gulai asam rong

gulai asam rong mak anjang

Gulai Asam Rong | 8 Best Makanan Tradisional Negeri Pahang

Get Information for Gulai Asam Rong - Makanan Tradisional Negeri Pahang. Betul ke ia diperbuat daripada biji getah atau buah perah? Ikuti asal usul resepi gulai asam rong yang enak from various resources

Gulai Asam Rong | 8 Best Makanan Tradisional Negeri Pahang from Wikipedia

gulai asam rong
Kini asam rong mula dikenali hingga ke beberapa daerah dalam negeri Pahang yang lain seperti di Kuala Lipis, Maran, Raub dan Kuantan. Uniknya ialah asam rong ini diperbuat dari biji getah yang dikutip dari bawah pokok getah lalu diproses menjadi asam rong.
gulai asam rong
ms.wikipedia.org
wiki/Asam_Rong

Asam rong atau asam rom merupakan makanan tradisional bagi masyarakat di daerah Jerantut,Pahang dan begitu popular di sekitar beberapa perkampungan di dalam daerah ini seperti di kawasan perkampungan kecil iaitu di Kampung Ulu Tembeling, Kampung Kuala Tembeling, Kampung Kuala Tahan dan sekitarnya.

Kini asam rong mula dikenali hingga ke beberapa daerah dalam negeri Pahang yang lain seperti di Kuala Lipis, Maran, Raub dan Kuantan. Uniknya ialah asam rong ini diperbuat dari biji getah yang dikutip dari bawah pokok getah lalu diproses menjadi asam rong.

Asal asam rong dari buah perah

Perkataan asam rom ini berasal dari perkataan isirong iaitu merujuk kepada bahagian isi dalam buah dan perkataan asam itu digunakan kerana kaedah penyimpanan dan pembuatan asam rong ini sama dengan asam yang lain. Asam rom ini dipopularkan oleh penduduk di sebelah perkampungan mukim Tembeling, Jerantut, Pahang.

Pada asalnya asam rum ini diperbuat dari buah perah iaitu sejenis buah yang didapati dari pokok perah yang tumbuh di dalam hutan tebal. Namun menyedari sukarnya mencari dan mendapatkan buah perah ini penduduk di sini mula mencari alternatif lain dengan menggantikan dengan biji getah iaitu biji dari pokok getah. Pada masa kini mereka menggunakan biji getah kerana ianya senang diperolehi berbanding dengan buah perah yang perlu dicari di dalam hutan tebal.

Memandangkan kebanyakan penduduk di sini banyak menanam pokok getah sebagai sumber pendapatan utama mereka maka penggunaan biji getah untuk membuat asam rom ini memudahkan mereka mendapatkan bahan tersebut.

Asam rom ini bukanlah mempunyai rasa masam seperti lazim asam yang lain, ianya mempunyai rasa yang sedikit pahit dan lemak. Mungkin kerana ianya diperam berbulan-bulan lamanya dan dipanggil asam oleh penduduk di sini lantaran cara penyedian dan penyimpanannya sama dengan asam yang lain.

Cara memproses asam rom

Bahan utama yang diperlukan untuk membuat asam rum ini ialah biji getah atau buah perah. Biji getah ini dikutip di bawah pokok getah yang gugur dari pokok-pokok getah yang telah matang. Biji getah ini dikumpulkan lalu dipecahkan kulitnya untuk mendapatkan isi yang berwana putih kerana biji getah ini mempunyai kulit yang keras dan licin.

Biji getah ialah biji yang dihasilkan dari pokok getah yang matang. Biji getah ini berbentuk bulat dan lonjong. Warnanya bergantung kepada baka pokok getah itu ada yang berwarna cokelat, hitam, merah-kemerahan, berjalur hitam dan putih. Saiz biji getah ini juga mengikut baka pokok tersebut ada yang kecil dan ada yang besar kebiasaanya dalam lingkungan (20mm hingga 35mm). Kulit di bahagian permukaannya keras, licin dan nipis dan mempunyai tertulang di bahagian belakang biji getah ini.

Isinya bewarna putih dan ianya lembut serta kenyal. Biji getah ini akan gugur sendiri ke bumi jika ianya sudah cukup matang dan biji getah yang gugur ke bumi ini boleh mengeluarkan tunas dan boleh menjadi baka anak pokok getah yang baru.

