Di antara spesis bakteria baik yang berjaya di kenalpasti didalam cencalok adalah dari spesis ‘staphylococcus sp’ yang menunjukkan sifat positif dalam penggunaan laktosa dan ujian katalase.
Kajian juga menunjukkan bakteria baik dalam cencalok boleh menghalang pertumbuhan dan pembiakan bakteria jahat pathogenik seperti E.coli, staphylococcus aureus dan salmonella typhimurium.
Sejenis bakteria baik yang agak unik yang berjaya di kenali didalam cencalok adalah staphylococcus piscifermentans.
Boleh la kita amalkan cencalok dalam pemakanan seharian kita. Tetapi bagi individu yang mengalami masalah gatal-gatal atau alahan selepas mangambil cencalok, maka perlulah di elakkannya.
Walaubagaimanapun berjaga-jaga dengan kandungan garamnya yang tinggi dan bersederhana dalam pengambilannya, Insyaallah
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS,MSc(UCSI),MNM(ACNEM),FAGE
Rujukan:
1. Hajar, S., Hamid, T. H. T. A. Isolation of lactic acid bacteria strain Staphylococcus piscifermentans from Malaysian traditional fermented shrimp cincalok. International Food Research Journal 20(1): 125-129 (2013).
2. https://theconsciouslife.com/top-probiotic-foods.htm