 hari 2 malam berharga RM280/pack.