Biji getah ini dikutip di bawah pokok getah dan kesemua biji getah ini dipecahkan lalu isinya dikumpul dan dijemur di tengah panas. Proses penjemuran ini memakan masa 3 hingga 7 hari bergantung kepada keadaan kekeringannya. Setelah kering isi biji getah tadi ditumbuk tetapi tidak terlalu hancur seperti menumbuk kacang untuk dibuat kuah ketupat.

Isi biji getah yang telah ditumbuk tadi lalu diperam di dalam bekas yang tertutup rapi dan sedia untuk dimasak. Kebiasaanya asam rom ini boleh bertahan hingga berbulan-bulan lamanya walaupun tidak di simpan di dalam peti sejuk.

Bagaimanapun, adalah menjadi kepercayaan tempatan bahawa jika masakan asam rong biji getah ini di makan selalu atau diamalkan selalu boleh menyebabkab berak berdarah.

Gulai asam rong

Bagi penduduk di sini asam rum boleh dimasak bersama ikan atau sayur seperti kangkung. Jika ia dimasak dengan menggunakan ikan ia dikenali sebagai gulai asam rom. Cara memasak gulai asam ini sama seperti cara memasak gulai yang lain cuma perlu dicampurkan sedikit asam rom ini (tiga hingga lima sudu teh) di dalam masakan tersebut.

Jika dicampurkan di dalam sayur seperti kangkung ianya kelihatan seperti kangkung dimasak bersama taucu. Asam rong itu akan kelihatan seperti kacang yang ditumbuk halus. Ia juga boleh dipelbagaikan cara masakanya bergantung kepada daya kreativiti tukang masaknya. Selain itu ia juga boleh di buat sambal.

Keunikkan rasanya

Bagi yang baru pertama kali merasainya mungkin ada yang terus jatuh hati dengan keunikkan rasanya yang berbeza dengan masakan Melayu yang lain dan mungkin juga ada yang tidak menyukai dengan masakan ini. Bagi penggemar gulai asam rom ini aroma baunya sahaja sudah cukup memberikan selera makan yang cukup luar biasa.

Bagi yang ingin merasai keaslian rasa gulai asam rong ini anda bolehlah mencari di beberapa buah restaurant disekitar pendalaman Pahang. Kini asam rong mula dipasarkan diserata Malaysia malah boleh didapati di beberapa pasaraya besar di negara ini.

Lagi Pedas Gulai Asam Rong Lagi Sedap from news Article

gulai asam rong mak anjang
Gerai Z & Z Mak Anjang yang terletak di medan selera berhampiran Majlis Daerah Jerantut, adalah antara puluhan gerai yang menyediakan hidangan gulai asam rong, paling sedap!
gulai asam rong mak anjang
bharian.com.my
bhplus-old/2016/10/204642/lagi-pedas-gulai-asam-rong-lagi-sedap

KALAU berkunjung ke pekan Jerantut, kena cuba masakan tradisionalnya iaitu gulai asam rong kepala ikan kenerak.

Mengambil kesempatan menjelajah ke Kuala Tahan, baru-baru ini, penulis singgah di Jerantut semata-mata mencari gulai itu.

gulai asam rong mak anjang
PATIN goreng berlada. - Foto Saddam Yusoff

Gulai Asam Rong Gerai Z & Z Mak Anjang

Gerai Z & Z Mak Anjang yang terletak di medan selera berhampiran Majlis Daerah Jerantut, adalah antara puluhan gerai yang menyediakan hidangan gulai asam rong, paling sedap! Hendak tahu kehebatan gulai asam rong kepala ikan kenerak, penulis dan jurugambar pun cuba sendiri.

Sebaik saja menghirup kuahnya, kami ‘menggelupur’ kepedasan!

Menikmati Kepedasan Tahap Dewa Gulai Asam Rong

Pemilik gerai Z & Z Mak Anjang, Zaharah Sohar, 59, apabila pelanggan menikmati gulai asam rum dan rasanya sangat pedas, mereka tidak berhenti, sebaliknya terus menghirup kuah berkenaan.

Ada sesetengah pelanggan pula, berpeluh satu badan, basah kuyup kepalanya kerana menahan pedas, tetapi mereka terus teruja menikmati masakan tradisional itu.

Inilah yang dinamakan keunikan gulai asam rong Jerantut.

“Lagi pedas, lagi orang suka!

