Gulai Tempoyak Ikan Patin -Top 5 Restoran Ikan Patin, Temerluh, Pahang.
5 Restoran Ikan Patin Tempoyak Terbaik di Temerloh Pahang
Negeri Pahang cukup terkenal dengan ikan patinnya terutama yang dimasak tempoyak. Temerloh adalah salah satu lokasi untuk makan hidangan istimewa tersebut.
Senarai Restoran Ikan Patin Dalam Video :
Selera Patin Bangau
Suasana restoran ini membuatkan ada merasa seperti anda sedang berada di kenduri kahwin. lokasi restoran yang 200 meter dari jalan besar. Perhatikan sahaja papan tanda di depan restoran itu, dan anda akan jumpa. Makanan yang disediakan di sini memang menyelerakan, harganya pula murah.
Restoran Claypot Patin Tempoyak
Patin tempoyak yang dihidangkan panas-panas dalam belanga memang menambah selera. Isi ikan patin yang segar dan tempoyak yang cukup memikat aroma dan rasanya boleh bikin sesiapa sahaja jatuh cinta dengan menu ini. Restoran Claypot Patin Tempoyak mempunyai ruang yang luas dan selesa. Cuma mencari tempat meletak kenderaan agak susah terutama pada waktu puncak.
Gerai Makan Pak Usop (Patin Pak Usop)
Resepinya adalah turun-temurun milik keluarga pemiliknya. Pemilik restoran Pak Usop memasak 80 kg ikan patin dalam sehari. Ini menunjukkan ramainya pelanggan yang datang makan di tempat mereka. Malah, jumlah itu dikatakan boleh habis dalam masa kira-kira tiga jam sahaja. mereka turut menghasilkan ikan patin
Kancil Raja Patin
Nama restoran ini pasti kedengaran unik buat anda. Rupa-rupanya ‘Kancil’ ialah nama panggilan pemillik restoran ini. Orang ramai mengenali Pahang kerana patin tempoyaknya. Ramai yang datang ke sini untuk mencuba patin tempoyak mereka yang memang sedap. Namun, sebenarnya mereka juga memasak patin pais yang tidak kurang hebat. menggunakan resepi turun-temurun keluarga Kancil yang dihasilkan daripada 13 ramuan rahsia.
Go’Bang Maju
Terletak di tepi jalan arah ke Bera. Betul-betul depan traffic light. Bersebelahan dengan stesen minyak Petron Temerloh. Ruangan makan di sini juga lebih luas. Sekarang berkonsepkan layan diri. Pelanggan hanya perlu ambik sendiri lauk-pauk yang telah disediakan dalam mangkuk dan piring. Banyak pilihan lauk pauk yang menarik tertarik.