Mengenai Muzium Tentera Darat Port Dickson
Muzium Tentera Darat merupakan muzium tentera yang terbesar di Malaysia. Ianya setanding dengan muzium-muzium tentera dari luar negara berdasarkan kelengkapan infrastruktur dan bahan pengisian di dalam muzium ini.
Ini diperakui sendiri oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad. Cetusan mewujudkan Muzium TD diilhamkan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen. Tan Sri Md Hashim bin Hussein. Muzium ini ditubuhkan ke arah usaha untuk meningkatkan taraf profesionalisme warga Tentera Darat dengan mengembangkan aspek intelektual, budaya cintakan organisasi dan menghayati sejarah TD.
Kemudahan Muzium Tentera Darat Port Dickson
Berbagai kemudahan asas banyak terdapat di sini. Contohnya surau, kedai cendera mata, bilik tayangan video, Kedai cenderamata, kafe, tandas awam dan sebangainya. Seandainya memerlukan penerangan secara berkumpulan, Pembantu Penerangan turut disediakan bagi mendapatkan maklumat secara tepat.