“Tapi, gulai asam rum yang Mak Anjang masak hari ini, sudah banyak kurang pedasnya kerana kebanyakan pelanggan kami, terutama dari luar Jerantut, tak tahan makan pedas.

“Bagi masyarakat tempatan, gulai asam rong yang mereka nikmati hari ini, tak pedas pun. Bagi Mak Anjang, nak lagi sedap, perlu pedas maksimum, barulah puas,” katanya.

Asam rong daripada biji getah

Memang benar kata Mak Anjang. Penulis sebenarnya tidak tahan dengan masakan yang terlalu pedas, tapi apabila berdepan dengan gulai asam rong kepala ikan kenerak, kami ‘tewas’ sampai keluar air mata menahan pedas, tetapi seperti kata Mak Anjang, lagi pedas, semakin sedap kuahnya dihirup!

Mak Anjang berkata, gulai ini sebenarnya adalah biji getah yang ditumbuk halus lalu diperam hingga bertukar warna daripada putih kepada hitam, sekali gus menghasilkan minyak dan itulah asam yang diperlukan.

Asam yang dihasilkan biji getah ini dikenali sebagai asam rong. Penyediaan gulai ini pula sedikit rumit dan memakan masa, kerana jika ia tidak dimasak dengan betul, boleh sakit perut.

“Bagi menambah selera, apabila menikmati nasi putih bersama gulai asam rong, ia perlu dimakan bersama ulam-ulaman dan yang paling popular ialah ulam keladat yang dicicah bersama sambal tempoyak,” kata Mak Anjang yang peramah orangnya.

  • Dimanakah Kedai Makan Gulai Asam Rong Terbaik di Pahang?

    Gerai Z & Z Mak Anjang No 4, Kompleks Niaga Fasa 1, Jalan Bidai, Bandar Baru Jerantut, Jerantut, Pahang

  • 1. Waktu beroperasi Gerai Z&Z Mak Anjang ?

    Waktu beroperasi: Dibuka setiap hari (jam 9 pagi hingga 5 petang)

  • 2. Nombor Telefon Untuk Dihubungi di Gerai Z&Z Mak Anjang

    No telefon: 013 305 7868 (untuk tempahan)

  • Apa itu Gulai Asam Rong ?

    Gulai asam rong atau rom adalah sejenis masakan tradisional berasaskan biji getah. Cuma ejaannya saja yang berbeza, rong atau rom bergantung kepada sebutan seseorang itu.

    Difahamkan gulai ini dipelopori masyarakat yang mendiami kawasan Jerantut hingga ke Ulu Tembeling saja dan rasanya paling sedap. Sekiranya gulai asam rong dihasilkan di tempat lain, bermakna ia kurang asli.

  • Apa Jenis Ikan yang paling sesuai untuk memasak Gulai Asam Rong ?

    Hanya ikan kenerak saja yang hidup liar di Sungai Pahang paling sedap apabila dimasak gulai asam rong. Boleh juga menggunakan ikan patin sebagai ganti, cuma rasanya kurang enak.

Gulai Asam Rong Review - Best Makanan Tradisional Negeri Pahang

Customers reviews on Best Makanan Tradisional Negeri Pahang

Best Makanan Tradisional Negeri Pahang

Rindu Dengan Gulai Asam Rom

Rindunya.. abah saya org pahang.. org raub.. rindu betul masakan pahang.. sejak duduk Australia dah lama tak dapat rasa makanan pahang. Klu nak masak pun bahan susah nk cari dekat sini..

Khairunnisa Azmin

youtube.com/watch?v=vXmI6F2YGg8

Best Makanan Tradisional Negeri Pahang

MAKANAN TRADISIONAL NEGERI PAHANG - GULAI ASAM RONG

baru ni dah pergi.saya dari triang..Sedak dan harga berpatutan.

Samsung J3prime

youtube.com/watch?v=vXmI6F2YGg8

Contact Z&Z Mak Anjang

013 305 7868

Jalan Bidai, Kampung Sungai Jan, 27000 Jerantut, Pahang

Personal Loan bank and cooperative

Apply latest promotion for personal loan. Financing with local banks and cooperatives with competitive rates. Act now and we will keep in touch with you as soon as possible. Moratorium loan during Covid-19 Pandemic Outbreak. I-Lestari and Bantuan Prihatin Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

error: